Sememangnya telur perlu dibasuh terlebih dahulu kerana telur tersebut sudah pasti terjatuh di atas najis walaupun kadang-kadang ia tidak melekat kerana najis itu kering. Tetapi ia tetap diliputi najis dan jika bercampur dengan makanan kita memakan sesuatu yang diketahui bercampur najis walaupun ia tidak merubah bau, rasa atau rupa.Perkara tersebut boleh menyebab kan najis itu bercampur dengan makanan yang di masak ataupun tangan tukang masak itu sudah dicemari dengan najis lalu tanpa di basuh, mereka memegang senduk atau sudip dan akhir sekali merekamemegang makanan tersebut tanpa membasuh tangan.Oleh yang demikian sebaik-baiknya sebelum memasak, pastikan dahulu semua barang-barang dan bahan-bahan untuk masakan dibersihkan dahulu dan suci dari najis.
Bagi kita orang Islam,makanan itu terbahagi kepada dua bahagian,iaitu makanan halal dan makanan haram.Makanan haram telah kita sedia maklum seperti yang kita belajar disekolah dahulu.Adapun yang halal dan haram itu terdapat juga makanan yang shubhah ataupun makanan yang was-was halalnya,maka dituntut kita menjauhi dari memakan makanan itu. Dalam Al-Quranul Karim juga menjelaskan "daging yang tumbuh dari sumber yang haram,api nerakalah layak untuknya".
Kenapa Islam melarang kita memakan najis dan bangkai? Sebab boleh membawa mudharat. Apa yang menimbulkan masalah ialah apabila tukang masak atau penebar roti canai mahupun murtabak, tidak membasuh telor terlebih dahulu yang digunakan. Ini kerana tempurung telur yang tidak dibasuh mengandungi najis (bercampur tahi ayam, jika tak di basuh ia nampak bersih tapi tak suci, ). Apabila tukang masak atau penebar roti canai tadi memegang telor yang tidak dibasuh tadi, menyebabkan tangannya tadi bernajis, dan terus memegang sayur atau ikan ke , ayam ke atau sayur ke atau menggaulkan dengan tepung, dan secara langsung telah menggaul najis sekali dalam masakan atau tepung tadi.
Dinasihatkan juga kepada ibu tukang masak dan sesiapa sahaja, apabila hendak menggunakan telur dalam masakan, hendaklah membasuh telur terlebih dahulu. Perkara ini sangat penting kerana makanan akan menjadi darah daging kita, jika darah daging kita dari sumber yang haram maka menyebabkan hati jadi gelap, malas buat ibadah, anak-anak menjadi nakal, mudah melakukan perkara yang dilarang agama, doa tidak diterima dan banyak lagi kesan makan dari sumber yang haram.
Dalam sebuah kisah yang terkenal. Suatu hari Saad bin Abi Waqqas bertanya kepada Rasulullah,
“Ya Rasulullah, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan Allah orang yang makbul doanya.”
Rasulullah menjawab: Hai Sa’ad! Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah orang yang) diperkenankan permintaan, dan demi (Allah) yang diri Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke perutnya, tiada diterima Allah amalannya empat puluh hari (Riwayat Tobroni).
Ada sebuah kisah di mana diceritakan oleh seorang jemaah kepada seorang ustaz mengenai anaknya (seorng hafiz yg telah menghafal 15 juzuk) yg tidak dpt membaca satu surah ketika sembahyang subuh berjemaah bersama keluarganya. Setelah diselidik oleh ustaz berkenaan, didapati bahawa anak jemaah itu telah memakan burger bersalut telur pada malam sebelumnya (telur yang tidak dibasuh terlebih dahulu). Dgn izin ALLAH, anak jemah berkenaan telah "hilang" segala surah yg di hafalnya selama ini kerana memakan najis
0 comments:
Post a Comment