Thursday, September 16, 2010

Penyakit Kencing Manis/diabetis , Kesan Dan Kawalan


 Kencing manis atau diabetis juga dikenali sebagai "Ibu Segala Penyakit". Menurut statistik WHO, dianggarkan terdapat 250 juta orang pesakit diabetik di seluruh dunia. Empat orang mati akibat diabetis atau komplikasi diabetik pada setiap minut. Di setiap negara, terdapat 6% hingga 15% populasi menderita diabetis dan situasi ini paling serius di Asia. Saban tahun di seluruh dunia, ratusan billion dolar US diperutukkan untuk perubatan penyakit kencing manis.





Ubat yang diberikan oleh doktor untuk merawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan lemah tenaga batin apabila diambil secara berterusan. Oleh itu, adalah baik jika pesakit berbincang dengan doktor berkenaan kesan sampingan tersebut, sebelum memula mengambilnya.
Pesakit dengan masalah jantung sering kali diberikan ubat yang mengandungi nitrat. Bahan aktif dalam ubat mati pucuk (seperti Sildenafil Citrate (Viagra),Cialis dan Levitra) mampu berinteraksi dengan nitrat dan menurunkan tekanan darah kepada paras merbahaya dan mampu membawa maut.
Bagi pesakit kencing manis, darah tinggi atau kalesterol tinggi mengambil ubat tanpa rujukan doktor mampu menyebabkan kesan sampingan merbahaya seperti kegagalan ginjal


Kawalan ketat pengambilan diet
Pengambilan makanan yang dikawal ketat adalah salah satu cara yang penting untuk mengawal diabetes daripada bertambah teruk dan dapat menurunkan tahap gula darah.
*Kurangkan pengambilan makan tinggi kalori dan kurangkan pengumpulan lemak pada tubuh dan kekalkan berat tubuh ideal.
*Kurangkan pengambilan makanan berlemak untuk melambatkan pembentukan atherosclerosis.
*Kurangkan mengambil makanan manis untuk mengelakkan peningkatan kuantiti gula darah.
*Meningkatkan pengambilan sayur-sayuran, terutamanya sayuran tinggi serat, untuk membantu menurunkan tahap gula darah. Selain itu, ia juga untuk membantu mengelakkan penurunan gula secara tiba-tiba kerana penurunan gula darah secara mendadak akan menyebabkan hipoglisemia.

Walaupun di diagnos menghidapi penyakit diabetes , ramai pesakit yang telah mengabaikan diet dan nutrisi harian yang sepatutnya bagi mereka.
Keadaan itu memburukkan lagi tahap kesihatan pesakit dan mendorong kepada pelbagai penyakit lain.
“Pesakit sebenarnya perlu memantau dan menjaga makanan yang mereka ambil jauh lebih teliti berbanding orang lain,” kata perunding penyakit diabetes di sebuah pusat kesihatan, Indra Balaratnam.
Katanya, darah pesakit penyakit diabetes mengandungi tahap glukosa tinggi yang disebabkan oleh sistem tubuh mereka yang tidak bertindak secara normal.
Oleh itu, tubuh mereka tidak dapat memproseskan glukosa dengan cara yang efisien.
Lantaran itu adalah sangat penting bagi pesakit penyakit diabetes menilai semula diet harian mereka untuk mencapai keseimbangan insulin dan glukosa.
Diet yang sihat adalah memastikan menu harian anda terdiri dari lima kumpulan makanan iaitu karbohidrat kompleks, buah-buahan, sayuran, daging dan susu.
“Saiz hidangan bagi setiap kumpulan makanan ini sangat penting kerana ia membantu mendapatkan keseimbangan karbohidrat yang diambil,” katanya.
Jadi bagi mengukur saiz hidangan yang sepatutnya, anda perlu mempunyai satu set peralatan mengukur seperti peralatan mengukur membuat kek yang anda boleh peroleh di pasar raya.
Selain itu, pesakit penyakit diabetes juga seharusnya mempunyai jadual makan yang teratur dan tetap untuk membolehkan tubuh berfungsi dengan lebih efesien.

3 comments:

jusdelima on October 9, 2010 at 5:39 PM said...

DAPATKAN JUS DELIMA 100% ASLI.sila layari blog sy http://jusdelima83.blogspot.com @ hubungi aziz 0199311274.buah DARI SYURGA!!-baik utk pesakit kencing manis

fakir al banjari on December 14, 2010 at 6:43 PM said...

DPATKAN GO GEOUS MINUMAN STEM CELL PERTAMA DI ASIA MINUMAN KSIHATAN DAN KECANTIKAN.... LAYARI http://gogeouscell.blogspot.com/
Kebaikan dan Kelebihan:
~Meningkatkan pembaharuan sel dan keremajaan...
~Meningkatkan stamina dan tenaga
~Meningkatkan kewaspadaan dan prestasi mental
~Meningkatkan peredaran darah
~Meningkatkan elastisitas pada arteri, vena dan kapilari
~Meningkatkan sistem imunisasi tubuh
~Meningkatkan tahap metabolisme
~Mengurangkan lemak yang berlebihan
~Membantu dalam pembuangan toksin
~Meningkatkan pembentukan protein
~Melambatkan proses penuaan (Anti penuaan)
~Memaksimumkan keanjalan dan melembabkan kulit
~Meningkatkan kualiti tidur
~meningkatkan hubungan Intim Suami Isteri.
~Mencergaskan Minda dan tenaga anda.
~Membaik pulih sel-sel tubuh badan anda yang telah rosak.
~mencantikkan kulit wajah.
~Awet Muda.
~Sesuai untuk Penyakit Diabetes, kencing manis, darah tinggi
~Penyakit Barah, hati , Jantung, Buah pinggang
~Menghilangkan Migrain
~penyakit Resdung

Mat Som on June 21, 2011 at 2:15 AM said...

Anda menghidap penyakit kencing manis?
Atau ada mempunyai sahabat handai / sedara mara yang mempunyai penyakit kencing manis?
Kini anda sudah temui penawarnya .
Untuk maklumat lanjut, sila ke blog saya...TQ.

http://ubatdiabetestype2.blogspot.com/

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino