Saturday, June 06, 2009

**Pelangi




Orang kata pelangi ada tujuh warna. Tapi betul ke kita nampak ketujuh-tujuh warna pelangi tersebut? Apa yang nyata kita hanya nampak pelangi dengan berbagai-bagai warna tanpa mengira 7 warna yang terdapat padanya. Manusia juga sering begitu. Hanya membuat penilaian yang mudah dari luar. Di mana, tidak pernah cuba untuk menilai dan mengira nilai kebaikan pada seseorang itu. Hanya melihat dari luaran tetapi tidak dari dalaman.

Tetapi kenapa pelangi mesti datang dan pergi? Tak bolehkah pelangi hadir setiap masa? Dengan itu, bolehlah sentiasa ditatap kecantikan pelangi itu. Adakah dengan itu, kita harus mengejar pelangi? Mengharap sesuatu yang tidak mungkin barangkali? Hidup ini terkadang seperti mengejar pelangi. Indah dan mengasyikan, namun semakin dikejar semakin jauh ia pergi. Jadi perlukah kita terus mengejar pelangi atau berhenti pada satu titik pasti….? Adakah kita akan terus mencari dan mengejar pelangi padahal kita tahu tidak mungkin itu terjadi? Adakah dengan itu kita harus berhenti berharap? Berhenti pada satu titik di mana tidak akan berpaling untuk terus mengejar pelangi?

Kita tak tahu di mana penghujung pelangi? In fact, kita hanya nampak pelangi tanpa mengetahui di mana penghujungnya. Benar kata orang, hidup seperti pelangi. Kita tahu dan kita nampak kewujudannya tetapi kita tak tahu apa penghujungnya atau apa kesudahan hidup kita.

Ada orang pernah cakap,

kalau boleh aku nak jadi pelangi sebab pelangi sangat cantik. Kalo boleh, aku nak mewarnai kehidupan kau dengan warna-warna yang terdapat pada diriku..” Tapi bagi aku, pelangi datang dan pergi. Lepas hujan turun, pelangi akan muncul dan kemudian terus berlalu pergi..

Ada orang lain juga pernah cakap,

Kalau boleh aku nak jadi matahari. Aku akan menyinari dan memberi cahaya dalam hidup kau. Tika hidup kau dirundum kegelapan, aku akan sentiasa bersama memberi cahaya untuk kau terus bersinar..” Tapi perasan atau tidak, matahari mula hadir tika subuh dan akan berlalu pergi tika surutnya mentari..

Tak kisahlah apa yang mereka hendak jadi. Tapi, apa yang pasti aku nak jadi awan. Kenapa? Kerana bagi aku awan sentiasa bersama kita. Tidak kira siang atau pun malam. Dengan kehadiran awan, hidup kita akan sentiasa teduh. Jadi, dengan kehadiran awan, kita akan sentiasa berteduh bersama.. Kau dan Aku..

Di manakah penghujungnya pelangi?

0 comments:

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino