Tolong nyatakan: 1) apakah maksud mengumpat (ghibah)? 2) keadaan-keadaan yang mana Islam membenarkan mengumpat. 3) adakah isteri yang menceritakan keburukan (keaiban) suami kepada ibu-bapa dan adik-beradik dikira mengumpat?
Wa'alaikumussalam wrt. 1.Mengumpat adalah bercerita tentang keburukan orang lain dengan tujuan menjatuhkan. Rasullah (S.A.W) telah memberi pengertian mengumpat sebagai apabila engkau menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu yang tidak disukainya.marah benci dan sebagainya . 2. Mengumpat ialah berkata benar tentang seeorang, sekiranya tidak benar ia dinamakan bohong atau fitnah. Oleh itu mengumpat adalah tidak dibenarkan sama sekali. 3. Isteri hanya boleh menceritakan keburukan suami dalam keadaan ingin memperbaiki hubungan kepada pegawai rundingcara kekeluargaan atau orang yang dia percayai dapat membantu menyelesaikan masalah atau hakim dalam proses penghakiman di mahkamah. Bercerita selain dari tujuan itu adalah haram.
Dosa mengumpat tidak boleh dihapuskan dengan solat, puasa dan sebagainya kecuali dengan memohon maaf kepada orang yang diumpat tersebut.Balasannya ialah memakan daging bangkai saudara yang diumpat tersebut.Oleh itu elakkan diri daripada mendengar atau mengumpat orang. .
Waalaikumussalam Harus bagi menyelesaikan masalah contohnya masalah suami isteri pada hakim atau qadhi., juga sebagai tauladan secara umum tanpa menamakan mana-mana pihak.
0 comments:
Post a Comment