P time cuti skolah memang kena kapak sikit aa,tapi standart la kan keta sentra tu RM90.sebab kalau ikutkan RM120.hehhehee..
Kereta Kabel Langkawi
Terletak di Gunung Mat Cincang.Sekiranya cuaca cerah, korang boleh melihat sebahagian kawasan Thailand di utara dan Indonesia di barat-daya. Pendakian kereta kabel ini yang mengambil masa selama 20 minit adalah suatu pengalaman yang membuat kita teruja melewati hutan hujan yang tebal dan air terjun di bawah .Air terjun Telaga Tujuh yang anda dapat lihat dari atas kereta kabel.
Terdapat dua buah stesen dan sebuah pelantar pemerhatian yang membolehkan kita menikmati pemandangan seluruh Pulau Langkawi. Sememangnya suatu pengalaman yang penuh keseronokkan dan amat berfaedah.Sapa yang takut dan gayat tu tak payah la.ehehhehe..Kang nyesal pulak.sebab memang tinggi..Pemandangan yang tidak dapat ditandingi di puncak ini! Sayang kalau melepaskan peluang menaiki kereta kabel ini sekiranya berkunjung di Langkawi.
Bayaran masuk kalau berikan IC .dewasa RM15 kanak2 RM5.Kalau takde ic bayaran naik kereta kabel nie RM30..ho3...
Dataran Lang Senja Di Pantai Cenang
eksen sikit di tengah panas kat Di dataran Lang
Dataran Lang Langkawi
Dataran Lang terletak berhampiran dengan jeti Kuah. Tarikan utama ialah arca seekor Burung helang.
Menurut Lagenda, Langkawi mendapat nama dari perkataan ‘Lang’ yang merupakan nama pendek bagi ‘helang’. Manakala ‘kawi’ mengikut istilah melayu kuno bermaksut coklat. Maka Langkawi bermaksud Helang Coklat. Di dataran tersebut terdapat sebuah tasik yang indah, restoran, jejambat, jeti dan teres yang berbumbung. Kedudukkannya yang berdekatan dengan pantai menjadikan ia sebuah tempat yang menarik bagi pengunjung yang bersiar-siar dan juga menikmati makan malam. Di samping itu ia juga terletak bersebelahan Taman Lagenda Langkawi.
Dataran Lang ini kelihatan amat indah terutama di waktu malam. Arca Helang ini terletak di tempat yang strategik bagi mengucapkan ‘Selamat Datang’ kepada para pelawat yang mengunjungi Langkawi.
Dataran Lang merupakan salah satu daripada mercu tanda terbaru dibina di Langkawi dengan ukuran 12.6m x 21.6m memakan belanja sebanyak RM 12.5 juta. Mercu tanda ini merupakan ilham yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.Tiket Feri
1 comments:
dah 2 kali spi langkawi tp x pernah g gunung mat cincang tu .. tgk mcm best je sana tp takut naik cable car!!!!!!!!!!
Post a Comment