Thursday, October 30, 2014

Imigresen perkenal Border Pass baru untuk ke Thailand


PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang berulang alik ke Thailand menggunakan pas sempadan akan diberi dokumen perjalanan terhad dalam bentuk buku, lebih berkualiti dan menyerupai pasport Malaysia, mulai awal bulan depan.
Pas sempadan Malaysia-Thailand bagi kegunaan penduduk tempatan khususnya di Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak (hanya di bahagian Hulu Perak) ketika ini dikeluarkan dalam bentuk sekeping kertas, yang mudah rosak akibat dilipat atau terkena air.
Jika pasport Malaysia yang merupakan dokumen perjalanan antarabangsa berwarna merah, pas sempadan baru ini pula akan berwarna biru. Di kulit hadapan pas ini juga akan menyerupai seperti pasport, mempunyai lambang Jata Negara dengan perkataan “Malaysia” selain tertulis perkataan “Pas Sempadan” berwarna emas.

Pengarah Keselamatan dan Pasport Jabatan Imigresen, Ibrahim Abdullah berkata, penggunaan buku pas sempadan ini bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti dan ciri keselamatan dokumen perjalanan sementara selain memudahkan pemeriksaan imigresen di pintu masuk sempadan.
Ciri MRZ digunakan oleh kebanyakan pasport antarabangsa yang mengikut standard Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Nombor siri MRZ pada pas sempadan akan diimbas menggunakan mesin pengimbas yang sama untuk memeriksa pasport bagi paparan butiran peribadi.Ibrahim berkata, pas sempadan baru ini akan mengandungi 16 helaian muka surat yang boleh digunakan untuk tempoh lebih lama. Muka surat biodata akan memaparkan nama penuh pemegang pas, alamat, nombor pas, jantina, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, tinggi, tarikh dikeluarkan dan tarikh tamat .
Jarak perjalanan ke Thailand turut diperluaskan berbanding sekarang hanya tidak melebihi 25 kilometer dari sempadan berdasarkan Perjanjian Lintas Batas antara Malaysia dan Thailand pada Februari tahun lalu bagi menggantikan ‘Traffic Across the Boundary Between the Malay States and Thailand’ yang ditandatangani di Bangkok pada 1940.
Pas sempadan baharu ini meliputi perjalanan ke lima wilayah di selatan Thailand iaitu Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani. Tempoh sah laku pas turut dipanjangkan dari enam bulan kepada setahun dari tarikh ia dikeluarkan.
Cara mohon pass sempadan baru
Sediakan 2 keping gambar berukuran 35 milimeter (mm) x 50 mm, dengan syarat mempunyai kad pengenalan (MyKad) sebagai warganegara Malaysia yang sah dan bukti menetap di negeri dinyatakan.
Sediakan wang tunai RM 10 (harga masih kekal tidak berubah)

2 comments:

❤Kamsiah❤ on November 19, 2014 at 12:01 PM said...

dah macam pasport dah rupanya pass sempadan yg baru ni ya,.

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. on November 27, 2014 at 9:29 PM said...

ya.. mmc mcm paspord

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino