Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din
mengajak umat Islam kembali kepada cara hidup Islam dan sistem Islam.
Katanya, air di empangan semakin kurang, hampir ¾ Malaysia berjerubu dan terbaru kehilangan kapal terbang MAS MH370.
“Berpuluh-puluh kapal dan kapal terbang mencari MH370 tapi tak jumpa
pun. Allah menguji kita bahawa ilmu kita sangat sedikit berbanding
dengan ilmu Allah,” kata beliau dalam kuliah maghrib di sebuah masjid di
Selangor yang dimuatkan intipati kuliahnya dalam Facebook.
Inilah kali pertama beliau bersuara selepas berlakunya peristiwa kehilangan MH370 itu pada 8 Mac lalu.
Sambil memetik ayat al quran yang bermaksud, beliau berkata “ Jangan
makan dan minum yang haram. Kalau kita langgar, ia mengundang kemurkaan
Allah lalu Allah menurunkan bala kepada semua”.
Beliau turut mendakwa kehilangan pesawat MAS itu menjadikan negara kita tumpuan seluruh dunia.
“Tetapi Allah malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga
Arab Saudi berkata kita biarkan syirik berleluasa,” katanya merujuk
tindakan Raja Bomoh di KLIA yang menjadi bahan jenaka seluruh dunia.
Katanya, memang yang itu berlaku sebenarnya .
“Allah hina negara kita dengan peristiwa seperti itu,” katanya lagi.
Beliau berkata manusia tidak melihat peristiwa itu dengan mata hati kerana mata hati kita kotor dengan maksiat.
“Allah mahu kita kembali kepadaNya dan bertaubatlah dan insaflah,” tegasnya lagi.
Katanya, bila dah tiga empat hari kapal terbang tak diumpai, baru nak ingat pada Allah .
“Baru nak buat solat hajat. Bagi yang terang mata hati, terus baca
innalihi waina ilahi rajuin sewaktu awal-awal peristiwa itu berlaku,”
katanya.
Beliau mencadangkan supaya MAS mencontohi penerbangan Arab Saudi dan
Brunei yang berdoa selamatkan penerbangan mereka sebelum kapal terbang
berlepas.
“Sepatutnya kita berserah kepada Allah dalam setiap permulaan
penerbangan,” katanya sambil mengajak umat Islam melihat dengan mata
hati dan bukannya dengan mata kasar.
Itadakimasu...
2 years ago
0 comments:
Post a Comment