Wednesday, January 08, 2014

Isu minuman Barbican




Petikan dari kenyataan media Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan :

Mengenai isu minuman Barbican dan seumpamanya yang merupakan minuman ringan malt, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-95 pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan isu ini dan telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Setelah berbincang dan meneliti keputusan-keputusan Muzakarah
berkaitan alkohol dalam makanan, minuman serta ubat-ubatan yang
telah diputuskan pada tahun 1984 (Muzakarah kali ke-7), tahun
1987 (Muzakarah kali ke-19), tahun 1988 (Muzakarah kali ke-
22) dan tahun 2010 (Muzakarah kali ke-91), Muzakarah bersetuju
membuat keputusan bahawa minuman ringan malt seperti
Barbican dan sebagainya yang diproses bukan untuk tujuan
pembuatan arak dan alkohol yang terkandung dalam minuman
tersebut juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak
serta dengan kadar yang sedikit dan tidak memabukkan adalah
dibolehkan bersesuaian dengan keputusan Muzakarah yang
telah diputuskan sebelum ini.

2. Muzakarah juga menasihatkan supaya pihak pengeluar minuman
ringan malt tersebut tidak menggunakan label, jenama dan
sebagainya yang boleh menimbulkan keraguan kepada pengguna
khususnya umat Islam.

Sumber : KENYATAAN MEDIA MENGENAI ISU ALKOHOL DALAM MAKANAN DAN MINUMAN PADA 25 JULAI 2011

http://www.e-fatwa.gov.my/sites/default/files/kenyataan_media_mengenai_alkohol_0.pdf


Sahabat Halal

0 comments:

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino