Sunday, January 17, 2010

Luahan Hati Wanita... Untuk Insan Bergelar Lelaki...




"Terlalu sukar untuk meluahkan rasa hati terhadap lelaki. Begitu payah utk menyatakan hasrat hati. Begitu kelu lidah untuk mengucapkan apa yang kami rasa terhadap lelaki. Kami tidak mengharapkan terlalu banyak dari lelaki, yang paling penting kasih sayang dari lelaki yang dikasihi. Kesanggupan lelaki untuk memelihara kebajikan dan maruah kami.
Kami benci lelaki yang terlalu khayal dengan kecantikan luaran wanita, lupa akan kecantikan itu hanya bertahan sekejap sahaja. Kami bukan barang hiasan untuk dinilai sebegitu rupa, kami insan yang diciptakan Allah untuk menghiasi hidup lelaki.

Perhiasan kami bukan emas dan permata, tapi akhlak dan budi untuk menyenangkan hati lelaki. Mengapa lelaki sekarang begitu buta untuk melihat itu semua. Ramai wanita dipinggirkan kerana tidak mempunyai rupa paras menawan sedangkan yang cantik jelita dipuja-puja. Adakah semurah itu penilaian lelaki terhadap wanita?

Wahai lelaki, mengapa begitu mudah mengeluarkan kata-kata kesat. Sakitnya hati kami bila mendengarnya. Siapa tahu dalammnya parut hanya sepatah kata-kata kesat. Bukankah lelaki tahu betapa jiwa kami terlalu lembut, mudah tersentuh. Mengapa selalu lupa bila berkeadaan marah. Mengapa? Mengapa? Kami tidak mahu dilayan seperti lelaki, juga seperti insan terpinggir.

Walaupun kehadiran kami dalam hidup lelaki adalah untuk berbakti kepada lelaki, tapi usah diri kami dipandang remeh. Ingatlah tanpa kami takkan lahir lelaki bijak pandai dan ternama, takkan ada pejuang dan perwira. Hidup lelaki akan sepi tanpa kehadiran kami. Setiap hari di dada akhbar banyak cerita terpampang, kisah kehormatan wanita dicabuli, penderaan, dan macam-macam lagi. Membuatkan kami takut pada lelaki. Beginikah sikap lelaki terhadap wanita hari ini, bagaimana hendak kami sandarkan kepercayaan untuk membela maruah kami. Sungguh sedih mengenangkan maruah kami dikoyak koyak kan... seumpama cebisan kertas yang dipandang tanpa nilai.

Ramai lelaki hari nie suka menabur janji-janji kosong untuk mendapatkan kasih sayang dari kami. Setelah dapat apa yang diingini, semua janji janji terbang melayang-layang entah kemana. Tinggalkan kami dalam keadaan pengharapan. Mengapa kami diperlakukan begini. Apa salah kami?

Maaf kiranya, luahan ini mencabar ego lelaki. Bukan niat untuk membangkitkan kemarahan di jiwa lelaki, tapi sekadar menyedarkan sebahagian lelaki yang belum sedar sedar. Ingatlah apa yang kita lakukan di dunia ini pasti mendapat balasan dari Allah kelak..."


3 comments:

|.a.r.i.e.z.a.| on January 17, 2010 at 10:38 AM said...

sayam.. tgh bersedih lg ke> ngape sayam? ur kekasih hati curang ke?

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. on January 17, 2010 at 10:52 AM said...

erk..nk ckp pon susah.hu3....:P

~Rie~ on January 17, 2010 at 11:36 AM said...

Hanya sebahagian~ =)

 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino