Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya.
Berapa bilangan rakaat solat Terawih?
Segolongan ulamak berpendapat; bilangan rakaat solat Terawih ialah 11 rakaat termasuk witir. Mereka berdalilkan hadis dari Saidatina ‘Aisyah yang menceritakan;
ما كان رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم يزيد في رمضان ولا في غيره على إحدى عشرة ركعة
“Rasululllah s.a.w. tidak pernah menunaikan solat sama ada di bulan Ramadhan atau bulan lainnya melebihi dari 11 rakaat”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Jumhur ulamak-ulamak mazhab Imam Syafi’ie, Imam Abu Hanifah dan Ahmad bin Hanbal berpandangan; bilangan rakaat solat Terawih ialah 20 rakaat tidak termasuk witir. Mereka berhujjah dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dan lainnya dengan isnad yang soheh dari sahabat yang bernama as-Saib bin Yazid r.a. (السائب بن يزيد) yang menceritakan;
كانوا يقومون على عهد عمر في شهر رمضان بعشرين ركعة
“Umat Islam pada zaman Umar menunaikan solat Terawih di bulan Ramadhan 20 rakaat”.
Begitu juga, Imam Malik meriwayatkan dalam al-Muwatta’ dari Yazid bin Ruman;
كان الناس يقومون في زمان عمر بن الخطاب بثلاث وعشرين ركعة
“Orang ramai menunaikan solat Terawih pada zaman Umar bin al-Khattab sebanyak 23 rakaat (iaitu 20 rakaat Terawih dan 3 rakaat Witir)”.
Bagi Imam Malik; solat Terawih ialah 36 rakaat tidak termasuk witir. Beliau berhujjah dengan amalan penduduk Madinah. Berkata Imam Nafi’; “Aku mendapati orang ramai menghidupkan malam Ramadhan dengan (mengerjakan solat) 39 rakaat, mereka berwitir dengan tiga rakaat darinya”.
Bacaan di dalam solat Terawih
Disunatkan memanjangkan bacaan al-Quran di dalam solat terawih, begitu juga di di dalam solat-solat yang lain sama ada solat fardhu atau sunat. Ini kerana Rasulullah s.a.w. bersanda;
أفضل الصلاة طول القنوت
“Solat yang paling baik ialah yang lama berdirinya” (HR Imam Ahmad dan Muslim dari Jabir r.a.).
Maksud lama berdiri itu ialah; memanjangkan bacaan al-Quran di dalam solat kerana tempat bacaan al-Quran di dalam solat ialah ketika kita berdiri (sebelum ruku’).[5]
Cara Melakukan Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat
.
Cara melakukan solat Tarawih sama seperti solat sunat yang lain. Solat Tarawih dilaksanakan setiap dua rakaat satu salam.
“Solat malam (solat Tarawih) adalah dua rakaat, dua rakaat.”
(Riwayat Jamaah)
Niat:
“Usolli sunnata t-taroowiihi rokátaini ( makmuman ) lillaahi Taala”Sengaja saya solat sunat tarawih menjadi makmum dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
.[ Klik gambar di bawah untuk lebih besar ]
* Merujuk pada nombor dalam gambar : ikut turutan 1-2-3-4-5-2-6-4
* bawah ni rujukan surah
Cara Solat Sunat Witir
Setelah selesai Solat Tarawih, teruslah dirikan solat sunat Witir. Bilal menyeru:
صَلاَةُ الْوِتْرِ اَثَابَكُمُ اللهُ.
Niat:“Usolli sunnatal witri rokátaini ( makmuman ) lillaahi Taala”Sengaja saya solat sunat witir menjadi makmum dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
[ gambar di bawah jika solat witir itu bersendirian -
tambahkan MAKMUMAN pada niat ( jika berjemaah dan menjadi makmum ) ]
Bemula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca Doa Qunut sebelum melakukan sujud petama.
Cara solat terawih bersendirian
Sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain juga.
- Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat
terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa.
Sahaja aku menunaikan solat Terawih 2 rakaat kerana Allah Taala
“Usolli sunnata t-taroowiihi rokátaini lillaahi Taala”Sengaja saya solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
- Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja.
- Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).
2 comments:
tq info...
tq info...
Post a Comment