Assalamualaikum ...
Kemarin 5/5/2011 jam 9.00 pagi.. warga Fewett sekali lagi kehilangan insan yang banyak menyokong fewett.terutamanya Fewett Radio.Beliau ialah ROCK DJ atau nama penuh beliau Selamat B. Samigon..
Orang kuat Fewett Radio.. Banyak sangat jasa beliau dalam pembangunan fewett radio..
Fewett adalah 1 site yang mementingkan komuniti insan.. mementingkan silatullarahim.. bukan sekadar teman on9.. lantaran itulah bila kehilangan seseorang.amat sangat dirasai oleh warga fewett.. Kami bagaikan satu keluarga besar.. Berat sama dipikul,ringgan sama dijinjing..bukan site yang dibangunkan untuk mengaut keuntungan .. Tapi untuk berkomuniti.. Malah staff fewett dan warga fewett yang sangat menyayangi fewett sanggup mengeluarkan budget dalam memastikan site2 Fewett terus hidup dan kami boleh terus berkomuniti..
Masih teringat suatu masa dulu bagaimana rock boleh terjebak dengan fewett dan site fewett seterusnya menjadi orang kuat di fewett radio.. Nuremey orang yang bertanggungjawab membawa rock Dj ke fewett bermula dengan di chat room skype..disitu Rock bertemu dengan Alonggigi dan seterusnya Alonggigi adalah orang yang bertanggungjawab membawa Rock DJ ke fewett..kalau tak salah rina.. sebab masa along borak2 dgn rock dlm room tu.rina ada.dan masih lagi segar diingatan ini.bila rock ceritakan bahwa dia DJ rumah kenduri .. dan dia ceritakan kerja2 dia... :)
Setelah sekian lama Along menghilang dri fewett dek kesibukkan hal peribadi dan kerja, kini setelah pemergian Rock,Along kembali ke fewett.. itulah hikmah nya..sememangnya hajat rock dan rina sama..kami ingin Along kembali ke fewett..terutamanya Fewett Radio.Kmi ingin tnjukkan pada DJ2 baru fewett..pada user2 baru fewett dan pendengar2 baru fewett bahawa Fewett Radio punya seorang DJ yang sangat bagus. dan talented.. Yang sangat kami kagumi.. sebab itulah bila kami mendj..pasti kami tidak lupa untuk menyebut nama along yang telah sekian lama bersama fewett.. Yang telah membawa kami terus bersama fewett.. Yang banyak membantu kami kenal dunia siber selama ini.. yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami... Sebagaimana harapan Rock. rina juga harap along akan terus bersama fewett dan tidak hilang lagi selepas ini...
Kuat semngat dia.. walaupon dia golongan istimewa,dia tidak mahu dirinya dilayan seperti itu..dia bekerja..tidak mengharapkan ihsan orang lain.. Tetap masih terngiang-ngiang arwah menceritakan tentang kerja2 yang dia lakukan bila menDJ...
15/4/2011 .. Buat pertama kali dan terkhir kali rina bertemu dengan rock.. Kami(sempoi+lilo) pergi jemput rock di rumah akak nya di pandan Indah malam tu.. Rock baru je sampai dri Batu Pahat petang tu.. dan dia sangat keletihan.. dengan mengambil sebiji ponstant dia boleh lepak dengan kami malam tu.. dia cakap kalau tak ambil dia memang tak dapat lepak la dengan kami malam tu.. dia suka sangat dapat lepak dengan kami.. walaupon kelihatan dia malu2.. maybe sebab 1st time jmpa.. dan rina juga mcm biasa mmg segan bila bertemu dgn orang tak biasa..dengan along pon sampai sekarang masih malu.hhuh..Sekarang rina bersyukur sangat kerana berkesempatan untuk berjmpa dengan beliau sebelum beliau pergi..mmg memenuhi hajat beliau untuk berjumpa kami.. yang dia sering katakan sebagai orang kuat fewett...
Dan teringat lagi bila mya beritahu bahawa 15 /4 itu rina datang KL.dan kebetulan sama dengan beliau untuk turun KL bagi mendapatkan rawatan di HUKM.. Mya cakap,rock suka sangat bila dapat tahu rina pon akan turun KL..nak jmpa rina gak(alhamdulillah walau ada someone yang sengaja tak mahu jmpa ketika rina ke KL aritu) dapat buat gath kecil2 fewett.. Ingt 16 Hb tu selepas selesai urusan dengan beberapa pihak,nak join Rock,mya,sempoi,along dan arabi lepak lagi..namun tidak berkesempatan.. ketika itu sedang berada di Shah Alam.. dan untuk pergi ke sana juga agak jauh..apatah lagi dengan driver yang kurang ariff .. dan mengejar masa kerana flight pulang ke alor setar pukul 7:10 am...
Dan masih ingat kata2 rock.. lepas ni dia akan cuti panjang..ya..beliau sudah dapat rasa bahawa beliau sudah tak lama lagi di dunia nie.. tapi hajat nya mahu fewett terus hidup dan maju.. dan ada bebrapa pesanan beliau beberapa hari lalu untuk rina menDJ..
Dan masih juga teringat bila chips poker beliau ditukarkan dengan nilai top up.. Dia suka sangat buat mcmtu pon dan berulangkali dia ucapkan terima kasih.. :(
Kami di fewett bersyukr kerana majoriti mereka di fewett adalah insan 2 yang boleh dipercayai dan boleh dibuat sahabat..Boleh susah senang bersama.. Buktinya APAT.. dan rock.. dua insan yang telah pergi meninggalkan kita.. mereka sememangnya insan yang sangat baik.. sebagai teman ,rakan dan sahabat..yang sama2 besar jasanya di fewett.. di Fewett la rina kenal apat kira2 5 tahun lalu.. Insan yang sangat rina sayang dan tak kan lupa apa yang telah beliau lakukan untuk fewett dan rina... kedua dua mereka dalah orang johor.. dan kedua2 nya rina pernah jumpa .. :( Di fewett beberapa pasangan juga telah bertemu jodh disini antara nya pakcik okto dan Nadiah, Nurnadiah (sakinah) dan ero(herman) ..dan bakal menyusul ada lagi pasangan selepas ini..insyaallah... Bukan seperti sesetengah website yang hanya mementingkan kenuntungan tanpa memikirkan dan mengutamakan kebajikan ahlinya dan sesetengah tempat yang ditemui hanyalah mereka yang lebih mementingkan diri untuk mencapai sesuatu matlamat.. cukoplah sampai disini dulu coretan rina sempena kehilangan seorang lagi teman di fewett iaitu ROCK DJ..
Semoga beliau ditempatkan dikalangan mereka yang soleh... dan Kirimkanlah al-Fatihah buat beliau dan juga apat..
sekian...
http://gadiskalispeluru.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment