Thursday, November 22, 2012

Puasa Sunat Tasu’a & Puasa Sunat Assyura 9 dan 10 Muharram



Hukum Puasa Tasyu’a dan Puasa hari ‘Asyura

Hukum puasa tasyu’a dan puasa asyura adalah sunnah muakkad, yaitu sunnah yang sangat dianjurkan.

MENCONTOHI PUASA RASULULLAH

 اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صِيَامِ يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ فَقَالَ : يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَّةَ
“Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". 

(Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

 Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)
 
Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menyuarakan agar berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 dalam bulan Muharam. Baginda bersabda:


لَمَّا صَامَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ وَاَمَرَ بَصِيَامِهِ قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ اَنَّهُ يَوْمَ تُعَظِّمُهُ الْيَهَوْدُ وَالنَّصَارَى ؟ قَالَ : فَاَذَا كَانَ عَامُ الْمُقْبِلِ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ . قَالَ : فَلَمْ يَاْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Semasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Asyura adalah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Maka baginda bersabda: Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu’a (hari ke-9 di bulan Muharam). (Berkata Ibn Abbas : Maka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah wafat”. (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Sebagai kesimpulannya, adalah disunnahkan berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 di bulan Muharam.
 


Lafaz Niat Puasa Assyura

Niat Puasa

.
a.  Niat puasa hari kesembilan Muharam (Hari Tasu’a)  ialah:

NAWAITU SAUMA Tasu’a LILLAHI TAALA.

Ertinya:- SAHAJA AKU PUASA HARI TASU'A KERANA ALLAH TAALA.
 .
.
b.  Pada hari ke-10 Muharram (Hari Asyura) niat puasanya ialah:

 

نويت صوم عشر سنة لله تعالى

NAWAITU SAUMA 'ASYURA LILLAHI TA'ALA


ertinya: SAHAJA AKU PUASA HARI ASSYURA KERANA ALLAH TAALA.





0 comments:

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino