Setiap kali Ramadhan semakin menjelang, pastinya akan menerima mesej yang difowardkan melalui pesanan whatsapp.facebook dan sebagainya..
tentang sebuah hadis berkaitan doa Jibril dan diaminkan oleh Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam serta para Sahabat. Hadis tersebut
berbunyi:Hadis yang disebarkan berbunyi begini: Do'a
malaikat Jibril menjelang Ramadhan
" Ya Allah tolong abaikan puasa ummat
Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan
hal-hal yang berikut: - Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua
orang tuanya (jika masih ada); - Tidak berma'afan terlebih dahulu antara
suami isteri; - Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang
sekitarnya. " Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang
meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada
hari Jumaat .
*****Hadis ini telah DIPALSUKAN buktinya diterangkan dibawah*****
RIWAYAT YANG ASAL (HADIS SAHIH)
أن النبي صلى الله عليه وسلم رقى المنبر فقال : آمين ، آمين ، آمين قيل له :
يا رسول الله ، ما كنت تصنع هذا ؟ فقال : قال لي جبريل : رغم أنف عبد أدرك
أبويه أو أحدهما لم يدخله الجنة ، قلت : آمين ، ثم قال : رغم أنف عبد دخل
عليه رمضان لم يغفر له ، فقلت : آمين ، ثم قال : رغم أنف امرئ ذكرت عنده
فلم يصل عليك ، فقلت : آمين
Maksud hadis: Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar.
Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau
berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi:
Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin.
Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah,
kami telah mendengar
sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya
sebelum ini. Lalu baginda menjawab: “Sesungguhnya Jibrail (as) telah
membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati
bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun
mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia
berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya
tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat
ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak
tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati
ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka
tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya Hadits
Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153
disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah,
diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih
Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)] Sesiapa yang terlibat
menyebarkan hadis palsu ini silalah hentikannya ia adalah kerana.....
Dalil Pertama:
Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah
baginya tempat duduk dari api neraka. [ Hadis Sahih (Mutawattir):
Dikeluarkan Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Ibn Majah, ad-Darimi dan
lain-lain. Lihat Sahih al-Bukhari, hadis no – 109 (Kitab al-Ilm, Bab
dosa berdusta keatas Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam). Dikeluarkan
Imam Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no – 3 dan 4 (Muqaddimah - Bab berdusta keatas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam).]
Dalil Kedua:
Barangsiapa yang menceritakan dariku satu hadis yang ia sangka,
sesungguhnya hadis tersebut dusta/palsu, maka ia termasuk salah seorang
dari para pendusta. [ Hadis Sahih: Dikeluarkan Muslim, Ibnu Majah,
Tirmidzi, Ahmad. Lihat Muqaddimah Sahih Muslim. Lihat juga Musnad Ahmad
(Hadis Daripada Samuroh Bin Jundud radhiallahu ‘anh) dengan lafaz yang
sedikit berbeza.]
------------------------------------------------
Sebarkan kepada rakan-rakan supaya tidak menyebarkan hadith-hadith palsu
berkenaan dengan bulan Ramadhan. Kerana Nabi SAW bersabda:
ان كذبا علي ليس ككذب أحد من كذب علي متعمدا فليتبوأ مفعده من النار
Maksud: Sesungguhnya berdusta ke atasku bukanlah seperti berdusta ke
atas orang lain. Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka
siaplah tempat duduknya dalam neraka. (Riwayat al-Bukhari dalam kitab
Janaiz dan Mukaddimah Sahih Muslim)
Wallahu'alam
Itadakimasu...
2 years ago
0 comments:
Post a Comment