“Diangkat segala amalan kepada Allah pada hari Arafah melainkan orang yang saling bergaduh.”
Apabila diteliti, hadis di atas palsu tetapi pengajaran-pengajarannya terdapat dalam hadis-hadis yang sahih. Antaranya;
(1) Amalan diangkat pada hari Isnin dan Khamis, aku adalah orang yang suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa.
- HR At-Tirmizi: 747, Sahih.
- HR At-Tirmizi: 747, Sahih.
(2) Amalan keturunan Adam akan dibentangkan pada setiap
hari Khamis malam Jumaat.
Tetapi tidak diterima amalan orang yang
memutuskan silaturahim.
- HR Ahmad: 10272, Hasan.
- HR Ahmad: 10272, Hasan.
(3) Dibentangkan segala amalan pada setiap hari Khamis dan
Isnin. Lalu Allah mengampunkan setiap orang yang tidak mensyirikkan
Allah pada hari itu. Melainkan seseorang yang terdapat permusuhan antara
dia dan saudaranya. Lalu dikatakan kepada para malaikat, 'Tinggalkan
dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai, Tinggalkan dahulu
mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai.”
- HR Muslim: 2565. Sahih
0 comments:
Post a Comment