Monday, October 18, 2010

CERPEN:PENCINTA SEJATI


PENCINTA SEJATI


Saat ini aku terkenang akan perbualan kita malam itu. Malam keramat saat aku meluahkan isi hatiku padamu. Sungguh bukan pertama kali tetapi ianya kali pertama aku meluahkan perasaanku kepadamu empat mata. Bukankah saat aku meluahkan rasa hati ini, kau berkata padaku.

“Maafkan aku andai jawapanku melukakan hatimu. Maafkan aku kerana aku belum bersedia lagi untuk bercinta. Aku menghargai perasaan kau terhadapku namun aku tak mampu untuk bercinta lagi. Terlalu banyak pahit manis yang aku harungi sebelum ini. Aku tak sanggup untuk terluka lagi.”

Aku hanya mengangguk, mengerti setiap makna kata-katamu. Saat iu aku hanya memandang tepat wajahmu.

“Aku mengerti. Aku hanya meluahkan sahaja. Tidak pula bermakna aku memaksa kau untuk menerima cintaku ini. Aku hanya takut aku tak kesampaian untuk meluahkannya kelak. Takut apa-apa terjadi padaku. Lagipun ALLAH jua yang menentukan ajal maut. Jodoh pertemuan. Jadi aku bersedia. Aku juga tahu kau takut untuk menerimaku kan?”

“Benar, aku takut sebenarnya. Kerana sebelum ini, kau kata kau sukakan gadis itu. Kau siap menyuruhku mendekati gadis itu untuk kau. Aku tak tahu. Aku terasa seolah-olah dipermainkan. Aku rasa...”

Aku meletakkan jari telunjukku di bibir mungilnya.

“Aku memang mengaku aku menyukai gadis itu, namun aku lebih menyukai kau. Aku minta maaf jika kau terasa. Saat itu apa yang aku lakukan hanyalah naluri seorang lelaki, yang pantang melihat gadis yang manis. Ingin sahaja aku mendampinginya. Kemudian setelah lama berkawan dan mulai rapat denganmu, baru kusedar perasaanku ini. Perasaan yang muncul kala kau tiada depan mataku. Aku berasa rindu akan dirimu. Aku terasa aku kehilangan sesuatu.” Mendiamkan diri sebentar, seketika kemudian aku menyambung kembali, “Aku terasa terpukul kala kau rapat dengan lelaki itu. Aku mulai sedar, aku harus luahkannya. Bak pepatah Inggeris 'It's now or never.” Aku akui aku ni pengecut. Tak sanggup berdepan empat mata denganmu. Aku hanya mampu coretkan perasaanku di atas sehelai kertas kajang lalu kuberi padamu untuk kau baca. Tapi itulah diriku. Aku tak sanggup dan aku takut kalau-kalau aku tersalah kata. Aku takut kau akan nampak kelemahan diriku ini. Seorang yang tak berkeyakinan tinggi dan lemah semangatnya. Aku takut aku akan ditertawakan oleh kau. Tetapi jika aku menyusun setiap bait kata, melahirkan sesuatu yang puitis dan gramatis mungkin mampu membuatkan kau terpaku.”

Kau seolah-olah ragu dengan kejujuran hatiku. Kau menanyakan sesuatu kepadaku. Sesuatu yang tak sangka akan terluncur keluar darimu.

“Kau sukakan aku bagaimana? Sejauh mana kau sukakan aku? Sedangkan kau pernah luahkan rasa sukamu itu kepada gadis yang satu lagi. Kini kau luahkannya pula kepadaku.”

Aku menarik nafas dalam. Memikirkan setiap bait-bait kata yang perlu aku susun bagi menzahirkan rasa hati ini.

“Aku pernah berkata aku sukakan gadis itu. Tetapi sukaku bukan seperti aku sukakan kau. Aku hanya suka-suka kawan pada gadis itu, tetapi dengan kau berbeza. Aku suka-suka kasih padamu.”

“Bagaimana suka-suka kasih itu? Aku tak memahami maksud disebalik ayat puitismu itu.”

“Aku mengerti. Lagipun suka-suka kasih tu baru sahaja aku ciptakan sebentar tadi.”
Kau dan aku tertawa. Aduh, sungguh menawan gelak tawamu itu. Jujur kukatakan meruntun setiap jiwa yang melihatnya.

“Suka-suka kasih. Aku terbawa-bawa kau dalam mimpiku. Bukan satu malam tetapi lima malam berturut-turut. Aku mohon petunjuk dari Ilahi. Aku berdoa pada-Nya jika benar kau gadis terbaik untuk diriku, kau zahirkanlah dirinya dalam mimpiku malam ini. Dan sesungguhnya ALLAH SWT itu Maha Besar lagi Maha Agung, kau datang dalam mimpiku. Bukan semalam tetapi lima malam. Maka aku yakinlah bahawa kau yang terbaik untuk diriku. Itulah ertinya suka-suka kasih. Bukannya suka-suka biasa. Kalau suka-suka biasa takkan aku pohon pada Yang Maha Kuasa diberi petunjuk kepadaku. Tetapi kerana aku serius dengan kau. Aku tak memaksa kau menerima aku. Aku tak mampu memaksamu. Luahan hati ini hanya bertujuan untuk menjelaskan keinginan hati ini.”

Aku lihat pipimu merona merah. Matamu seperti berkaca. Lantas aku berkata. “Janganlah kau menangis. Aku berjanji aku takkan membuatmu menangis. Aku disini hanya untuk mengembirakan kau. Jangan menangis.”

Kau diam. Hanya memandang tepat ke arahku. Pandangan mata beginilah yang membuatkan aku cair. Yang menyebabkan hati ini cair.

“Sekali lagi aku mohon maaf padamu. Aku belum bersedia dan aku berharap jawapanku ini takkan mengubah cara layanan kau terhadapku. Sekarang aku belum bersedia lagi. Aku masih memerlukan dirimu sebagai sahabatku.”

Aku hanya mengangguk tanda faham. Aku tak memaksa pun. Tetapi sekadar ingin memberitahu.

“Kau marahkan aku?” tanyanya sambil memandang aku.

Aku menggeleng kemudian aku menguntumkan senyuman padanya.

“Jangan risau. Layanan aku kepadamu tetap takkan berubah. Bila-bila kau perlukan aku, bagitahu sahaja. Aku akan cuba menolongmu selagi mana aku mampu. Itu janjiku. Aku takkan benarkan kau menderita. Akanku cuba bahagiakan dirimu walaupun dalam proses membuatkan kau tersenyum itu menyebabkan aku terluka. Akanku lakukan jua. Asalkan aku dapat melihat kau berbahagia. Jika apa yang membuatkan kau bahagia menyebabkan aku terluka tetapi demi kau gadis yang aku cintai sepenuh jiwa ini, tetap aku akan harungi. Akanku tetap tersenyum padamu sungguhpun aku terluka. Aku takkan benarkan kau bersedih sayang. Aku tak sanggup buat kau terluka... aku akan terus cuba membahagiakan dirimu.”

“Hatimu sungguh murni. Alangkah indahnya kalau kala ini hatiku terbuka untukmu. Aku mohon maaf sekali lagi. Tapi aku hendak tanyakan sesuatu padamu. Boleh?”

“Tanyalah. Akanku jawab jika aku mampu.”

“Sanggup kau tunggu aku? Walaupun tempoh menunggu itu terlalu lama? Sanggupkah kau hadapi setiap saat untuk menungguku?”

“Akan kutunggu. Sebab aku pasti kau adalah untukku. Tak kira beberapa lama sekalipun sebab jika ALLAH SWT kata kau untukku dan aku untukmu kita tetap akan bersama samada sekarang ataupun kelak. Jadi aku akan tetap menunggumu.”

“Terima kasih.”
Malam itu semuanya berjalan lancar. Tetapi selang beberapa hari kau mulai berubah. Lagakmu seolah-olah tidak mempedulikan diriku. Aku mengirimkan mesej namun kau tak membalasnya. Pabila berbual terasa seperti ada jurang yang besar dan dalam antara kita. Kenapa? Bukankah kau yang menyuruhku untuk tidak menrubah cara layananku kepadamu. Tetapi kenapa seolah-olah kau yang berubah kini? Kau tidak mempedulikan kewujudan aku. Kau ibarat menolak kehadiran aku dalam hidupmu. Aku sedih dilakukan begini. Aku terasa dengan tindakanmu. Adakah kau ingin menolakku? Adakah kau ingin aku pergi dari hidupmu? Adakah kau ingin menolakku jauh-jauh dari hidupmu, dari bayangmu? Aku terasa tersisih. Aku selama ini ikhlas menolongmu. Tetapi kenapa kau buat aku begini? Rakan karibku yang telah kuanggap abangku mengatakan kepadaku sesuatu. Sesuatu yang membuatkan aku terjaga dari lamunan.

“Kenapa kau bersikap begini? Kenapa klau terus menjadi dungu? Kenapa kau menjadi buta dan tuli? Kau tak nampak apa yang terjadi?”

“Kenapa? Kenapa kau mengatakan begitu?”

“Sebab kau bodoh! Kau membiarkan dirimu diperbodoh-bodohkan. Kau biarkan dirimu dipergunakan dan diperkotak-katikkan. Kau memperhambakan dirimu hanya untuk dia? Gadis itu? Sedangkan ada banyak gadis lagi yang layak untuk dirimu yang mulia ini. Kau terlalu baik untuk dia.”

Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Aku menunduk memandang kearah lantai sahaja. Mendiamkan diri, cuba untuk mencernakan segala maklumat yang diterima.

“Aku kesiankan dirimu. Dia tak sedar betapa ruginya dia melepaskan kau pergi. Kau terlalu istimewa untuknya. Aku sarankan kau tinggalkan dia. Berhenti dari memperhambakan dirimu kepada gadis itu. Berhenti memperhambakan diri untuk cinta yang tak pasti. Bukan untuk cinta yang takkan kunjung tiba darinya. Kau perlu sedar sekarang sahabat.” Terdiam seketika. “Aku anggap kau macam adikku sendiri dan aku tak sanggup melihat adik yang aku sayangi terluka dan menderita. Carilah gadis lain. Dalam dunia ini bukan dia seorang sahaja bidadari. Terlalu banyak lagi bidadari yang bersedia mendampingimu.”

“Tapi aku tak mampu. Aku terlalu mencintainya. Aku dah cuba tetapi setiap gadis yang aku jumpa tak mempunyai ciri-ciri yang aku nak. Ciri-ciri tu semua terkumpul pada dirinya.” aku meraup mukaku. Titis-titis air mata meleleh laju. Membasahi pipiku ini.

Menepuk-nepuk bahuku.

“Menangislah sahabat. Mungkin dengan menangis mampu membuatkan kau lega. Jangan malu-malu.”

“Terima kasih.”

“Sekarang aku hendak kau berhenti mengharapakan dia. Cari yang lain. Jangan memperhambakan diri untuknya. Tengoklah perangainya. Seperti mempermainkan dirimu. Asyik kau sahaja yang ingatkan dia tetapi ada dia ingatkan kau? Kau kena belajar lagi pasal cinta adikku. Kau terlalu mentah lagi. Aku sarankan kau berhenti mengharapkannya. Tarik balik huluran tangan kau itu. Kelak bila dia sedar yang tiada tangan yang akan menyambutnya mungkin dia akan terasa kehilangan dan betapa bermaknanya dirimu kepadanya. Saat itu dia pasti akan datang mengejarmu itupun jika benar dia juga menaruh perasaan padamu.” menarik nafas dalam. “Tetapi aku perasan yang dia seperti terlalu rapat dengan lelaki itu. Lelaki yang cuba menolong kau mendapatkannya tetapi seperti dia cuba memotong jalanmu.”
“Kau jangan tuduh sebarangan. Dia sendiri salah seorang sahabat baikku disini selain kau.”

“Kau terlalu naif. Kau lihatlah tingkah mereka. Bukankah mereka rapat. Malam yang kita berempat keluar. Kau tak perhatikan betapa mesranya mereka di tempat duduk belakang. Aku yang duduk bersebelahanmu hanya mampu memerhati sahaja. Betapa rapatnya mereka. Kalau benar dia sahabat takkan dia buat begitu? Baru-baru ni, kau tengoklah gaya mereka. Jika benar gadis itu tahu dan juga menaruh perasaan padamu takkan dia nak membuatkan kau terluka? Aku tahu kebelakangan ni kau terlalu kecewa dan stress bukan? Salah satu faktornya adalah gadis itu bukan? Jangan kau abai pelajaran kau di sini hanya untuk dia.”

Aku hanya berdiam diri. Tidak pula aku menidakkan atau mengiyakan kata-katanya. Ada kebenaran disebalik kata-katanya.

“Aku mengerti abang. Aku akan melupakannya. Demi diri ini. Aku takkan memperhambakan diriku untuknya lagi. Demi gadis yang aku cintai aku tetap akan membiarkan dia bahagia sungguhpun aku terluka. Kan aku ni pencinta sejati.” gelakku berpura-pura bagi menutup kesedihan diri ini.

“Tak payahlah berpura-pura. Aku tahu kau menderita. Tetapi aku pandang tinggi sifatmu. Kau sanggup melukakan dirimu untuk dia, gadis yang kau cintai. Kau sanggup berkorban demi rakan-rakanmu. Kau dan aku serupa sifatnya tetapi orang tak pernah nampak sifat kita itu. Aku sanjung kau pencinta sejati. Apakah maksud pencinta sejati wahai sahabat?

Aku menjawab soalannya.

“Pencinta sejati ialah seorang yang sanggup menderita demi melihat orang yang dia cintai berbahagia. Pencinta sejati sanggup tersenyum bagi nemyembunyikan dirinya yang terluka dari pengetahuan orang yang dia cintai. Pencinta sejati sanggup terluka demi membahagiakan dan menggembirakan orang yang dia cintai. Itulah pencinta sejati dari sudut pandangan aku.” TAMAT

Tok_kure

0 comments:

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino