Saturday, November 15, 2008

**Redha Dengan Nya


“Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun… Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya…”



Bila direnung ayat ini, terasa tenang. Tidak lagi terfikir apa yang kita terlalu harapkan akan benar-benar dapat kita kecapi. Allah telah aturkan hikmah dalam setiap takdir dan ketentuanNya. Tapi kita tidak mengetahui apakah itu yang terbaik buat kita atau mungkin hanya baik untuk tempoh sekejap sahaja. Namun hakikatnya hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.



Hidup mesti diteruskan dengan apa cara sekalipun. Kita tidak boleh mudah berputus asa. Orang-orang beriman itu harus redha dan sabar. Untuk mendapat kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Oh Tuhan..tabahkanlah hatiku. Betulkan langkahku, dan berilah aku pedoman ke jalan yang Engkau redhai..amin.

0 comments:

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino