Wednesday, December 23, 2009

AKU BERSEDIA MENGHADAPI PENDERITAAN?


Bersedia! Pastikan anda cekal dan tabah menghadapinya. Kuatkan semangat, bersedia untuk dikecewakan. Apa yang anda perlu tanamkan dalam diri anda bahawa pertemuan, perpisahan, ajal dan maut, semuanya adalah di tangan Tuhan. Kita cuma berusaha, sekiranya anda kehilangannya, sekiranya anda gagal untuk memiliki si dia, INGAT, Dia bukan jodoh anda!
PASTI, Tuhan menyediakan yang lebih baik daripada itu kepada anda. Percayalah! Di dalam mencari cinta, anda akan tempuhi… sakit hati, marah, kecewa, berduka dan …KECEWA! Jadi, anda tidak perlu risau kerana kekecewaan itu adalah biasa di dalam pencarian cinta.

Namun, jangan sesekali takut untuk bercinta. Sirami minda anda dengan ketenangan kerana semestinya di dalam pencarian cinta, anda akan bertemu saat penderitaan itu. Banyak-banyak bersabar dan laungkan, “AKU BERSEDIA MENGHADAPI PENDERITAAN CINTA!” …kerana sesungguhnya, penderitaan akan hadir sebelum cinta yang membahagiakan anda. Bersyukurlah dengan penderitaan itu kerana tidak lama lagi cinta akan menyusul.


0 comments:

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino