Solat Taubat ini dikerjakan sebanyak dua rakaat.
WAKTU PERLAKSANAAN
- Solat Taubat boleh dilaksanakan walaupun pada waktu-waktu yang diharamkan solat.
- Lebih afdhal dilakukan selepas Solat Isya'.
CARA MENGERJAKAN SOLAT TAUBAT
Rakaat Pertama
1)
Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Taubat
Berniat:
“Sahaja aku solat sunat taubat dua raka’at kerana Allah Ta’ala”.
2)
Takbiratul
Ihram
3)
Doa Iftitah
4)
Membaca surah al-Fatihah
5)
Membaca Surah al-Qur’an
-Dalam raka’at pertama (selepas membaca Surah Al-Fatihah) bacalah Surah Al-Fath (susunan surah dalam Al-Quran surah nombor 110).
6)
Rukuk
7)
Iktidal
8)
Sujud
9)
Duduk antara dua sujud
10)
Sujud kali kedua
11)
Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1)
Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
(selepas membaca Surah Al-Fatihah) bacalah Surah al-Ikhlas (surah ke-112).
2)
Duduk untuk tahiyyat akhir
3)
Memberi salam ke kanan dan ke kiri
“Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya kami tergolong di kalangan orang-orang yang rugi”.
(Surah Al A’raaf : 23)
“Ya Allah, sesungguhnya aku banyak menganiaya diriku dan tidak ada yang mengampuni dosa kecuali Engkau. Oleh kerana itu ampunilah dosa – dosaku dengan ampunan dari sisi-Mu dan berikan rahmat kepadaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
(Hadith Riwayat Imam Al Bukhari no. 834 dan Muslim no. 2705)
Selain dari doa ini, anda juga boleh menggunakan doa-doa yang lain.
Walau bagaimanapun, di dalam mengerjakan solat, anda tidak boleh
menggunakan bahasa yang lain selain daripada bahasa arab khususnya
semasa membaca Surah Al-Fatihah yang menjadi sekurang-kurang bacaan ayat
Al-Quran yang perlu dibaca di dalam mendirikan solat sama ada solat
fardu ataupun sunat.
Ringkasnya, di dalam mengerjakan Solat Sunat Taubat, sekurang-kurang
bacaan Al-Quran yang perlu anda baca adalah Surah Al-Fatihah sahaja
0 comments:
Post a Comment