Maksud Zakat Fitrah
Zakat dari sudut bahasa ialah
tumbuh dan bertambah. Harta yang dibayar sebagai zakat, ia sebenarnya
menumbuh dan menambahkan lagi harta yang dimiliki oleh pembayar
tersebut. Fitrah dari sudut bahasa ialah terbelah. Ada pun dari sudut
syari‘at, maka Zakat Fitrah ialah harta yang wajib dibayar pada
penghujung bulan Ramadhan. Demikian penerangan ringkas daripada
kamus-kamus bahasa Arab dan kitab-kitab fiqh. Zakat fitrah juga dikenali
dengan nama-nama lain, iaitu sedekah fitrah, zakat Ramadhan, zakat
puasa, sedekah puasa dan sedekah Ramadhan.
Dalil Zakat Fitrah
‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata:
فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ
الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍعَلَى الْعَبْدِ
وَالْحُرِّوالذَّكَرِ وَالأُنْثَىوَالصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ مِنْ
الْمُسْلِمِينَ وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ
إِلَى الصَّلاَةِ.
Maksudnya: “Rasulullah SAW telah
memfardhukan zakat fitrah di dalam Ramadhan ke atas umat Islam secupak
tamar atau secupak gandum sama ada yang merdeka atau hamba, lelaki atau
perempuan, kanakkanak atau dewasa. Baginda memerintahkan agar ia dibayar
sebelum orang ramai keluar menunaikan solat (Aidil Fitri).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hukum Zakat Fitrah
Jumhur
ilmuan berpendapat bahawa hukum zakat fitrah ialah wajib. Zakat fitrah
adalah wajib ke atas setiap muslim tidak kirasama ada lelaki, perempuan,
kanak-kanak, dewasa, merdeka ataupun hamba.
Siapa yang wajib membayar zakat fitrah:
1.
Menurut Mazhab Jadid (baru) Imam Syafie dan pendapat Imam Ahmad
berdasarkan riwayat dari Imam Malik: “Wajib ke atas setiap muslim yang
dilahirkan sebelum terbenam matahari hari terakhir Ramadhan.” Pendapat
ini yang dipakai dalam Mazhab Syafie.”
2. Manakala Mazhab Qadim
(lama) Imam Syafie dan pendapat Imam Abu Hanifah pula berdasarkan
riwayat dari Imam Malik: “Wajib ke atas muslim yang dilahirkan sebelum
terbit fajar Hari Raya Pertama.”
3. Kewajipan zakat fitrah hanya
ke atas orang Islam sebagaimana hadis ‘Abd Allah ibn ‘Umar yang telah
dikemukakan sebelum ini: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah dari
kalangan umat Islam.”
4. Zakat fitrah diwajibkan ke atas orang
yang mampu, iaitu memiliki kecukupan yang melebihi keperluannya dan
orang-orang di bawah tanggungannya untuk sehari semalam. Batas ini
ditetapkan oleh para ahli fiqh mengingatkan tujuan zakat fitrah adalah
untuk memenuhi keperluan orang miskin selama satu hari, iaitu pada 1
Syawal sempena Aidil Fitri. Kecukupan yang melebihi keperluannya adalah
sesuatu yang sedia ada di sisinya. Oleh itu tidak perlu menjual harta,
barang kemas dan sebagainya untuk mencapai taraf kecukupan.
5.
Orang-orang yang nafkah hidupnya berada di bawah tanggungan orang lain,
maka dia tidak wajib membayar zakat fitrah. Zakat fitrahnya dibayar oleh
orang yang menanggung nafkah hidupnya, berdalilkan hadis berikut:
أَنَّ
النَبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ
عَلَى الصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِوَالذَّكَرِ وَالأُنْثَى مِمَّنْ تَمُونُونَ.
Maksudnya : “Sesungguhnya
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah ke atas anak
kecil dan orang dewasa, lelaki dan wanita, daripada orang-orang yang
kalian tanggung nafkah hidupnya.”
Waktu membayar zakat fitrah
Zakat fitrah boleh dibayar bermula dari awal Ramadhan.
Sunat
hukumnya membayar selepas fajar Hari Raya Pertama hingga waktu solat
Hari Raya. Makruh membayarnya selepas solat Hari Raya dan ia tidak
dikira sebagai zakat sebaliknya sedekah. Dan hukumnya haram membayar
zakat fitrah selepas berakhirnya Hari Raya Pertama. Sabda Rasulullah
SAW.:-
“من أداها قبل الصلاة فهي ذكاة مقبولة ومن أداها بعد الصلاة فهي صدقة من الصدقات."
Maksudnya:
“Sesiapa yang menunaikan zakat fitrah sebelum solat maka ia adalah
zakat yang diterima dan sesiapa yang membayarnya selepas solat maka ia
adalah sedekah daripada sedekah-sedekah (yang dibuat pada waktu-waktu
biasa).” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah).
Kadarnya
Secupak
daripada makanan rasmi sesebuah negara. Sesetengah ulama seperti Imam
Abu Hanifah berpendapat, harus mengeluarkan zakat fitrah dengan nilai
secupak makanan tersebut sekiranya ia lebih bermanfaat kepada fakir
miskin seperti dengan nilai ringgit dan sebagainya.
Itadakimasu...
2 years ago
0 comments:
Post a Comment