Thursday, December 31, 2009

Hukum sambut Tahun masehi


Soalan
Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini?Jawapan Ust Zaharuddin
Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui “hawl” (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identity Islam yang tersendiri.
Adapun, menyambut tahun baru Masehi (yang dikira menurut awal kelahiran Nabi Isa as), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat. Syarat-syaratnya seperti berikut :-
* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam keagamaan, maka saya masih merasakan HARUSNYA kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.
Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah ” Al-‘Adat Muhakkamah”
Ertinya : “Adat yang tidak bercanggah dengan Syara’ boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan”. (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).
Terdapat satu keadah lain berbunyi : ” Innama tu’tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat ”
ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority”. (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)
* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali di Kelantan atau dalam sebuah Negara yang pemimpin dan rakyatnya mempunyai ilmu agama yang baik. Justeru, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.
* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).
* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara’. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.
Sekian
Ust Zaharuddin
www.zaharuddin.net

Share

Wednesday, December 30, 2009

Ketika Cinta Bertasbih





Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta..






Share

Tuesday, December 29, 2009

Doa Insan Berkasih



a Allah, ya Tuhanku, aku hanya ada Engkau. Hanya pada Engkau tempat aku mengadu dan bercerita. Aku tidak mahu kehilangan Mu...." Capter 3
 
Dengan izin-Mu, ya Allah aku menyimpan wajahnya di hatiku. Terima kasih tuhan, Engkau berikan aku kekuatan untuk berusaha memajukan diri dengan menghadirkan dia di hatiku. Tuhan, bantu aku untuk lindungi dia dalam doa yang tidak pernah padam ini"..





Share

Monday, December 28, 2009

Munajat Cinta



tak ada yang menemani
seperti malam-malam
yang sudah-sudah

hati ini selalu sepi
tak ada yang menghiasi
seperti cinta ini
yang selalu pupus
reff:
tuhan kirimkanlah aku
kekasih yang baik hati
yang mencintai aku
apa adanya

mawar ini semakin layu
tak ada yang memiliki
seperti aku ini
semakin pupus
Share

Thursday, December 24, 2009

Hutang - Dosa yang tidak diampunkan Allah




ISLAM membenar, malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang membabitkan masalah kewangan.

Pada masa sama, Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia." (Surah al-Hadid, ayat 18)

Firman Allah bermaksud: "Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan." (Surah al-Maidah, ayat 2)

Namun, Islam begitu teliti dan memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia membabitkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia ini hingga ke akhirat kelak.

Mengapakah anda berhutang?

Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terjebak dalam hutang antaranya ialah:

l Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.

2 Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang. Lantaran itu dia berbuat demikian, walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanya untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya.

3 Sikap tidak berasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang.

4 Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.

5 Berkehendakkan sesuatu benda yang membabitkan kebendaan dengan cepat dan segera walaupun hakikatnya dia tidak mampu berbuat demikian.

Dalam hal ini jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah keperluan asasi (dharuriat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis bermaksud: "Daripada Abu Hurairah berkata seseorang: Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya."

Jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah dia berhutang. Ini kerana hanya akan menambahkan bebanan, lebih-lebih lagi jika membabitkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba.

Kesan amalan berhutang.

l Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis. Ini disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.

2 Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam resah gelisah kerana dihantui bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.

3 Seseorang yang terbeban dengan hutang akan memungkinkan dia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.

4 Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya selepas meninggal dunia hingga segala hutang piutangnya dilunaskan ketika hidup.

Sabda Rasulullah: "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya."

Rasulullah pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya : "Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas.."

Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata- mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.

Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi."

Sabda Rasulullah bermaksud: "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai' dan Ibn. Majah)

Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal. –

Petikan buku Budaya Berhutang: Amalan Dan Akibatnya
terbitan Jabatan Agama Islam Selangor.

Share

Wednesday, December 23, 2009

Lukisan Mistik


Besar Hajat Di Hati



Besar Hajat Di Hati-Dinamik

Bukan aku Dah Jemu
Bukan aku Tak Rindu
Memandang Wajahmu
Bukan aku Tak Sudi
Bertemu dan Berjanji
Mengisi Sepi
Semangnya aku Masih Rindu
Besar Hajat Di Hati
Bila Bersua Nanti
Kau Seperti Dulu
Manja Kepadaku
Sayang Sepenuhnya
Tak Berubah Cinta
Tak Rela aku Dengar
Kau Telah Pun Ada Kekasih
Sudah Lama Tak Jumpa
Rindu Pula Rasanya
Terasa Amat Rindu
Meruntung Jiwa
Ingin aku Renungi
Wajahmu Yang Ayu
Terhurailah Rindu ku Terharung
Di Mana Agaknya
Bilakah Masanya
Mungkin Di Dalam Mimpi
Kita Kan Bersua
Resahnya Di Dalam Kalbuku (music)

Share

AKU BERSEDIA MENGHADAPI PENDERITAAN?


