Saturday, September 18, 2010

BOSAN? Cara Mengatasi Rasa BOSAN


Hidup itu kurniaan Tuhan, jadi sudah sepatutnya kita hargai dan gunakan untuk sesuatu yang positif. Dengan demikian, kita tidak perlu lagi merasa bosan dalam hidup ini. Bagaimana kalau ini benar-benar terjadi pada anda? 

 Biasanya, dalam keadaan yang membosankan, seseorang akan semakin teruk dan bosan dengan hidup ini.Kadangkala , mereka sengaja berdoa kepada Tuhan agar cepat-cepat dipanggil menghadapNya. Alasannya sederhana, mereka tidak ingin menyusahkan orang-orang di sekitarnya lagi. "Untuk itu perlu dicarikan jalan keluar yang positif,".

Salah satu caranya, menciptakan kegiatan dan aktiviti. Boleh dikesan dengan melihat kemampuan yang dimilikinya. Mialnya.jika berkebolehan berbahasa Inggeris. Maka, dia boleh menawarkan diri  untuk mengajar anak- anak jirannya.

Selain itu,dalam erti lain sesuatu yang boleh dissumbangkan. Misalnya, mengajar merangkai bunga, mengajar masak, menjahit, dan memancing sebagainya.

Juga diingatkan agar mereka mencari teman untuk berborak... Itu tidak perlu teman sebaya.Dengan demikian, rasa perasaan bosan, atau kesepian tidak ada lagi. Hidup ini jadi bererti meski umur tinggal beberapa tahun lagi...
 
Diingatkan bahawa diri kita adalah titipan Tuhan. Untuk itu, kita wajib mencintaiNya. Bukan, malah mensiakannya dengan penuh rasa bosan.. Dengan demikian, ada yang boleh  kita pertanggung jawabkan kepada Tuhan kelak. 




ALTERNATIF:-


1. PERLU CARI PUNCA KEBOSANAN YANG KITA HADAPI (KONSEP BONGKAH AIS DI LAUTAN).

2. CARI APA YANG BOLEH KITA LAKUKAN BILA KEBOSANAN MELANDA HIDUP KITA.
3. PERLU TUKAR RUTIN HIDUP KITA SEHARI-HARI DAN SUSUN SEMULA CARA HIDUP KITA.

4. MEREKA YANG HIDUP DALAM "WELL ORGANISE" BOLEH MENGHINDARI RASA BOSAN.

5. BILA RASA BOSAN TIMBUL, KITA MUDAH MELUAT DENGAN ORANG LAIN, KITA RASA BOSAN, KITA SEBENARNYA BOSAN DENGAN DIRI KITA SENDIRI.

6. GAYA HIDUP KENA UBAH, GAYA HIDUP YANG TERLALU MUDAH DAN LEMBAB BOLEH MENYEBABKAN KEBOSANAN. TIDAK ADA CABARAN DALAM HIDUP JUGA MENYEBABKAN KITA RASA TIDAK SERONOK. TIDAK SERONOK INI MENYEBABKAN KITA BOSAN. OLEH ITU, CUBA CIPTA SENDIRI KESERONOKAN DALAM HIDUP.

7. KENA BERKAWAN DENGAN ORANG YANG CERIA. KALAU KITA BERKAWAN DENGAN ORANG YANG MURUNG, KITA AKAN JADI MURUNG. KEMURUNGAN INI MENJURUSKAN KEBOSANAN DALAM HIDUP.


Ada beberapa tips apabila anda merasa bosan ni. :)
  • Jika anda bosan dengan seseorang cuba bersabar dengan seseorang itu. Kalau tak boleh juga jauhilah dia jika itu lebih baik untuk anda. Cuba cari kebaikan pada dirinya. Mana tahu ada banyak kebaikan pada dirinya. Nasihatilah dia secara perlahan-lahan.
  • Cari kawan yang boleh membantu. Kita akan merasa bosan bila hidup ini ada banyak masalah. Jika masalah itu boleh dikongsi dengan kawan-kawan maka carilah kawan yang boleh membantu anda.
  • Buatlah perkara yang anda suka. Anda sudah tentu bosan melakukan perkara yang anda tidak suka kan? Saya pun bosan kalau buat benda yang saya tidak minat. Cuba cari benda yang anda minat untuk dilakukan sudah tentu rasa bosan anda akan hilang.
  • Kita akan merasa bosan belajar jika tiada motivasi dalam diri. Mungkin susah nak memotivasikan diri untuk belajar ni. Tapi anggaplah belajar dan menuntut ilmu itu satu kewajipan. Dan rasa bosan atau malas ni datang dari syaitan yang selalu menghasut kita. Jauhilah rasa bosan semasa belajar.
  • Menunggu membuatkan akan anda merasa bosan. Contohnya menunggu bas ke, tunggu kawan ke, tunggu cikgu masuk kelas ke. Banyak cara biasanya boleh buat untuk hilangkan bosan semasa menunggu ni contohnya mesej kawan, kalau ada kredit lebih telefon, dengar lagu mp3, baca buku lagi baik, tidur kalau boleh..hehe..
Kita tidak dapat lari dari merasa bosan ni tapi kita boleh cuba elak atau kurangkan rasa bosan yang ada dalam diri kita ni. Kalau anda bosan dengan apa yang anda buat maka anda perlu lakukan sesuatu untuk hilangkan rasa bosan anda dengan melakukan apa saja yang anda suka. Kalau anda bosan dengan seseorang cuba atasinya kerana jika anda biarkan ia boleh membawa kepada kebencian. Tidak elok pulak kalau anda perasaan benci membenci ni. Hidup ni mesti ceria selalu. :)

0 comments:

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino