Friday, June 12, 2015

Makanan Popular Yang Paling Bahaya


KEBANYAKAN daripada makanan-makanan ini mungkin menjadi makanan kegemaran kita namun di sebalik keenakkannya, ia sebenarnya boleh menjadi bahaya kepada kesihatan jika pengambilannya tidak dikawal.


1. Hotdog

hotdog

Kajian Akademi Pediatrik Amerika mendapati hotdog punya "choking hazard", terutamanya bagi kanak-kanak. Mereka menyarankan agar hotdog diletakkan label tersebut, namun sehingga kini tiada tindakan diambil.


2. Kacang

nuts

Ia disifatkan merbahaya kerana punya kebarangkalian alergi yang tinggi. Kebanyakan orang yang dihantar ke hospital kerana alergi kacang, tidak mengetahui bahawa mereka punya masalah alahan tersebut.


3. Sayuran berdaun

lettuce

Bayam dan kubis antara yang termasuk dalam kategori bahaya kerana kajian Pusat Sains dan Kepentingan Awam Amerika mendapati ia antara medium pembawa wabak, terutama sekali yang dihidangkan di restoran.


4. Tuna

tuna

Amerika Syarikat pernah mengeluarkan amaran pengambilan yang banyak di kalangan wanita hamil boleh menyebabkan perkembangan sistem saraf bayi terbantut.


5. Kopi

kopi

Anda penggemar kopi? Berhati-hati kerana pengambilan yang berlebihan bukan sahaja membuatkan anda tak boleh tidur, tetapi juga peningkatan kadar denyutan jantung yang tidak normal.
ASTRO AWANI

0 comments:

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino