PUTRAJAYA: Kutipan tol secara elektronik akan dilaksanakan sepenuhnya di
10 plaza tol berkuat kuasa 13 Januari tahun hadapan, kata Ketua
Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir Ismail Md Salleh.
Ismail berkata tiga plaza tol terlibat terletak di sepanjang Lebuhraya
Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) iaitu Plaza Tol Salak Selatan; Plaza Tol
Putrajaya dan Plaza Tol Seri Kembangan.
Turut terlibat Plaza Tol PJS2; Plaza Tol PJS5 dan Plaza Tol Pantai
Dalam yang masing-masing terletak di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) selain
Plaza Tol Batu 9 serta Plaza Tol Batu 11 di Lebuhraya Cheras-Kajang
(Grandsaga).
"Dua lagi plaza tol adalah Plaza Tol Seri Muda dan Plaza Tol Alam Impian
yang terletak di Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)," katanya dalam
kenyataan di sini Sabtu.
Sehubungan itu, katanya pengguna perlu menggunakan sama ada kad
PLUSMILES, Touch n Go atau SmartTAG untuk melakukan transaksi bayaran
tol di plaza tol terlibat.
Katanya untuk memastikan operasi berjalan lancar pihak konsesi lebuh
raya menyediakan lorong tambah nilai dan penjualan kad Touch n Go yang
beroperasi 24 jam selain turut menempatkan kakitangan untuk membantu
jika berlaku masalah.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi hotline
Pusat Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 atau mana-mana pusat khidmat
pelanggan lebuh raya yang terlibat.
Itadakimasu...
2 years ago
0 comments:
Post a Comment