Sunday, December 05, 2010

HUKUM MEMAKAI PURDAH DAN KEADAAN SI PEMAKAI???


ermm.. aku terpanggil untuk bukak topic ni sebab..dah ramai bertanyakan kepada aku persoalan mengenai niqab nie..Terlebih dahulu saya mohon MAAF KIRANYA ADA TEMAN2 Yang terasa dengan topic ini..Saya hanya menyuarakan pandangan dan pendapat teman2 saya..



"Ayah, kalau satu hari orang pakai purdah, ok tak? hehe..."
"Hm, ......"(lalu ayahnda memberikan pendapat2 nya..)
 (",)



 Apakah hukum memakainya? Memang agak sukar juga untuk menghuraikan .apatah lagi bila ada teman2 yang menyoal... Apa maknanya memakai niqab jika sifat.sikap dan cara pembawakan diri wanita yang memakai itu seperti tidak sesuai dan boleh memburukan pandangan orang lain terhadap wanita berniqab.. Terdiam aku sebentar.. lalu memikirkan pandangan2 mereka.. iya.. Jika seorang wanita memakai niqab,sedangkan dalam masa yang lain.. dia bergambar tanpa niqab,dan memaparkannya kepada umum.. so,apakah tujuan sebenar pemakaian niqab ini... ermm.... by da way..saya recpec terhadap teman saya iaitu DR Haryanis.. dia pernah memakai niqab seketika waktu ketika beliau menuntut dia Egypt.. dan Dia tidak mempamirkan wajah2 nya di facebook atau blog beliau..Saya sangat menghormati teman saya ini... Kerana beliau bijak membawa diri... DR ANIS.. saya rindukan anda.. sekian lama tidak poya2 bersama.. :)


Tersentak saya bila soalan yang diberikan kepada saya sama seperti yg saya baca di blog ini  berpurdah-tapi-tayang-gambar sebijik kata2 itu sama seperti teman2 saya bertanyakan kepada saya..


DI bawah ni saya paparkn pendapat2 mereka yang ariff:- 



d) Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain:
عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِي اللَّه عَنْهممَا قَالَ كَانَ الْفَضْلُ رَدِيفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَتِ امْرَأَةٌ مِنْ خَشْعَمَ فَجَعَلَ الْفَضْلُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا وَتَنْظُرُ إِلَيْهِ وَجَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْرِفُ وَجْهَ الْفَضْلِ إِلَى الشِّقِّ الْآخَرِ
Daripada Ibn `Abbas r.a., katanya Al-Fadhal (bin `Abbas) pernah menjadi radif Rasulullah s.a.w. (menaiki unta yang sama di belakang Rasulullah). Datang seorang wanita dari khasy`am. Lalu al-Fadhal memandangnya dan dia pun memandang al-Fadhal. Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain.
Dalam riwayat al-Nasai dinyatakan:
فَأَخَذَ الْفَضْلُ بْنُ عَبَّاسٍ يَلْتَفِتُ إِلَيْهَا وَكَانَتِ امْرَأَةً حَسْنَاءَ وَأَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْفَضْلَ فَحَوَّلَ وَجْهَهُ مِنَ الشِّقِّ الْآخَرِ
Lantas al-Fadhal bin `Abbas memandangnya. Dia adalah seorang perempuan yang cantik Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain.
Antara ulama' yang bersependapat muka dan tangan bukan aurat dan tidak wajib menutupnya adalah Dr, Yusuf Qhardawi, Syeikh Nasirudin Al Bani, kebanyakan ulama di Universiti Al Azhar dan ulama' kebanyakan tempat.

Ulama Arab saudi dan sebahagian negara teluk tidak sependapat dengan pendapat di atas (wajib menutup muka) antaranya Syeikh Abd Aziz b Baaz. Juga ulama dari Pakistan yang terkenal, Ustaz Abu Al A'la Al Maududi serta Prof Dr, Muhamad Said Ramadhan Al Buuti.

Riwayat-riwayat ini menunjukkan wanita pada zaman Nabi s.a.w tidak menutup wajah mereka. Sementara Nabi s.a.w pula hanya memusingkan wajah al-Fadhal tanpa menyuruh wanita berkenaan menutup wajah. Sekalipun dia sangat cantik. Ini menunjukkan pendapat yang menyatakan wanita yang berwajah cantik wajib menutup muka juga adalah tidak kukuh. Jika dibaca kesuluruhan hadith kita kan tahu, peristiwa itu berlaku pada haji wada’. Sedangkan ayat hijab dalam al-Quran turun sebelum itu lagi, iaitu pada tahun 5 hijrah. Maka dakwaan yang menyatakan perintah menutup wajah datang selepas itu, adalah tidak tepat.
Inilah sebahagian daripada dalil-dalil yang banyak yang dikemukakan oleh jumhur `ulama bagi membuktikan wajah wanita bukan `aurat. Berpegang kepada pendapat jumhur dalam ini adalah lebih jelas dari segi nas atau dalilnya, juga lebih memudah seseorang muslimah di dalam alam semasa yang ada. Islam itu mudah dan praktikal seperti yang ternyata pada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah.
Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin




Dibawah ini antara apa yg di tuli soleh blog  DR MUSLIMAH

Beberapa e-mail ana terima dari sahabat-sahabat ikhwah dan akhawat yang meminta ana menulis satu artikel berkenaan BERPURDAH TAPI TAYANG GAMBAR: NAK IKUT SUNNAH ATAU NAK SHOW OFF? Antunna sendiri yang perlu pilih mana satu kategori antunna. Ini pendapat peribadi ana dan kepada sesiapa yang terasa hati, ana minta maaf sangat-sangat. Ana kongsi beberapa email yang ana terima:

1. Dr Muslimah, saya bukan nak mengumpat. Tapi saya dah tak tahan la. Ada sorang budak pompuan ni, muka boleh tahan la kot cantiknya sebab dia pakai purdah, nampak mata dia je galak, cantik pakai celak hitam, tergugat iman saya. Tapi saya tak suka dengan perangai dia. Macam setan. Saya cakap macam tu kenapa, macam melampau tak? Pakai purdah tapi dok bersayang-sayang lagi bila ada orang komen. Tak ke macam menggoda cam tu? Tak malu ke buat macam tu? Saya yang baca ni malu tau padahal saya ni lelaki. Rasa murah je bahasa dan maruah pompuan tu. Senang je. Bantu saya mcamana nak tegur dia. Tq.
2. Saya memang tak puas hati dengan sorang ni. Dia perasan semua lelaki suka dia. Boleh blah la.. Nak muntah saya tengok. Da la perasan gadis urban. Bergaya sangat ke? Tergedik-gedik macam penyanyi omputih? Memang pompuan pakai purdah ni gedik cam tu ke? Perasan lebih ye?


Ya Allah, malunya ana bila gadis berniqab ni dikatakan gedik. Tapi ana tak menyangkal itu pun ada dalam masyarakat niqabis kita ni. Perasan lebih? Boleh jadi juga. Semua macam perasan comel macam kucing, ayu macam tapir, anggun macam biri-biri mc donald. [dipetik dari blog sorang sahabat ni]. Tak kisah la kan, kuburkan lain-lain. Siapa cakap tak kisah? Ana kisah. Semuanya dah besar. Antunna punya dosa ingat mak bapak ke yang tanggung? Ingat sikit, umur tu dah melayakkan antunna kahwin, tapi ada yang perasan muda umur bawah 18 tahun. Allah, apa ni?

Sahabat,
Purdah ni pernah menjadi pakaian isteri-isteri nabi dan kita yang pakai ni sekaligus membawa sunnah nabi. Tapi, sanggupkah sahabat-sahabat menginjak pakaian isteri nabi-nabi ni dengan tohmahan pada antunna? Pakaian dari golongan pakaian orang mulia, jadi, perangai pun biarlah semulia pakaiannya. Ada yang bertanya, "Berniqab tu dapat menjaga perihal wanita ye?", "Adakah berniqab dapat menjaga diri dari melakukan perkara-perkara yang tak menyenangkan?", "Dapat menangkis fitnah?"...


Ana sama sekali jauh dari nak menjatuhkan martabat wanita yang berniqab, malah nak mengingatkan peri pentingnya menjaga hak-hak wanita sendiri. Kita tengok kat negara Arab, berapa ramai dari mereka, dahlah pakai niqab, pakai tudung pula separas lurut. Kenapa? Nak menutup semua anggota badan sehingga tak menampakkan sedikit pun kulit. Ana bukan suruh antunna pakai sampai paras lutut macam tu pun. Cuma minta jaga adabnya je. Kalau adab ana sendiri salah, tegur ana.

Di sini ana ingin menampilkan beberapa komen oleh golongan syabab yang bukan mahram :

* berniqab hanya tidak mahu mukanya dilihat orang.

* berniqab hanya menjaga mukanya dari hangus terbakar dek matahari yang panas.

* berniqab kerana menjaga air muka dan tidak mahu diganggu oleh mana-mana lelaki.

* berniqab kerana ingin berfesyen.

* berniqab tapi tidak pandai menjaga hak-hak dan batas seorang wanita, contohnya: berbual dengan lelaki, melompat ke sana ke mari, mulut dan percakapan tidak terbatas, dan sebagainya.

* berniqab tapi pakaian menjolok mata

* berniqab dan menjaga hak wanita dan menjauhi dari fitnah {ini yang dicari}

Bagi ana, mana-mana yang mempunyai perwatakan di atas kecuali yang terakhir tu, tinggalkan sahaja niqab anda, kerana golongan yang terakhir juga akan mendapat fitnah dan tidak harus terpalit padanya. Berubahlah demi menjaga hak masing-masing.

Sekarang ana nak masuk tentang tajuk ana yang kedua iaitu berpurdah tapi tayang gambar bahagian show off. Apa tu show off? Maksudnya macam expose diri. Menonjolkan diri. Antunna ni pakai niqab sebab nak jaga diri dari difitnah, dari dilihat orang, atas rasa malu dan kecintaan kepada Allah kan? Tapi kenapa antunna tidak malu untuk menayangkan pada makhlukNya? Sepatutnya bila malu itu lebih kepada Allah, lantaran dosa dan sebagainya, antunna akan rasa segan dan malu nak menonjolkan diri sendiri. 

http://gadiskalispeluru.blogspot.com/

68 comments:

nur_qaseh9008 on March 18, 2011 at 12:38 AM said...

salam...ada gak gadis yang warak, bertudung labuh, tapi tak malu menggatal dengan lelaki bukan muhrim.....n, secara terang-terangan menyatakan kecintaan dia kpd seorg jejaka melalui facebook....sikap macam ni la yang menimbulkan tanggapan negatif terhadap golongan warak@bertudung labuh....kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.....

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. on March 18, 2011 at 11:58 PM said...

Wsalam..iya betol

CikBunnyHomei on September 17, 2012 at 4:07 PM said...

as'salam.. ana nk tanya,, jika niat kita berniqab tetapi kita sebelum ini tidak berniqab dan baru memulakan hijrah,, jadi boleh x sekiranya kita berniqab? dan jika pekerjaan kita seperti guru boleh ke kta mnanggalkan purdah kita dgn tujuan memudahkan pkerjaan tetapi berniqab juga selain dari tmpat kerja kita?-

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. on October 15, 2012 at 1:19 PM said...

boleh.. apath kita mengajar kanak2 kan..kawan saya di dalam kelas dia tidak memakai purdah.. diluar kelas bertemu bukan mahram dia akan pakai

Nisnose on April 21, 2014 at 2:53 PM said...

saya ada berniat nak berniqab.dan mememang dah bulat niat tu.tapi saya takut...nati terpesong niat,tak istiqamah.ayah saya sangat menggalakkan,ibu juga tidak menghalang.malah tunag saya pun meminta saya memakainya bila sudah bersedia.jika tak pakai pun tak pa katanya.saya terfikir bila berniqab nanti susah nak makan.macam mana bila ada orang datang rumah?ada sepupu tinggal kat rumah?

saya nak berniqab..tapi kadang tu macam tak kuat..bantu saya..

