Jam 14:00hrs di Masjid Negara. Anggaran kehadiran tak lebih dari 3000 orang.

"Daulatkan Bahasa Melayu"
Jam 14:16hrs lebuhraya apa entah, depan Masjid Negara... tak tau dari mana datang orang ramai... melimpah ruah kejalan raya sejauh lebih kurang 5km . anggaran 200 orang sahaja (aku ikut statistik media perdana... ala kalau aku cakap lebih 50.000 orang pun bukannya depa percaya...)
Jam 2:17hrs hujan renyai-renyai, tapi orang ramai makin ramai beramai-ramai berarak beramai-ramai menuju ke Istana beramai-ramai. hahaha...!!!

Sokongan sepanjang jalan.

Aku dengar polis ni contact OCPD dia... "apasal kuat sangat kali ni tuan?" pastu ada budak sebelah nyampuk "pasal bos kau dah gila..!" cepat-cepat dia off walkie talkie dia... aku rasa pekerjaan paling hina buat masa ni ialah "polis". betoi ka?

Sorry brader... wa snap photo lu... glamour lu beb..!

Polis ni cedera parah dibahagian telinga, hati dan perasaan bila orang ramai dekat-dekat 30 orang pakat-pakat maki depa 2 orang bila FRU start sembur air kimia dengan bom asap dalam masjid... padan muko kau..! sapo suruh kau jadik polis..? makan la maki hamun tu sampai kenyang..!

Wakil PKPIM & GMP

Bapak perjuangkan masa depan anak, anak perjuangkan masa depan sendiri, menteri pulak perjuangkan perut... BAH punya menteri..!
--
Posted By Topengperak_ Xinwugi® to
Perisik Rakyat®
0 comments:
Post a Comment