Sejak AES diperkenalkan September lalu, aplikasi untuk mengesan
kamera AES semakin mendapat perhatian ramai apabila ia sering berada
pada kedudukan terbaik di antararibuan aplikasi lain yang ditawarkan
sama ada kepada pengguna android atau iOS.
Aplikasi 'AES Detector' misalnya pernah berada pada kedudukan 30
teratas bersama aplikasi lain seperti Facebook, WhatsApp Messenger,
Viber, Twitter yang menjadi aplikasiyang 'wajib' dimuat turun bagi
kebanyakan pengguna telefon pintar dunia masa kini.
Aplikasi lain yang berkaitan termasuklah 'AES Location Detector',
'AES Alert', 'AES Detector With Map', 'AES Camera Detector', 'AES Camera
Location' dan banyak lagi yang beradapada kedudukan yang tidak kurang
hebat.
Kevin Chua, 34, yang membangunkan aplikasi 'AES Detector' berkata dia
membangunkan aplikasi ini untuk membantu orang ramai daripada terkena
perangkap AES.
Sejak aplikasi ini pertama kali dipasarkan melalui 'Google Play' untuk
dimuat turun oleh pengguna android melalui 'Play Store' pada 14 Oktober
2012, rekodmenunjukkan seramai 313,769 pengguna telah melakukan muat
turun.
Aplikasi ini kemudiannya ditawarkan kepada pengguna iOS pada 20 November 2012.
Ia percuma untuk
aplikasi ini. Aplikasi ini membantu orang ramai dengan mengingatkan
mereka tentang adanya AES berhampiranmereka
Aplikasi ini boleh terus digunakan sebaik sahaja pengguna melakukan muat turun yang mengambil masa beberapa minit.
Sebelum memulakan perjalanan, pengguna perlu mengaktifkan telefon
atau 'tablet' mereka kepada mod bunyi dan memandu meneruskan perjalanan
seperti biasa.
"Peranti akan berbunyi, isyarat terdapat AES perangkap kelajuan di hadapan 2,000 meter dari kenderaan sedang dipandu.
"Isyarat akan berbunyi sebanyak lima peringkat mengikut jarak tertentu sehingga kenderaan tiba di lokasi sebenar AES
Bagi AES perangkap kesalahan melanggar lampu isyarat, peranti akan berbunyi dari jarak sejauh 800 meter dari lokasi kamera.
Anda Boleh Download di bawah ini.
DOWNLOAD AESDetector
1 comments:
bagus ni..i followw...
Post a Comment