Bersedia! Pastikan anda cekal dan tabah menghadapinya. Kuatkan semangat, bersedia untuk dikecewakan. Apa yang anda perlu tanamkan dalam diri anda bahawa pertemuan, perpisahan, ajal dan maut, semuanya adalah di tangan Tuhan. Kita cuma berusaha, sekiranya anda kehilangannya, sekiranya anda gagal untuk memiliki si dia, INGAT, Dia bukan jodoh anda!
PASTI, Tuhan menyediakan yang lebih baik daripada itu kepada anda. Percayalah! Di dalam mencari cinta, anda akan tempuhi… sakit hati, marah, kecewa, berduka dan …KECEWA! Jadi, anda tidak perlu risau kerana kekecewaan itu adalah biasa di dalam pencarian cinta.

Namun, jangan sesekali takut untuk bercinta. Sirami minda anda dengan ketenangan kerana semestinya di dalam pencarian cinta, anda akan bertemu saat penderitaan itu. Banyak-banyak bersabar dan laungkan, “AKU BERSEDIA MENGHADAPI PENDERITAAN CINTA!” …kerana sesungguhnya, penderitaan akan hadir sebelum cinta yang membahagiakan anda. Bersyukurlah dengan penderitaan itu kerana tidak lama lagi cinta akan menyusul.


Share

Saturday, December 19, 2009

Gambar Kahwin Alonggigi


Doa Buat Kekasih




 Doa Buat Kekasih


Ya Allah...
Seandainya telah engkau catatkan
Dia tercipta untukku
Satukanlah hatinya dan hatiku
Titipkanlah kebahagian di antara kami,
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengasihani,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan
Dia Bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar aku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama dengannya.

Ya Allah yang tercinta...
Peliharalah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku
sesungguhnya engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik untuk hambaMu ini....

Dan sekiranya aku menemui seseorang
yang baru di dalam hidupku
Kau semaikan lah rasa ka sih sayang dan cintaku yang penuh ikhlas
kepada dirinya
Agar diriku dan dirinya memahami antara satu sama lain
Dan terbinalah satu ikatan yang lebih suci dan murni

Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka
Amin...amin. .yarabbal alamin....




Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.
Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.



Share

Thursday, December 17, 2009

Doa Awal Dan Akhir Tahun Hijrah


Doa akhir tahun








Doa awal Tahun








Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu; sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya..
Share

Sunday, December 13, 2009

Rapidshare kene throttle ngn TMnet?


Thank you for your reply.

With regards to your issue on slow download using rapidshare, the inconvenience you have experienced with your Streamyx connection is regretted.

Upon checking your attachment of average ping result, we found that your average ping result to www.rapidshare.com (302ms) are meet our minimum requirement for International website. Please note that if the ping result shows approximate round trip in ms more than 500ms, please revert to us for further action.

As per stated, our Fair Usage Policy automatically identifies the extremely heavy users and manages their bandwidth in order to protect the service of all our other customers.

This traffic prioritization policy will protect the quality of service for the majority of our customers when they use the service, while at the same time, still allowing the extremely heavy users to continue to send and receive files with certain restrictions. With this policy in place, we will prioritize Internet activities like web browsing, live streaming, messaging applications and VOIP access while traffic to P2P sites will be given lower priority, due to the high bandwidth consumption of such services.

We note that Rapidshare is not a P2P applications but due to the nature of heavy downloading activities by customers, it has to be subjected under our Fair Usage Policy.

Kindly refer to the link as below regarding our fair usage policy
http://www.streamyx.com.my/customer_care/c...ir_usage_policy

Your understanding on this matter is highly appreciated.

For further assistance or feedback, kindly e-mail us at help@tm.com.my .
Alternatively, you can also contact TM at 100 and select "Internet Services".


Regards,

Norasimah Ahmad
Customer Care Support, Internet Services,
Customer Service Management,
TM Retail



Share

Wednesday, December 09, 2009

Formula Berdoa Memohon Jodoh Drpd Al-Quran


Bukan setakat memohon untuk dikurniakan jodoh, peranan doa amat luas dan penting dalam menentukan hala tuju kehidupan seseorang. Baik kehidupan di dunia mahu pun kehidupan di akhirat. Dengan merendah diri dan berdoa seseorang akan dapat mengagungkan kekuasaan tuhan dan menyedarai kelemahan diri sendiri. Seterusnya meletakkan satu pengharapan kepada tuhan dalam mencapai cita-cita.

Di dalam surah Al-Baqarah, ayat 186, Allah telah berfirman, “..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ”

Firman Allah lagi di dalam surah Ghafir ayat 55, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

Kedua-dua ayat ini menunjukkan Allah menyuruh semua umat Islam berdoa kepadaNya, seterusnya beriman dengan mematuhi perintahNya. Mereka yang tidak memohon sesuatu daripada Allah dikategorikan sebagai orang yang sombong dan takbur.

Menurut An-Nu’man Bin Basyir, Rasulullah pernah berkata , “Doa itu termasuk ibadah,” lalu beliau membaca ayat 55 dari surah Ghafir seperti di atas.[1] Di dalam riwayat lain, Rasulullah telah bersabda, “Tiada sesuatu pun yang lebih mulia di sisi Allah Azza wa Jalla selain daripada doa.” [2]

Di dalam konteks mencari pasangan hidup, amalan berdoa perlu dimulakan sejak awal. Setelah berniat dengan betul, doa diteruskan secara konsisten sepanjang masa. Mudah-mudahan Allah mempertemukan dengan pasangan hidup yang dapat menjamin kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab yang sempat saya sertakan :

1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]

6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,
Kemudian mengatakan, atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]

7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]

8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]

9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]
Share

Tuesday, December 08, 2009

Satu lagi video Gath FEWETT @ PD..2009





Satu lagi video Gath FEWETT @ PD..2009

Share

Gath FeweTT 2009-P.D



Berakhir sudah gath fewett 2009..aku yang mulanya tak rasa pon nak join.akhirnya terjoin gak.hehhehhe..



P penang malam 5hb jumpa min.. esok paginya 5.12 kol 7.30 bertolak ke P.D dengan keta ejan.. Sorang lagi naim..Kami bertiga..kol 11.30 da sampai Sungai Besi..Semua terkezut sebab kami sampai awal.hehehhehe..sampai P.D dah kol 3 lebih..kami sampai dulu..Dengan epol dan kaki..Jumpa epol kat Sungai Besi.. Pastu g makan pastu baru bertolak ke P.D..punya lama tnggu org lain disitu..Miszclumzy mai..mama dia hantar..Pakcit ngan nad.. Pastu bertolak ke Rumah Rehat KWSP... indah kan...menarik apartment nie... ada sume..Petang tu semua tak sabar nak main air..... Dan pastinya misz berjaya naik Banana bot ngan kami semua..
Hampir lemas aku nie..bila pakcik tu buang kat  tepi tu..adoiii..mujur aa...Tapi,.best .hhuhuuh
Malam tu aktiviti makan2  BBQ bakar sate... Shah dan kawan2 dia mai malam tu..dapat aa jumpa shah..
Tapi.shah balik aa.dia mai jap ja... NAd ngan pakcit balik malam tu..ada urusan lain lagi yang dorang kena wat..

Adeh..malas nak taip nie...Tengok je la gambar2 nie..

 
 







Share

Tuesday, December 01, 2009

Kenapa..


Kenapa di setiap ada cinta harus ada dusta?
Kenapa di setiap ada kebahagiaan harus ada kesedihan?
Kenapa di setiap ada kepercayaan harus ada keraguan?
Kenapa di setiap ada pertemuan harus ada perpisahan ?

Share

Monday, November 30, 2009

Surat Alam Nasyrah (سورة الشرح)


Surah Al Inshirah atau Surat Alam Nasyrah (سورة الشرح) adalah surat ke-94 dalam Al Quran. Surat ini terdiri atas 8 ayat dan termasuk golongan surat-surat Makkiyah serta diturunkan sesudah Surah Adh-Dhuha. Nama Alam Nasyrah diambil dari kata Alam Nasyrah yang terdapat pada ayat pertama, yang bererti: bukankah Kami telah melapangkan.

Isi Kandungan

Penegasan tentang nikmat-nikmat Allah SWT yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW, dan pernyataan Allah bahawa disamping kesukaran ada kemudahan kerana itu diperintahkan kepada Nabi agar tetap melakukan amal-amal saleh dan bertawakkal kepada-Nya.

[sunting] Terjemahan ayat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
  2. وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
  3. الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ yang memberatkan punggungmu?
  4. وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
  5. فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
  6. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
  7. فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
  8. وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

Hubungan surat Alam Nasyrah dengan At Tiin

Dalam surat Alam Nasyrah, Allah SWT menjelaskan perintah kepada Nabi Muhammad SAW selaku manusia sempurna. Maka dalam surat At Tiin, diterangkan bahawa manusia itu adalah makhluk Allah yang mempunyai kesanggupan baik lahir maupun batin. Kesanggupannya itu menjadi kenyataan bilamana mereka mengikuti jejak Nabi Muhammad SAW.Share

Thursday, November 26, 2009

Selamat UlangTahun DiER



Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu'

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu



Share

Monday, November 23, 2009

iNiK@H yg d!NaMaK@N c!Nt@.


Cinta ibarat kupu-kupu.. Makin kau kejar, makin ia menghindar.. Tapi, bila kau biarkn ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga.. Cinta mampu membahagiakanmu tp sering pula ia menyakiti, Tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kpd seseorang yang layak menerima. Kpd yg ragu-ragu dengan PERNIKAHAN.. Cinta bukannya mencari seseorang yg "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna. 

Jgn katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tidak benar-benar peduli.
Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. 
Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya.
Jgn menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. 

Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh. 

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 

Begitulah juga ........ Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ... 

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar KEPERLUANmu. .. Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... 

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. .. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar KESEMPURNAAN. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESALShare

You mean everything to me - NEIL SEDAKA





Dengar  lagu ni kat program Jangan lupa Lirik kendalian  Aznil kat Astro,teringat pulak masa aku darjah 6.Lepas UPSR..kami ada la latihan untuk hari penyampaian Hadiah..Dan lepas uPSR,cikgu benarkan kami menyanyi dan buat aktiviti kat bilik sumber.Masa nie la sesapa pon leh buat latihan nyayian.Then lagu nie la yang cikgu pilih..semua pakat boleh hafal lagu nie masa tu..Senang nak ikut kan lagu nie.. Fikri,budak classmate aku.yang jugak anak cikgu aku..dia yang akan menyanyi masa hari penyampaian hadiah...lama tak nampak dia.Sekarang dia bukak restoran kat Pokok Sena.Western Food  yang diberi nama Restoran Santai..
Berbeza betol kawan aku sorang tu skrg...Tak seperti masa dia kat sekolah rendah.Masa kat U,dia dah jadi Playboy.Dan tak habiskan pengajian dia pon.cian cikgu Tat..Bestnya bila teringatkan time sekolah rendah..Masa last day sekolah tu.sedih sangat nak tinggalkan sekolah.Cikgu2 baik ..Mesra..eiii..windunya zaman kanak2 aku ..MyEm0.ComShare

Saturday, November 21, 2009

Cinta Kautsar cinta Syafaat


Selalunya apabila kita di timpa bencana, masalah atau kecelakaan kepada harta benda dan insan yang di sayangi kita pasti akan sedih, kesal atau murung dan menangis..,
Sifat fitrah ini adalah gambaran kepada maksud CINTA.
iaitu cinta kepada harta mahupun insan tersayang sangat sebati dan jika terpisah secara paksa ( samada harta itu di curi atau orang yg di sayang berlalu pergi )kita akan sedih, murung menangis dan hilang pedoman.(Ada juga yg mengambil salah dengan membuat perkara yang terlarang seperti membunuh diri dalam melalui situasi seperti ini)

HAKIKATNYA, meletakkan Darjat ketinggian CINTA  melebihi dari kecintaan kepada ALLAH dan RAsulnya adalah perkara yang salah dan sangat di murkai oleh Allah.

Cinta yg padu kepada Allah dan Rasul adalah benteng kepada setiap dugaan(musibah) dan ujian yang di datangkan oleh Allah kepada kita,

Kenapa Allah menguji umatnya ?

Apabila Allah hendak meningkatkan darjat kita di sisiNya maka Allah akan turunkan ujian kepada keimanan kita atau tahap cinta kita kepadaNya dan kekasihNya. Bukan sahaja kita malahan Nabi dan para Rasul juga di uji oleh Allah oleh itu mari kita melihat ayat Al Quran ini.

Al Baqarah ayat 124"(ingatlah) ketika Ibrahim di uji oleh Tuhanya dengan beberapa kalimat(perintah) lalu di turuti segala perintah itu. Berkata Allah:Sesungguhnya aku angkat engkau (ya Ibrahim) menjadi imam (pemimpin) bagi manusia. Berkata Ibrahim:(begitu juga hendaknya) dari anak cucuku. Berkata Allah: Tetapi orang orang yang Zalim tiada mendapat penjanjian Ku ini"

Nabi Ibrahim antara 5 nabi Ulul Amri, yg di uji berat oleh Allah.       

Allah memberikan darjat IMAM kepada Nabi Ibrahim setelah Baginda lulus dalam setiap ujian ( ketika itu Nabi Ibrahim telah di beri gelaran Nabi Rasul serta kekasih Allah) Jelaslah gelaran IMAM ini adalah darjat yg tinggi dari Allah kerana ia memerlukan menjadi pemimpin dalam memimpin manusia.

MANAKALA orang orang yang ZALIM dari keturunan Nabi Ibrahim tidaklah layak menjadi IMAM seperti di janjikan oleh ALLLAH melainkan yg baik baik sahaja.    

Siapakah orang yg Baik itu dan apakah definasi Baik?
1)Bermula Jahat akhirnya baik = Orang yang Bertaubat
2)Bermula Baik akhirnya Jahat = Orang yang Berdosa
3)Bermula Baik akhirnya Baik   = Orang yang Baik
Share

lelaki mengenali wanita sebagai


Lelaki tidak meminati wanita? Itu adalah satu pembohongan. Tidak ada lelaki tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wanita. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki.Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita.
Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki mengenali wanita sebagai seorang yang:
1. Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membakitkan perasaan

2. Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.
3. Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.
4. Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.
5. Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh wanita.
6. Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya.
7. Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapkan rasa bosan dan jemu. Dan sebab itulah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu, wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri.
8. Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.
9. Bersikap penggoda keran awanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenagi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum.
Perkara-perkara yang dinyatakan di atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau untuk merendah-rendahkan mertabat wanita. Dengan mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki.
Share

Monday, November 16, 2009

Plugin Winamp untuk Status Yahoo! Messenger


  • Pastikan Yahoo! Messenger dan Winamp ter-install di komputer Anda.
  • Pastikan pula keduanya dalam kondisi tidak dibuka
  • Download plugin Winamp yaitu Yahoo! Messenger 8 Status 
  • Download Here
  • Kemudian ekstrak file tersebut dan install file Yahoo Messenger 8 status.exe
  • Selanjutnya klik tombol Install di kanan bawah. Ikuti petunjuk sampai selesai.
  • Lalu cuba on winamp dan putarlah salah satu lagu koleksi Anda
  • Kemudian buka Yahoo! Messenger. Tunggu beberapa saat sampai ada kotak dialog muncul yang menyatakan bahawa status YM Anda sudah diubah.
  • Dan lihatlah perubahan status Anda di status

  • Ok! Sekarang nikmati status baru Anda….Selamat Mencuba
Share

Saturday, November 14, 2009

Kejamnya L.E.L.A.K.I


heart broken. dalam bahasa melayu hati hancur?
. L.E.L.A.K.I. wahai lelaki-lelaki2..

-mengapelah anda semue suke menyakiti hati seorang wanita? tahukah anda bahawa wanita sangat2lah sensitif?

-mengape perlu ucapkan sayang sekirenye anda xsayang? murah sangatkah perkataan sayang tu? perkataan sayang hanya sekadar untuk mengayat awek2 bagi tersangkut dlm perangkap anda kah?

-perlukah anda menunjukkan ego setiap kali berlaku perselisihan dengan pasangan anda? mengapa wanita sahaja selalu perlu mengalah? mengapa? jatuh standardkah sekiranya anda mengaku kesalahan anda pada wanita?

-mengapekah xreti memujuk setelah membuat seseorang wanita itu merajuk? xreti kah? jika tidak reti, bagaimana pula anda boleh mengayat awek anda semasa mula2 dulu? bukan itu satu persuasion juga kah?

-mengapa kejam sehingga membuat wanita menangis? adakah anda tahu, setiap titis air mata wanita itu ibarat setitis darah hasil torehan hati seorang wanita? alangkah kejamnya lelaki, hanya tahu menabur janji manis, jarang sekali dikotai. apabila diperlukan, baru wanita di cari, apabila xdiingini, dicampak merata-rata.

maaf saya pinta sekiranya entry kali ini menghentam lelaki habis-habisan. saya terluka kerana lelaki, rakan2 baik saya juga terluka kerana lelaki.penat saya melihat rakan2 menangis, mencari kesalahan sendiri setiap kali berlaku perselisihan dgn psgn masing2. ade juga yang ditinggal begitu shj tanpa khabar berita. adilkah semua ini bagi seorang wanita, yang sanggup berkorban segalanya demi kekasih hatinya? inikah balasan yang sepatutnya? aduhai lelaki..



Share

Friday, November 13, 2009

Wajah Siapa Di Hati Mu “





Wajah Siapakah Yang Dikau Cari
Setelah Dikau Mengecewakanku
Senyuman Siapakah Yang Masih Dikau Nanti
Untuk Mengisi Kekosongan Jiwa

Lembutnya Lidah Mengucapkan Kata
Melafazkan Dendammu Rindukanku
Padamu Hanyalah aku Yang Dapat Menghiburmu
dan Jua Melenyapkan Keresahan


Tapi Kini Tiada Lagi
Senyuman Manis dan Tawa Mesramu
Terbiar Aku

Keseorangan

Derita Melanda
Mengganggu Hatiku
Mengapa Begini
Berakhirnya Dunia
Cintaku

Sayang

Kembalilah Dikau Dalam Hatiku
Terangilah Segala Kegelapan
Nyalakanlan Semula Obor Cinta Kita
Agar Damai Hatiku dan Hatimu


Wajah Siapa Di Hati Mu “Artis ” Azlina Aziz “
 
Share

Friday, November 06, 2009

Jauh Di Sudut Hati


Sayang
Kubawa jauh rinduku
Kerna aku telah tahu
Kau bukan milikku

Sayang
Sesunguhnya bukan mudah
Menjalani hidup ini
Tanpa kau di sisi

Jauh disudut hati
Aku masih bermimpi
Mimpi yang indah
Esok kau kembali

Jauh di sudut hati
Ada waktu-waktunya
Aku berdoa
Kau pulang semula

Sayang
Biar ku mengingatimu
Biar kugantung harapan
Hingga sampai waktu
Nafas terakhirku

MyEm0.Com
Lagu yang membawa banyak kenangan buatku.Lagu nie la jugak yang aku nyanyikan secara live kat fewett radio.But,bukan aku suka suki nyanyi,.Tapi,kena denda sebab typo banyak masa shout kat SB fewett dan post fewett forum..hahahaha...MyEm0.Com cesss....memang sumbang le sangat.tapi,aku dapat nyanyikan sampai abis gak.kahkahkah.... 

Lagu ini juga aku semadikan buat seseorang yang jauh nun di sana.. 

MyEm0.ComShare

Wednesday, November 04, 2009

Teratai Layu Di Tasik Madu


Teratai Layu Di Tasik Madu

Walaupun tasik kekeringan
Tak mungkin teratai kan tumbuh di darat
Begitulah takdirnya cintaku di ibarat
Tak akan berubah perasaanku terhadap dia

Mengapa dia yang ku cinta
Sedangkan ku tahu sikapnya begitu
Dia pandai berpura dan pandai bermain kata
Setahun bersama bak seribu tahun tersiksa

Aku tidak sudi melihat dia lagi
Walau dalam mimpi pun tidak ku ingini
Aku rela menjadi teratai yang layu
Daripada mekar di dalamnya tasik madu
Biarkanlah ku begini
Dan tak mungkin ku kembali
Bersamamu

Share

Tuesday, November 03, 2009

Bila Benci Jadi Sayang


MyEm0.Com
Rasa cinta, kasih dan sayang  sebati dalam  hidup  kita. Walau siapa pun dia dan setinggi mana darjatnya atau sehebat mana kuasanya, tapi rasa ini tetap ada terselit atau terselinap dalam hati  .  


Dari mana datangnya rasa halus yang tidak dapat dipegang ini? Rasa yang kita tidak nampak. Kita tak nampak rasa cinta, kasih dan sayang ini, tetapi kita yakin ia ada. Bertahkta indah di dalam hati kita. 