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. on April 22, 2014 at 5:36 AM said...

wsalam.. nk lakukan sesuatu kena istiqamah.bab nk makan tu mudah je.. jgn risau.. nanti anda sendiri akan pandai bila dah mula2 belajar dan memakainya.. ingat kerana Allah bila melakukan sesuatu.bkn kerana manusia.. bila melakukan sesuatu kerana Allah,Allah akan permudahkan.insyaallah..

chuya - the mother of A's on July 12, 2014 at 12:04 PM said...

salam..
saya baru belajar menutupi dengan betul.. suami saya sangat menggalakkan saya berniqab. mungkin sebab dia selalu ke saudi. saya juga ingin, tapi risau tidak istiqomah. saya ni plak kasar, bersuara kuat, gelak besar. sejak akhir2 ni saya cuba mengawal sikap. dan saya rasa dengan bertudung agak labuh, saya sekaligus lebih berhati hati.

keinginan berniqab semakin kuat, adakah menjadi kesalahan jika di pejabat saya tidak berniqab. pejabat saya tidak membenarkan serasa saya.

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. on July 15, 2014 at 7:06 PM said...

buat dgn niat kerana Allah.. kawan saya pn pegi kije tak pakai.sebab dilarang...dan pernah kena hina sbb pakai.. dia pakai kerana kehendak suami.. mcm awak..gelak besar n etc mcm awk.. awk pakai la di mana yg boleh pakai.moga Allah permudahkan niat awk :)

Fatin Nur Naimi Liyana Binti Saziman on December 17, 2014 at 8:35 PM said...

Assalamualaikum boleh kita mengenakan purdah yang berwarna-warni dan bercorak.

Fatin Nur Naimi Liyana Binti Saziman on December 17, 2014 at 8:35 PM said...

*bolehkah

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. on December 18, 2014 at 9:40 PM said...

Tak salah pun pakai purdah dengan baju berwarna. Pakai la warna yang lembut, warna yang tak menonjol, warna yang bukan berwarna-warni...

Nur Hashimah on February 2, 2015 at 5:50 PM said...

assalamualaikum. saya ada niat nak berniqab, dari awal saya bertudung labuh lagi. tapi saat tu keadaan x mengizinkan sebab masih di bangku sekolah. sekarang saya dah habis sekolah, niat di hati mahu meneruskan impian yang terpendam tu. tapi saya takut nak bagitahu ayah saya. macam mana ni?

Maisyana's Home Bakery on February 22, 2015 at 9:00 PM said...

assalamualaikum...kalau pakai purdah tpi memakai seluar(yg x ketat) blh ker??

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. on February 22, 2015 at 9:04 PM said...

Wsalam.. Nur Hashimah.. anda boleh terangkan sebab dan kenapa dengan jelas kpda ayah awak.. mungkin dia akan faham..

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. on February 22, 2015 at 9:05 PM said...

Wsakam Maisyana.. boleh aje pakai seluar yang longgar dan tidak menampakkan aurat.. tidak semestinya jubah ...

Nur Hashimah on February 22, 2015 at 9:36 PM said...

Hurmm...ayah saya x benarkan saya pakai la.. Sedihnya hati ni..x pe la,redha je..

zulhijjah abdullah on March 2, 2015 at 12:10 AM said...

Asaalamualaikum...akk keinginan berniqab to ad.. tp saya agk ragu2..1)pernah sya utarakn nawaitu saya pada mk.. then mk kata yg wajib pong msh trkontang kanting apth lg yg sunat.. sdgnkn solat pon kena nmpk muka dn tapak tgn.
2)mcm mana keadaan seseorg yg berniqab dirumah... kiranya pemakaian diaa... adkah pemakaian dirumah akn memakai niqab atau kita boleh cm pakaian sbelum ni ataupon srbaliknya?
3)skiranya seseorg kerja guru sekolah ... tp dia berniqab. Saya faham keje boleh buka.tp skiranua tknk buka?...
4) mcm mna plk skira niqabis yg akn memakai niqab bila dgn kwan ..tp bila dgn family atau everything dpn family dia tk brniqab atas sbb tdk dpt keizinan.
5)saua ni ad mslh ingtn... bkn penyakit yee.. tp...sya ni mcm saya ad bca sbelum2 latar belakang everything about niqab.. but i cant remember any one word pong... to kdg2 saya akn brtnya 2,3x tp kdg2 sya rse cm dh tnya tp ingt 2 lpa..
6)mcm plk bg niqabis yg bru sgt bermula atau masih mentah..mcm suam2 kuku.. nk memberi jawapan pada soalan maut di lua sana ... cm saya ckp td.. saya mmg ssh nk ingt sesuatu..... stakt ni to je.. thanks

zulhijjah abdullah on March 2, 2015 at 12:11 AM said...
This comment has been removed by the author.
.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. on March 16, 2015 at 11:05 AM said...

semuanya bermula dgn niat.bila niat kita kerana Allah.insyallah Allah permudahkan.. lakukan kerana Allah.bkn kerana manusia...
Boleh saja buka niqab ketika bersama kawan2 perempuan dan mahram kita.. ketika mkn ditempat awam.boleh saja pilih tempat yg tersorok sedikit dan membelakangkan pelanggan lain...
di rumah.sekiranya tiada lelaki bkn mahram kita.. tak perlulah berpniqab.. kerana ahli keluarga dibenarkan.. seperti batas2 aurat yg wajib..

untuk berniqab mestilah istiqamah..mesti bersedia mengharungi dugaan dari org sekeliling..

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. on March 16, 2015 at 11:13 AM said...

Niqab, kalau nak elak fitnah ialah dgn memakainya dgn warna yg tidak menarik perhatian org ramai terutamanya golongan ajnabi. Dan bila pakai tak perlu lagi nak cantikkan mata pakaian labuh dan longgar.
Warna terbaik adalah warna hitam dan warna gelap.

Setiap kali nk melakukan kebaikan, akan ada tohmahan2 manusia yang krng senang dgn penghjrahan kita..Tapi seandainya niat hijrah itu KERANA ALLAH, maka apa yg kite gusarkan dgn pandangan manusia..

jika niat anda betul, maka teruslah memakai.

nur salsabila on April 7, 2015 at 7:42 AM said...

Asslmulaikum,kak, sye nk tnya, kalau kita blik kg jumpa sepupu-sepupu lelaki perlu juga ke pakai purdah atau ianya sperti stokin yang x dipakai di dlm rumah ketika bersama sepupu-sepupu? yg ke-2, kalau kte nk kluar rumah utk sidai kain @ buat ape2 krja di luar, prlu ke memakai purdah?, yg ke-3, kalau ada tetamu lelaki yg dtg ke rumah perlu juga ke memakai purdah?..maaf sye brtnya agak bnyk sbb sye tgh mncuba untuk pakai tpi blm pakai lagi la...doakn sye blh pakai suatu hri nanti n truskn istiqamah ye...Aamin...

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. on April 8, 2015 at 6:15 PM said...

wasalam..sepupu lelaki atau abang ipar tetap asing untuk kita..walaupun di rumah kita sendiri, tapi aurat tetap kena jaga..apatahlagi jika org luar yg dtg...

-fitrahnya di awal perubahan akan ada banyak pandangan yang kurang menyenangkan.Pandai-pandailah tengok keadaan dan suasana. Jika hanya perempuan sahaja, tak perlulah pakai. TAPI jika bercampur lelaki dan perempuan maka pakailah. Beranikan diri mempraktikkan purdah...Pakai kerana Allah. Nak jaga diri kerana Allah. Nak naikkan martabat wanita Islam kerana Allah...
bila niat nak pakai niqab ni kerana Allah, tiada apa yang susah..

Ain Hazimah on May 14, 2015 at 10:52 PM said...

assalamualaikum, saya ingin bertanya . perlu ke mengenakan niqab , stokin , pakaian lengkap apabila bersama pak cik yang berkahwin dengan adik or kakak ibu saya , sepupu , abang ipar ? saya ada niat untuk berniqab tetapi masih kurang ilmu untuk berniqab , saya risau tersilap langkah . tidak mengapakah kalau saya pakai on off ?

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. on May 18, 2015 at 6:40 PM said...

Ain Hazimah: wajib menutup aurat yg wajib .niqab tidak wajib..
Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Inilah pandangan jumhur ulamak dan menjadi amalan kebanyakan wanita Islam hari ini. Namun keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah. Dalam keadaan fitnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada sebarang bahagian yang dikecualikan.

Hubungan abang ipar dengan adik ipar lelaki hendaklah dijaga sesuai dengan tuntutan Islam, kerana hubungan keduanya tidak boleh kahwin hanya bersifat sementara. Jika abang ipar tersebut bercerai dengan isterinya maka ia boleh kahwin dengan adik iparnya tersebut. Jadi jelaslah keduanya bukan muhrim dan perlu menjaga batas-batas aurat yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam..

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. on May 18, 2015 at 6:44 PM said...

tidak mengapa memakai secara on off dalam memulakan langkah awal dalam menuju keseriusan berniqab..Purdah itu sunat,.Jangan kalah dan rebah jika diuji dengan kritikan, yakin Allah berada disisi..teruskan mncari penghayatan dan perbaiki diri.sungguh bukan manusia yg menilaimu, pndangan Allah lebih utama. Sesungguhnya, tiada perkara yg mustahil jika Allah inginkan. Jika kmu berusaha di jalanNya, Dia pasti akan menolongmu....

Ehh kakak on June 12, 2015 at 1:46 AM said...

assalammuailaikum...sya ingin brtnya ktika duduk dirumah perlukah kita memakai purdh...dn apabila saudara mara dtg kerumah perlukah kita memakai purdah...
Dan sya ada dengar sesetngh yg mmkai purdah ketika mkn dtempt awam dia membuang purdah dikhayk rmai ktika mkn...bleh kah bgitu???

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. on June 12, 2015 at 9:08 AM said...

Jika berada di rumah tidak perlu memakai purdah..seandainya tiada tiada ipar..purdah seperti menutup aurat yang lain . Jika mak saudara atau bapa saudara datang ke rumah dan mereka adalah adik/abang/kakak ayah yg rapat dari kecil maka tak pakai purdah lagipun mereka adalah umpama ayah dan ibu . KECUALI jika ada sepupu lelaki .


. Jika ada majlis kenduri-kendara sama ada di rumah atau di rumah saudara, pakai purdah kerana di masa kenduri bukan saja ahli keluarga yang ada tapi termasuk juga orang lain. berada di dapur atau di bahagian perempuan. Bahagian depan yang selalunya menjadi ruang berkumpul orang lelaki akan cuba dihindari.

Pandai-pandailah tengok keadaan dan suasana. Jika hanya perempuan sahaja, tak perlulah pakai. TAPI jika bercampur lelaki dan perempuan maka pakailah. Beranikan diri mempraktikkan purdah di hadapan mereka. Jika ada yang mempersoalkan jawablah dengan yakin. Kalau ada yang kritik, biarkan saja.


Jika di Arab Saudi atau setengah restoran di Jordan, mungkin tiada masalah bagi wanita berniqab kerana di sana terdapat restoran yang mengasingkan ruang makan muslimin, muslimah dan keluarga.
takde sebarang masalah untuk para muslimah yang berniqab untuk makan di luar yakni makan di khalayak ramai

Ini ialah cara biasa makan di luar atau di khalayak ramai.

1. angkat niqab dgn tangan kiri. tingginya sekadar dpt suapkan makanan dan mata kita boleh nampak tangan kanan yg dihala ke mulut.
2. suami/mahram jadi pelindung atau makan di sebelah suami/mahram, pesongkan sikit badan ke arah beliau dan buka niqab.

3. pakai niqab yang bergetah di dalam tudung. bila nak makan, tarik sikit tudung bhgn atas agar turun menutupi muka dan tariklah niqab ke bawah dagu untuk makan.
4. kerjasama dgn suami/mahram agar cari meja makan yg agak secluded agar dpt buka niqab dan makan macam biasa.

Untuk minum pun begitu juga tapi paling selamat ialah dengan menggunakan straw minuman. jika air panas, guna kaedah di atas juga.
Bagi mereka yang berpegang pada wajib, namun tidak mendapat restu ibu bapa. Wajib berpurdah kerana kita bertanggungjawab pada Allah bukan pada manusia. Walaupun ibu kita menangis dan memulaukan kita. Kita wajib taat pada Allah. Tidak ada ketaatan pada ibu bapa di atas perkara-perkara maksiat. Adalah kemaksiatan bagi seorang ibu menyuruh anaknya menanggalkan purdah sedangkan anaknya berhukum pada wajib berdasarkan dalil yang paling rajih yang telah dikajinya. Oleh yang demikian seseorang itu tidak boleh dipaksa untuk meninggalkan mazhab pegangannya. Jika dia berpegang pada wajib memakai purdah, maka tiada sesiapa boleh menghalang atau mengatakan ia wahabi atau ekstremis (berlebih-lebihan). Ini adalah kerana setiap orang ada mazhabnya sendiri dalam Fiqh, dan oleh itu tidak boleh mengatakan orang salah atau menuduh sembarangan atau menuduh orang lain berlebihan hanya kerana ORANG LAIN YANG BERBEZA PANDANGAN sedangkan dia telah mengkaji tentang hukum tersebut. Maka, wajib atau sunat itu pendapatnya.

Namo Yuska on August 5, 2015 at 4:52 PM said...

assalammualaikum... saya akan menyambung pelajaran saya tak lama lagi dan keinginan saya tuk berpurdah sangat kuat......pernah saya bagi tau hasrat saya ni tapi mak dan kakak saya tak bagi saya berpurdah....penat saya jelaskan kpd mak saya tapi dia still tak setuju....boleh tak saya mmakai purdah or niqab secara senyap2 bila sambung belajar nanti???? dan bila saya bersama family saya buka?

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. on September 12, 2015 at 7:28 PM said...

Namo Yuska.tiada masalah untuk awak memakainya...niat yg betul insyaallah.Allah akan permudahkan dan beri jalan.

Unknown on September 12, 2015 at 9:45 PM said...

Salam sis. Saya dah lama niat nak memakai purdah. tapi layakkah saya yang baru berhijrah ke jalan Allah ini memakai purdah? Sebelum ni saya dah pakai lepas tu ramai yang ejek saya. cakap saya pura2 suci, pura2 alim. saya jadi putus semangat

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. on September 12, 2015 at 9:51 PM said...

Ini antara kita dengan Allah..jln hijrah mmg berliku...itu tanda Allah menguji hambanya... jgn pedulikan ejekkan tersebut.beristiqamahlah...insyaallah..ada manis di sana

Shuhada Hishamuddin on September 13, 2015 at 8:10 AM said...

Salam sis. Saya dah lama niat nak memakai purdah. tapi layakkah saya yang baru berhijrah ke jalan Allah ini memakai purdah? Sebelum ni saya dah pakai lepas tu ramai yang ejek saya. cakap saya pura2 suci, pura2 alim. saya jadi putus semangat

Shuhada Hishamuddin on September 13, 2015 at 10:07 AM said...
This comment has been removed by the author.
fudhla aliya on September 19, 2015 at 1:00 PM said...
This comment has been removed by the author.
fudhla aliya on September 19, 2015 at 1:04 PM said...

Assalamualaikum akak..dlu sya pernh beristiqamah dlm berniqab msa nk blik dri umrah..tpi bla blik sni sya tk pkai..berdosa tk sya kak??sya pkai tu smua family sya tau..jdi sya nk truskn atau nk stop??? Cma skrg sya jdi tkot nk bdpan dgn org lain..sya mlu dn tkot klau pkai..tpi sya msih di secondary school..doakan sya akak..amiinn..

fudhla aliya on September 19, 2015 at 1:04 PM said...
This comment has been removed by the author.
asri hakim on September 29, 2015 at 5:55 PM said...

bagaimna plk lau orng tu dye pkai niqah...tpi x pndai mngji??sdng brsha untk brbh ke jln allah...

nur mieyzatul on October 5, 2015 at 7:42 PM said...

assalamualaikum ...ana ingin bertanya sesuatu ...jika kita da kemauan untk pakai niqab tpi pihak kluarga tidak mngizinkan untk memakai ..bleh ka seseorng itu memakai niqab wlaupn dihlng oleh ahli kluarga sndiri

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. on October 10, 2015 at 2:38 PM said...

nur mieyzatul: boleh memakainya...Ajaran agama hendaknya dilaksanakan dan diamalkan dengan sebaik-baiknya. Jika ajaran agama diamalkan oleh setiap pribadi muslim, tidak akan terjadi kerosakan alam dimana-mana yang dapat merosak ekosistem sebagaimana dapat kita lihat dan kita rasakan pada akhir-akhir ini.

segalanya pada diri sendiri .. semua manusia ada HAK masing-masing..
ـ اتباع الآباء: [وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنْزَلَ اللهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آَبَاءَنَا] {لقمان:21}.
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang diturunkan Allah". mereka menjawab: "(Tidak), tapi kami (hanya) mengikuti apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya". dan apakah mereka (akan mengikuti bapak-bapak mereka) walaupun syaitan itu menyeru mereka ke dalam siksa api yang menyala-nyala (neraka)?

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. on October 10, 2015 at 2:42 PM said...

Shuhada Hishamuddin:
Kalau kita berubah nak jadi baik, lagi hebat dugaan yang kita hadapi sebab syaitan yang datang tu syaitan yang lagi kuat..
Setiap perubahan ke arah kebaikan pasti ada dugaanya..
Keran pasti keimanan kita teruji..Betul atau tidak yang kita ini mahukan ajaranNya..Mungkin juga boleh jadi kifarah pada dosa kita yang lalu..
Maka bersabarlah..Tempuh dengan tenang dan istiqamah..
insyaAllah

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. on October 10, 2015 at 2:42 PM said...

Pada suatu hari, Luqmanulhakim mengajak anaknya keluar ke pasar. Beliau mengenderai seekor keldai manakala anaknya pula mengekorinya dengan berjalan kaki.

"Teruknya orang tua ini, anaknya yang kecil dibiarkan berjalan kaki sedangkan dia bersenang-lenang menunggang keldai," kedengaran suara dari sekumpulan manusia yang melihat mereka.
"Wahai anakku, dengarkah engkau apa yang mereka perkatakan itu?" tanya Lukmanul Hakim kepada anaknya.

"Dengar ayah," jawab anaknya sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Sekarang engkau naiklah ke atas keldai ini, biar ayah menariknya," katanya sambil mengangkat anaknya ke atas belakang keldai.

"Nampakkah kalian betapa anak yang tak pandai mengenang budi ayahnya yang sudah tua. Disuruhnya ayahnya menarik keldai sedangkan dia yang masih muda menunggangnya, sungguh tidak patut," kata sekumpulan manusia lain yang mereka temui di tengah, perjalanan.

"Dengarkah engkau apa yang mereka perkatakan?" tanya Lukmanul Hakim kepada anaknya.

Anaknya mengiyakan pertanyaannya itu.

"Sekarang engkau turun dari keldai ini, dan kita sama-sama berjalan kaki," kata Lukmanul Hakim. Anaknya segera turun dari keldai.

Tak berapa lama kemudian mereka bertemu pula dengan sekumpulan manusia yang lain. "Alangkah bodohnya orang yang menarik keldai itu. Keldai untuk dikenderai dan dibebani dengan barang-barang, bukan untuk diseret seperti lembu dan kambing," kata mereka.
"Dengarkah engkau apa yang mereka kata?" tanya Lukmanul Hakim kepada anaknya lagi.

"Dengar ayah."

"Kalau begitu marilah kita berdua naik ke atas belakang keldai ini,"

Tidak berapa lama selepas itu mereka terdengar perbualan sekumpulan orang yang lain pula. "Sungguh tidak bertimbang rasa mereka ini, keldai yang kecil ditunggangi berdua!" kata mereka.
Lukmanul Hakim lalu bertanya kepada anaknya, "Adakah engkau dengar apa yang mereka perkatakan?"

"Ya ayah, saya dengar."

"Kalau begitu marilah kita dukung keldai ini," kata Lukmanul Hakim

Dengan bersusah payah mengikat keempat-empat kaki, akhirnya mereka berjaya mendukung keldai itu. Dan dalam keadaan itu jugalah mereka mula berjalan, dengan bebanan menanggung seekor keldai. Apabila orang ramai melihat gelagat mereka berdua, mereka ketawa terbahak-bahak. "Ha! ha! ha! Hei! Lihatlah orang gila mendukung keldai!"

"Dengarkah engkau apa yang mereka katakan?" dia bertanya kepada anaknya lagi.
"Dengar ayah," jawab anaknya.

Mereka meletakkan keldai itu ke tanah. Beliau pun menyatakan hikmah di sebalik peristiwa tadi, "Anakku, begitulah lumrah manusia. Walau apapun yang engkau lakukan, engkau tidak akan terlepas dan kata-kata mereka. Tak kira benar atau salah, mereka tetap akan mengata."
"Ingatlah anakku bila engkau bertemu kebenaran janganlah engkau berubah hati hanya kerana mendengar kata-kata orang lain. Yakinlah dengan diri sendiri dan gantung harapanmu kepada Allah."

Miss_dakwah on October 17, 2015 at 11:56 PM said...

Assalamualaikum..nak tanya..macam mane kalo someone tu nk pakai niqab tapi x pandai bace al quran dan x pandai sangat dlm ilmu agama..dia kene belajar dulu ker?atau pakai niqab dulu sambil tuh belajar..

Era Esa on October 29, 2015 at 9:29 PM said...

assalam sis tersayang, saya baru sahaja berhijrah dalam dunia niqab ni. saya mula berniqab selepas spm dan mendapat tawaran untuk belajar di uia . jadi saya fikir di uia lah saya boleh ubah cara hidup saya yang lama. saya yg dulu adalah seorang yang memakai tudung biasa, tidak berstoking atau sarung tangan, dan pakaian saya agak ketat. namun, apa yang mengecwakan saya apabila sebenarnya tidak boleh menutup wajah iaitu berniqab di uia. saya jadi buntu dan pernah ditegur oleh pengawal supaya membuka niqab saya lain kali. jadi saya tidak berniqab di dalam kampus. tetapi bila saya keluar dari kampus barulah saya berniqab. itupun kadang kala sahaja. memang saya berniat kuat untuk menjaga diri saya dalam menutup aurat. tetapi, saya rasa diri saya hipokrit. apa yang saya perlu buaat ? :(

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. on November 12, 2015 at 1:31 AM said...

miss_dakwah:
memakai purdah kerana ingin menjaga maruah diri..kerana tuntutab .bukan bermaksud hipokrit,anda boleh memakai niqab.dan dalam masa yg sama terus belajar membaca al-quran...

miera on December 1, 2015 at 9:56 PM said...

Assalamualaikum sis, tak mengapakah jika kite menanggalkan niqab ketika sedang belajar, atas asbab tak nk lecturer jadi tidak selesa ketika mengajar?

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. on December 2, 2015 at 7:22 AM said...

Tidak mengapa. Dan bukan munafiq. Tanyakan diri kenapa pakai purdah. Kalau kita
berpegang pada mazhab shafie, ianya wajib - jadi kena pakai sentiasa. Kalau mazhab
lain, ada khilaf kata tak wajib, atau tak wajib kalau begini begini (wajib kalau
timbulkan fitnah misalnya lawa sangat ke atau hodoh sangat ke.

jadi kalau berpegang kata tak wajib terpulang lah tak mahu pakai ke atau nak pakai
sekali sekala. COntohnya kita kata solat qabliah badiah sunat, bolehlah sat solat sat tidak.
Jika, undang-undang tidak mengizinkan, tak ape buka.. Pakai ketika di luar sekolah..yg penting niat kita... Allah tahu.

Sarah Aimi on December 28, 2015 at 6:33 PM said...


Assalamualaikum akak hati saya dah ada nawaitu untuk memakai purdah baru-baru ni. Saya ada bertanya pendapat rakan2. Mereka menggalakkan tetapi ada juga yg beri peringatan tentang perasaan riak yg mungkin akan wujud apabila memakai purdah. Niat saya terhalang kerana kolej saya tidak dibenarkan memakai purdah untuk pelajar perempuan, saya juga sedang belajar kos bakeri dan pastri yg pasti menyukarkan lgi perjalanan saya. Semasa di bengkel, pelajar perempuan termasuk saya terpaksa mendedahkan aurat di pergelengan tangan semasa membasuh alat memasak. Saya berasa terganggu kerana kami juga mempunyai pelajar lelaki yang sentiasa memerhati. Tambahan pula, masalah sosial di kolej saya memang teruk samada semasa belajar ataupun semasa berada di asrama. Saya berasa takut dan mula fikirkan sesuatu untuk menghalang diri daripada pandangan pelajar lelaki. Niat saya juga ingin memperbaiki diri dan berubah menjadi lebih baik. Dari situ lah niat saya bermula. Saya juga belum bertanya pendapat ibu bapa saya yang mungkin penting untuk masa depan saya. Bolehkah akak memberi pendapat tentang keraguan saya?

Sarah Aimi on December 28, 2015 at 6:37 PM said...


Assalamualaikum akak hati saya dah ada nawaitu untuk memakai purdah baru-baru ni. Saya ada bertanya pendapat rakan2. Mereka menggalakkan tetapi ada juga yg beri peringatan tentang perasaan riak yg mungkin akan wujud apabila memakai purdah. Niat saya terhalang kerana kolej saya tidak dibenarkan memakai purdah untuk pelajar perempuan, saya juga sedang belajar kos bakeri dan pastri yg pasti menyukarkan lgi perjalanan saya. Semasa di bengkel, pelajar perempuan termasuk saya terpaksa mendedahkan aurat di pergelengan tangan semasa membasuh alat memasak. Saya berasa terganggu kerana kami juga mempunyai pelajar lelaki yang sentiasa memerhati. Tambahan pula, masalah sosial di kolej saya memang teruk samada semasa belajar ataupun semasa berada di asrama. Saya berasa takut dan mula fikirkan sesuatu untuk menghalang diri daripada pandangan pelajar lelaki. Niat saya juga ingin memperbaiki diri dan berubah menjadi lebih baik. Dari situ lah niat saya bermula. Saya juga belum bertanya pendapat ibu bapa saya yang mungkin penting untuk masa depan saya. Bolehkah akak memberi pendapat tentang keraguan saya?

Fatihah Syuhada Hamzah on December 28, 2015 at 6:59 PM said...

Assalamualaikum, akak sy ni pakai purdah tapi sy masih skolah rendah...takpe ke kalau mase di skolah sy tidak memakai purdah tetapi luar sekolah sy memakainya.....

Fatihah Syuhada Hamzah on December 28, 2015 at 7:03 PM said...

Assalamualaikum, akak sy ni pakai purdah tapi sy masih skolah rendah...takpe ke kalau mase di skolah sy tidak memakai purdah tetapi luar sekolah sy memakainya.....

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. on December 31, 2015 at 6:53 PM said...

Sarah Aimi:
Tatkala Mengambil Kata Putus Untuk Berniqab Maka "Jangan Main-Main"
Namun ingat, apabila kita memilih untuk memakai begini, orang-orang di sekeliling punya high expectation terhadap kita. Apa yang betul dilakukan kelihatan biasa. Namun apabila sedikit yang silap, itu yang lebih besar terlihat... kita membawa bersama maruah Islam...Akhlak mesti dijaga. Kerana itu buah amal dan iman. Juga mengelak fitnah.

Tetap bertudung mengikut syariat bersama niqabmu. Namun awas pada hati sendiri. Jagalah ia selalu. Perhatikanlah ia sentiasa. Kerana dalam kegigihan kita melakukan kebaikan, syaitan itu juga tetap gigih berusaha membisik halus tanpa diri sedari.
Tiap kali melangkah keluar dari rumah, luruskan niat bahawa aku memakai begini hanya kerana Allah. Bukan untuk mendamba pujian dan hati lelaki. Bukan mahu menunjuk aku sekarang telah berubah menjadi lebih baik berbanding dahulu.
Niat yang benar akan memandu diri melakukan perkara kebenaran. Sebaliknya yang berlaku apabila niat terpesong dari landasan asal.

lihatlah yang ini terlebih dahulu berbanding niqab. Kerana kewajipan ini lebih dituntut. Jadilah muslimah yang bijak menentukan perkara yang paling penting dalam kehidupan. Jadilah muslimah yang bijak dengan melakukan perkara yang dirasakan penting tetapi tetap mengutamakan perkara yang lebih penting. Maka sayangku, ini lebih baik.



Mengapa mesti pandai mengutamakan hal yang lebih penting daripada yang penting? Andai kita sebenarnya mengetahui mentaati ibu bapa itu lebih dituntut daripada pemakaian niqab maka tiada yang keliru dalam permasalahan "mak ayah saya tak bagi saya berniqab". Pilih ibu bapa berbanding niqab. Kerana taat ibu bapa itu wajib dan berniqob itu hanya sebahagian isu khilaf. Jelas, sayang?

Muslimah on January 2, 2016 at 3:14 PM said...

Assalamualaikum, sy pelajr sklh mnengh,,skiranya kelas sya brcmpur dngn lelaki, adakah sy perlu memakai purdah d dlm kelas? kbnyakkn orng ckp sy prlu menanggalkn purdah tersbut...

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. on January 22, 2016 at 6:36 PM said...

wsalam.muslimah.. kenapa mereka cakap anda perlu menganggalkan purdah? sekiranya tidak menimbulkan masalah..anda lebih baik memakainya...

Akira Chiyo on January 28, 2016 at 7:37 PM said...

Assalamualaikum sis,
Ana masih pljr sklh menengah ttp bersekolah di sklh kebangsaan. Adakah slh jika nawaitu utama Ana berpurdah krn tidak ingin diganggu oleh remaja2 lelaki sebaya ana? Ana takut dgn pandangan mata mereka terhadap ana. Kemudian berpurdah krn Allah swt?

Akira Chiyo on January 28, 2016 at 7:37 PM said...

Assalamualaikum sis,
Ana masih pljr sklh menengah ttp bersekolah di sklh kebangsaan. Adakah slh jika nawaitu utama Ana berpurdah krn tidak ingin diganggu oleh remaja2 lelaki sebaya ana? Ana takut dgn pandangan mata mereka terhadap ana. Kemudian berpurdah krn Allah swt?

Myselfizatsara Kitchen on February 13, 2016 at 12:18 AM said...

saya dah niat nk pakai Tapi Mak saya tak kasi saya rasa sangat sedih.apakah pendapat sis perlukah saya dengar cakap mk saya

Unknown on February 28, 2016 at 11:25 PM said...

Assalamualaikum, saya baru nak belajar pakai purdah...tapi saya tak boleh slalu pkai...krana ad waktu yg saya tak leh pkai mcm aktiviti kawad....mungkin saya skejap pkai,skejap tak...mcm mna tu...mohon pnjelasan skit sis:-)

Nur Tihin on March 14, 2016 at 2:07 PM said...
This comment has been removed by the author.
Nur Tihin on March 14, 2016 at 2:17 PM said...

Jika disekolah tidak berniqab tetapi diluar sekolah berniqab.
Adakah ianya menjadi salah ?.

eliaazuati zakaria on May 2, 2016 at 11:52 PM said...

Assalamualaikum...kaklia lebih kurang 2 bulan berniqab. Kaklia berniqab atas 2 sebab. Pertama, kerana Allah. Kedua, kerana suami.
Kaklia mahu berniqab kerana terlalu banyak dugaan di luar sana. Ramai sahabat-sahabat yg mahu kaklia memakai make up supaya kelihatan lebih muda. Malah ada yg berkata kaklia kelihatan seperti ibu kepada suami. Kaklia tidak suka memakai make up. Hanya mengenakan senipis bedak compack biasa dan sedikit lipgloss yg dibenarkan suami. Kerana suami tidak suka pada make up.
Sejak berniqab, kaklia lebih berkeyakinan dan suami lebih lagi sayang. Alhamdulillah, kaklia tidak kekok dan dapat sesuaikan diri dengan cepat.
Kaklia memakai niqab ketika ke pasar, shopping mall, hospital dan kenduri. Di rumah kaklia tidak berniqab. Dengan ahli keluarga, bekerja dan jiran tetangga kaklia tidak berniqab. Hanya cukup dengan menutup aurat wajib dengan sempurna.
Kaklia masih aktif bersukan walaupun sudah berniqab. Sejak dari muda mudi kaklia ni suka berlari. Dah hampir usia 40 tahun, tapi masih suka berlari.
Kaklia yakin jika kita ikhlas dan yakin pada Allah, walau apa pun yg kita buat , pasti ada ganjaran di sebaliknya.
Wassalam.

Nur amy on May 22, 2016 at 6:38 AM said...

Salam.saya baru je mula pakai niqab wajib ke saya pakai stokin jika saya keluar.maksud saya jika seorang yang memakai niqab wajib ke dia memakai niqab.

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. on May 27, 2016 at 4:27 PM said...

kaki itu aurat sayang...

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. on May 27, 2016 at 4:27 PM said...

tahniah kak lia

nur syazwani on May 29, 2016 at 3:03 AM said...

Alhamdulillah..Tahniah kak lia,sy pulak..hampir sebulan pkai niqab.. Sy pkai sbb Allah tunjuk jalan utk perbaiki diri,jaga diri,sy kje luar,jd utk elak dganggu lelaki.

nur syazwani on May 29, 2016 at 3:08 PM said...

Assalamualaikum wbt.. Blh bg penerangan ,apa jenis fitnah yg boleh dielakkan dengan pemakaian niqab?

janie boy on August 31, 2016 at 6:53 PM said...

Assalam,kami nak tanya.Kami umur 15 tahun.kami pakai niqab sebab allah dan nak ikut sunnah nabi.Tapi dekat sekolah dilarang pakai niqab.Jadi boleh x kami x pakai niqab masa disekolah dan pada masa yang sama kelas kami ada lelaki.Boleh jelaskan

mazlina aida on October 5, 2016 at 3:22 PM said...

assalamualaikum...akak,boleh tak saya nak bertanya,bagaimana kita nak istiqamah dalam memakai purdah??sebab saya telah menyimpan hasrat untuk memakai purdah.tetapi takut diejek oleh rakan-rakan dan keluarga.

Nik Aini on December 1, 2016 at 10:17 AM said...
This comment has been removed by the author.
 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino