Untuk Ke Puncak Gunung Brinchang,laluan kesana amat mencabar sekali dengan keadaan jalan yang berselekoh dan sempit.Perjalanan sejauh 9KM mengambil masa dalam lebih kurang 30 minit cukup,perjalanan ke sana.Dan pasti tidak akan membosankan anda kerana anda disajikan pemandangan ladang teh yang hijau lagi menarik, panorama hijau di sepanjang perjalanan anda ke puncak Gunung Brinchang.
Setibanya saya di Gunung Brinchang terdapat laluan pejalan kaki yang telah disediakan oleh Jabatan Perhutanan Cameron Highland.Anda perlu berjalan dan menaiki tangga untuk ke puncak bukit yang akan menjanjikan pemadangan yang cukup menarik lagi hijau.Ia dikendalikan oleh Jabatan Perhutanan demi memastikan ekosistem tanah tinggi terpelihara.dibina di atas pelantar kayu yang memudahkan pergerakan kita untuk melihat kawasan hutan..
Dari kawasan tempat letak kereta, terdapat laluan jambatan (walkway) sepanjang 200 meter yang membawa pengunjung ke dalam hutan berlumut tanpa bersusah payah. Dan di akhir laluan ini akan bermulanya laluan trek hutan ke puncak Gunung Irau (6,932 kaki dari paras laut) yang mana ‘mossy forest’ lebih menarik dari Gunung Brinchang.
Keindahan hutan berlumut atau “Mossy Forest” (ketinggian 6,561 kaki) yang terletak di Gunung Brinchang (6,666 kaki dari paras laut yang diukur dari Stesen Mikro Gunung Brinchang)
Dengan lumut menghijau dari Tanah hutan ke puncak pokok memberikan pemandangan yang cantik, damai dan indah serta memberikan suasana yang penuh mistik. Berada di dalam hutan berlumut di Gunung Brinchang juga seumpama anda sedang berdiri di dalam Fangorn Forest dalam filem Lord of The Rings.
Terdapat juga bermacam jenis fauna dan flora , pelbagai jenis orkid tumbuh hidup liar, paku pakis dan sebagainya.
Bungaperiuk kera (Nepenthes pitcher plants) yang menjadikan serangga kecil sebagai makannya.
Pohon-pohon Dipterokarp atas, akar pokok yang berselirat, lumut segar yang basah dan juntaian pokok Liana yang berlilit menjadi santapan mata
Sesuatu yang harus anda tahu, ketika anda berada di sini, anda berada di 2 negeri dalam masa yang sama.. Perak Dan Pahang..
Mossy Forest seolah satu daya tarikan alam yang indah, mempesonakan. Kabus yang mengelilingi kawasan hutan menyebabkan rasa tenang dan segar.
2 comments:
Post a Comment