MAZHAB MALIKI
Pendapat yang sepakat dalam mazhab ini mewajibkan menutup aurat daripada pandangan orang ramai.
Ketika bersembahyang, menurut pendapat yang sahih daripada mazhab ini, diwajibkan menutup perkara berikut:
Aurat orang lelaki ketika bersembahyang
ialah aurat berat (mughallazah) sahaja, iaitu kemaluan hadapan, zakar
berserta buah zakar dan kemaluan belakang yang terletak antara kedua-dua
papan punggung. Oleh itu, diwajibkan mengulangi sembahyang dengan
segera sekalipun terdedah kedua-dua papan punggung sahaja, ataupun
terdedah ari-ari. Paha tidak dikira sebagai aurat pada pandangan mereka,
hanya zakar dan buah zakar sahaja berdasarkan Hadith riwayat Anas:
Bahawa di dalam Peperangan Khaibar,
Rasulullah s.a.w. telah terkoyak kain pada pahanya, sehingga aku
temampak keputihan pahanya. Maliki dan Hanbali: aurat lelaki ialah kemaluannya sahaja (zakar dan duburnya) Dalil: hadith Anas bahawa pada hari Khaibar, Nabi membuka pahanya (HR alBukhari)
Namun dalil al-Qur:an yg menyentuh aurat lelaki secara khusus tidak ada.
Tahqiq al-Qardhawi: Memetik pendapat Ibn
Qayyim tentang bagaimana kita mengkompromi dua hadith yang saling
bertentangan, maka ialah dengan membahagikan aurat lelaki kepada aurat
berat (kemaluan) dan aurat ringan (dua paha atau pusatnya). Maka hukum
yang jelas ialah haramnya membuka aurat yang berat yakni kemaluan dan
dubur. Aurat pusat dan paha sebaiknya ditutup juga, tapi jika keadaan
terdesak, maka dibolehkan. (al-Qardhawi, Fatawa Mu'asirat, Jld 5 & 6 Pustaka Salam)
Jadi, jangan pelik dengan orang luar negara mahupun orang Malaysia sendiri yang memakai seluar pendek ketika solat.
Sah solat sebab mazhab Syafie kata aurat lelaki antara pusat sampai
lutut, lutut termasuk kawasan yang wajar dijaga agar paha juga dapat
dijaga sebab kita tak tau sebenar-benarnya sempadan aurat tu di mana.
Abis tu, nanti masa sujud seluar tu akan terangkat camne plak? Adapun
dalam mazhab hambali dan maliki, lutut
tidak termasuk aurat. Jadi, berlapang dada, mungkin mereka dari mazhab
selain syafie. Kalau gi negara Arab, ramai orang sana solat macam ni.
Itadakimasu...
2 years ago
0 comments:
Post a Comment