Hanya satu kuasa yang dapat melakukan semua ini iaitu Pencipta kepada kita semua. Dia mencipta kita tanpa terlupa memasukkan rasa yang sama itu. Biarpun rupa paras dan cara hidup berbeza, tapi tiap insan ciptaanNya tidak lepas dari rasa itu. . Ada yang kasih sayangnya terpancar dari kata-kata dan ada juga yang terbukti dari perbuatan. Tak kisahlah cara apa pun, yang penting rasa itu ada dalam tiap kita.

 Bila Allah dah campakkan rasa itu, bagaimana mungkin kita menafikannya lagi. Sekuat mana kita berlari dari rasa itu, ia tetap mengejar kita kerana ia bersarang dalam hati kita. Makin dilari, makin ia menghambat. makin diusir makin ia datang.


Kata-kata yang biasa didengar, “Jangan kita membenci seseorang dengan kebencian yang melampau, kerana biasanya orang kita benci itulah yang akan menjadi kecintaan kita suatu hari nanti”.
MyEm0.Com

Hanya Allah yang memegang tiap rasa ini. Kerana Dia telah memasukkan rasa cinta dalam hati kita dan orang yang kita benci itu.

Bila cinta berjaya kita raih, pelihara dan jagailah ia sebaik mungkin. Letakkan ia di tempat indah yang kita bina dalam istana hati kita. Jangan abaikan sebuah cinta anugerah Allah ini. Ini adalah satu amanah untuk kita peliharai. Jangan nodai atau rosakkannya.

“Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi di antara mereka. Dan Allah adalah Maha Kuasa. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Al Mumtahanah, 7)


Bila benci bertukar menjadi sayang, ia akan menerbitkan satu rasa cinta yang indah sesama insan. Setiap rasa benci yang bersarang dulu, berubah menjadi rasa sayang dan penuh cinta. Dan setiap kebencian itu membuahkan satu rasa indah dan kenangan yang istimewa dalam hati kita. Kebencian itu akan mendekatkan kita.

Tapi berlainan pula kalau bila sayang bertukar menjadi benci. Dua situasi yang berbeza ini menyumbang kepada impak yang berbeza. Bila sayang bertukar benci, kita mula melupakan segala kebaikan mereka. Yang terlihat dalam mata kita hanyalah keburukannya. Segala kebaikannya lenyap ditenggelami keburukannya.

Cuba kita perhatikan, impak keduanya. Sebab itu dalam Islam kita disarankan untuk berwasatiah iaitu bersederhana dalam kehidupan kita. Sayang yang melampau sesama insan akan membuatkan kita melupakan cinta Allah dan takdirnya. Dan bila kebencian pula yang melampau, syaitanlah yang menjadi ikutan kita.

Cinta akan mengindahkan hidup kita. Ia umpama bateri yang memberi tenaga dalam kehidupan kita. Tenaga daripada bateri itu akan membuahkan semangat yang amat bermakna untuk sebuah kehidupan.


MyEm0.ComShare

Janji Manismu


Oh dunia ini
Penuh kepalsuan
Oh mungkinkah tiada
Keikhlasan
Apakah ini
Suatu pembalasan
Ku sedar kebesaranMu Tuhan

Aku bagai seorang
Kembara jalanan
Terumbang ambing
Di lautan gelora
Mencari kebahagiaan
Dahan untuk menumpang kasih
Mungkinkah suratan
Hidup kau selalu keseorangan


Hati membeku mengingatkan
Kata janji manismu... oh...
Ku dilambung angan-angan
Belaian kasih sayang suci darimu
Oh kejamnya

Lidah tidak bertulang
Ucapan cinta menghiris kalbu
Ku kan pergi membawa diri
Cinta di hati terkubur lagi..


Tidak ku fahami
Mengapa terjadi
Peristiwa pahit mengguris hati
Jalanan hidup ini
Sudah tertulis
Kutempuhi dengan kesabaran
Kusedar kebesaranMu Tuhan


Download Here 



Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, merupakan penyanyi yang berasal dari Negari Sembilan dan menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand. Album nyanyian Aishah bersama fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa.Lagu mereka memasuki carta billboard US.


Pada 1983, Aishah memenangi satu pertandingan talentime di Kuala Lumpur. Nasibnya begitu baik kerana terus ditawarkan menjadi artis syarikat rakaman Life Records dan muncul dengan dua lagu bersama Malek Ridzuan dalam album Jilid 5 kepunyaan Malek. Lagu yang popular ialah "Mawar Putih Mawar Merah".
Walau bagaimanapun, Aishah ketika ini menggunakan nama Natasa Aminah kerana takut dimarahi ayahnya kerana menyanyi. Ayahnya seorang yang sangat mementingkan pendidikan anak mereka. Walau bagaimanapun, apabila rahsia itu terbongkar, nama Aminah terus lenyap dalam senarai penyanyi tanah air. Peminat langsung tidak mempedulikan 'kehilangannya'. Natasha tidak sempat merakamkan album solo kerana tidak lama selepas itu, dia terbang ke New Zealand untuk menyambung pengajian dalamjurusan Sains Politik di Universiti Auckland.
Di New Zealand, Aishah terus mencari peluang menyanyi. Pada 1986, dia memberanikan diri memasuki satu lagi talentime, "Telequest" dan mendapat tempat ketiga. Walaupun tidak menjadi johan, dia tetap terharu kerana Aishah satu-satunya peserta Melayu ketika itu. Selepas pertandingan itu, Aishah membuat pita demo sendiri dan di bawa ke sana ke mari untuk mencuba nasibnya.
Kebetulan ketika itu, sebuah band, Soul On Ice, sedang mencari vokalis pengganti. Mereka berjaya mengesan bakat Aishah lalu mempelawanya menyertai band itu. Bagi Aishah, peluang menyertai Soul On Ice sesuatu yang menarik walaupun dia juga ditawarkan memasuki sebuah lagi kumpulan yang cukup popular ketika di negara itu iaitu Peking Man. Walau bagaimanapun, beliau menolak tawaran Peking Man kerana bekas vokalisnya, Margaret Urlich mempunyai imej yang hebat dan beliau enggan dibayangi populariti Margaret kerana beliau mahu membina identiti sendiri.
Selain Aishah, Soul On Ice juga dianggotai Paul Moss (gitar), Malcolm Smith (keyboard), Dave Larsen (dram) dan Glenn Peters (bass). Apabila menyertai CBS New Zealand, Soul On Ice akhirnya menukarkan namanya menjadi The Fan Club. Bersama kumpulan itu, Aishah sempat merakamkan dua album - SensationRespect The Beat. dan
Maka, pada tahun 1988, tiba-tiba industri hiburan sejagat digegarkan dengan kejayaan anak Malaysia - Aishah - bersama kumpulannya dari New Zealand, The Fan Club. Aishah and Fan Club bukan saja popular di New Zealand, Australia dan Malaysia, malah berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat.

Tapi,mengapa Aishah tidak diberikan anugerah sebagai artis yang pertama dan satu2nya yang berjaya ,menembusi pasaran dunia..Dalam ramai2 artis,tiada siapa yang boleh menjejaki jejak langkahnya...Tiada siapakah yang menyedari>Atau semua sudah lupakan jasanya? 

Share

Monday, November 02, 2009

Allah Sengaja...


MyEm0.Com

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharap kan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG
kerana mengingat kan kita bahawa dia bukan lah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalami nya.

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA yang HEBAT JIWA NYA.

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA
BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemu kan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN yang TAK SELAMA NYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahami lah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujung nya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti sama ada menjadi milik kita. Gapai lah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggal kan larangan NYA..

PERCAYA LAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba NYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada NYA....aMIN..


**Ya Allh berikan Hambamu Kekuatan..  
MyEm0.ComShare

Sunday, November 01, 2009

Kesihatan : Tabiat Merokok, Kesan & Akibat


Pengenalan
Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama  Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di  zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.

Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang  diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yang dipaparkan melalui media massa , ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.

Hadith Rasullullah s.a.w. :

1. “Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin” ( Al-Bukhari & Muslim)

2. “Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan  mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani” (At-Termidzi)

3. “Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu” (Abu Daud)


Kandungan Berbahaya Dalam Rokok
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene) , racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.     

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen) . Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.                            

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.  

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.


Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak


Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.


Faedah Berhenti Merokok
- Hidup lebih lama
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.


Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok


Petua 10 M Untuk Berhenti Merokok
01. Melengah-lengah
02. Minum banyak air
03. Menarik nafas panjang
04. Membuat sesuatu
05. Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
06. Mengunyah sesuatu
07. Membasuh tangan
08. Mandi dengan kerap
09. Melakukan senaman rengangan
10. Memohon doa
Share
 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino