Dari
perlis sampailah ke johor...kereta adalah kenderaan yg pasti ustaz
azizan gunakan..nasib baik sabah dan sarawak terpisah oleh
lautan..prasan kalo semnanjung ada highway terus ke sabah sarawak,tidak
mustahil dgn kereta jgk lah kami belayar..Ustaz lebih gemar naik kereta
dari naik kapal terbang.Ulang alik pergerakannya hanya dgn kereta,dari
aloq ke kl dah jd perkara rutin bagi kami yg mengiringinya..Biasanya
kami akan bertolak pagi dari aloq staq dan tetap akan pulang mlm hari yg
sama setelah selesai apa2 program yg dihadiri ustaz..kalo diingat2kan
kembali mmg meletihkan..yg lebih memenatkan waktu seperti ini,pastinya
abg2 drebar..mereka perlu sentiasa peka keadaan kereta dan pastikan
semua dlm keadaan baik sebelum memulakan perjalanan,yg penting tidoq
kena cukup.
Jika pengguna highway tegar,pasti selalu atau pernah
t
erserempak dgn kenderaan yg membawa ustaz azizan kerana di no plate
kenderaan ada tertera'menteri besar kedah'...mmg ustaz ada dlm kereta
tuuu,kdg2 org bertanya.."haritu nampak keta mb atas highway!!ustaz ada
ka?atau kereta jaa??mana la tau dia naik flight..kereta p ikut bawah
jemput kat sana.."Ustaz azizan dari pensyarah,wakil rakyat biasa
sehinggakan dah jd menteri besaq pon,tetap kereta kenderaan nya.cerita
ustaz,"aku dulu naik bas pon kerap!!,p kl dan p blk trangganu umah kak
sham ang!!masa tu aku wakil rakyat dah..kdg2 aku naik ikut aloq staq,tp
aku kerap naik kut simpang kota sarang semut dgn pekan guaq!mudah,aku
boleh lena..!!".katanya..Sampai saja destinasi,ustaz xdak masalah
dah,sbb akan ada kawan2 yg sudi dtg menjemputnya..ustaz azizan ada
alasannya sendiri knp suka naik kereta..katanya"kalo naik kapai
terbang,kita kena ikut jaduai depa!!kalo betui xpa..mai delay xnaya
kita!!tggu lama satu hai,keja kita jd celaru!!nk berjalan jauh lagii 1
bab..kena depa bg pintu had jauh2,xlarat aku aihh!!!gilaa!!..Ustaz lebih
mudah ikut jln darat sbb boleh bertolak masa sendiri..senang nanti
singgah2 makan kut tepi jalan kalo terasa lapar.disamping mahu bermesra
dgn anak2 buah dlm perjalanan..mudah segala2nya.."ampa pon boleh isap
rokok!!!"slow jaa ustaz smash kami..hehehhee..rasanya ada 2,3 kes yg
kami pernah tersangkut jem..pernah p kl dari aloq staq sampai 12
jam..mmg menyiksakan..tara aku yg muda pon naik lenguh
pinggang2...bayangkan lah org tua mcm ustaz..sakit semua badan2.
Kerap
jugak ustaz ke kelantan dan terengganu..semua tahu jln kesana mmg jauh
dan memeningkan..aku masih ingat,waktu hujan..tiba2 aircond kereta kbv 8
rosak!!nk jd cite..1 dari wiper patah!!kami dlm kereta yg hangat dan
tempias air yg masuk ditambah pulak cermin koi berwap.bayang tgk
lah..mmg adventure sungguh..abg kamal drebar ustaz yg lama menyarankan
aku supaya,meminta ustaz menaiki backup car dibelakang.."dato!!dato naik
kereta camry boleh??panas ni..!!kesian kat dato laa.."..ustaz bls yg
kami xterkata apa.."xpa aihh..biaq aku naik dgn ampa jaa..kalo mati pon
kita sama2!"itu la pendirian ustaz azizan..kami pernah juga ke daerah
chukai terengganu,bertolak jam 6pg dari kedah sampai di rusila jam
2ptg,berehat sebentar,mlm hadir mesy di daerah chukai lepas tu trus
bergerak blk ke kedah dan tiba jam 7pg esoknya..Aku terpaksa bantu abg
drebar bergilir2 memandu pulang..
Bayangkan Seorg pemimpin utama
negeri,ulamak yg dihormati,tua dan uzur hanya tido berbaring didlm
kereta dgn ruangan yg terhad..sedangkan badan ustaz yg tinggi dan besar
hanya tido beralaskan bantal kereta dgn badannya terpaksa
membengkok..subhanallah!!!biar susah xpa..janji dia suka dan rela.yg
penting sampai..kerana ada program penting yg lain menanti kedah..tiada
upaya kami mendesaknya.hanya menuruti arahannya..
Kerap kali aircond
kereta kbv 8 rosak..ustaz tetap sabaq..mmg kami selalu usik2
ustaz.."kita beli kereta baru ja dato??aku memujuk.."xkan aircond rosak
nk tukaq keta baru!!xtahuan!!kena aku sedaih...
selang bertahun,akhirnya
ustaz azizan bersetuju membeli kereta baru apabila kbv 8 semakin
berjangkit2 dtg penyakitnya.sampai beberapa kali breakdown di tgh jalan
semasa membawa ustaz..Muncul pula kcx 8 yg pernah menjadi perbualan
hangat pada suatu ketika..itulah kenderaan rasmi yg ada dan yg kuat
untuk kegunaan seorg menteri besar kemana2 sahaja arah
destinasinya...hanya kereta... Secoret nukilan ikhlas dari aku yg ingin dikongsi,kenangan aku bersama ustaz azizan.. Alfatihah.
Diceritakan Dan dari FB Shahrel Elham / Koperal Shahril Rizal Ismail (bekas pengiring peribadinya Ustaz Azizan)
0 comments:
Post a Comment