Author: .:GaDiS KaLiS PeLuRu:.
|
Filed Under: Tazkirah
|
at
10:54 AM |
Laman jaringan sosial Facebook atau singkatannya FB, kini terus menjadi fenomena bagi pengguna internet di Malaysia.
Penggunanya dikatakan bukan sahaja sahaja merangkumi peringkat usia kanak-kanak, remaja dan dewasa malah sehingga golongan berumur lebih dari 50 tahun.
Menurut laporan statistik terkini yang dikeluarkan syarikat Facebook, mereka kini mempunyai 350 juta pengguna aktif diseluruh dunia.
Dari jumlah itu, seramai 1.1 peratus atau 3.85 juta penggunanya adalah rakyat negara Malaysia dan sebilangan darinya adalah pengguna Islam.
Manakala lebih daripada 65 juta juta pengguna aktif Facebook juga mengakses melalui peranti mobile mereka.
Facebook produk Yahudi?
Hukum penggunaan Facebook ini pernah menjadi pertikaian di kalangan pengguna Islam apabila terdapat maklumat yang mendedahkan pengasasnya, Mark Zuckerberg adalah seorang Yahudi sekaligus meletakkan bahawa ianya adalah produk bangsa itu.
Malah lebih berat lagi apabila maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya menyebut Mark Zuckerberg menggunakan perniagaan Facebooknya membiayai Israel menyerang umat Islam di Gaza, Palestin tersebar luas di kalangan pengguna Islam.
Polemik itu juga telah menyebabkan ada kumpulan tertentu melancarkan kempen boikot dengan menyeru orang Islam tidak lagi menggunakan jaringan Facebook kerana didakwa boleh membawa kepada haram akibat menguntungkan Yahudi.
Namun menjadi persoalan adakah betul jika pengharaman dibuat atas asas bahawa ianya hanya produk Yahudi?
Nabi Muhammad SAW diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu:
Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)
Ianya menjelaskan bagaimana Islam membenarkan umatnya membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.
Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.
Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.
Bila Facebook menjadi Haram
Hukum mengguna dan membuka akaun Facebook pada asasnya adalah 'Harus' atau dibenarkan selagi tidak melanggar batas syariat Islam.
Malah jika ia digunakan untuk kemaslahatan (kebaikan) Islam, maka ia menjadi sangat digalakkan.
Namun ianya boleh menjadi haram jika kemudahan jaringan sosial ini disalahguna bergantung kepada matlamat seseorang.
Facebook sepatutnya dijadikan sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, medan perbincangan, ruang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.
Malangnya ada diantara kita membuka akaun Facebook hanya untuk suka-suka, betul-betul untuk 'bersosial' tanpa ada sebarang tujuan bermanafaat.
Apatah lagi, Facebook kini juga dilengkapi aplikasi 'third party' seperti kuiz dan permainan online.
Keasyikannya kadang-kadang mampu menjadikan pengguna itu ketagih dan hanyut dalam dunia sendiri sehingga melupakan dunia luar.
Maka tidak hairanlah jika kajian Facebook sendiri menyebut rata-rata penggunanya menghabiskan lebih dari 55 minit sehari mengadap laman ini.
Islam melihat mereka yang menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, boleh menjadi haram sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.
Malah lebih teruk lagi jika penggunaannya membuahkan fitnah menyebabkan institusi keluarga, masyarakat dan negara menjadi porak peranda.
Dalam satu kes yang berlaku 24 Januari 2009, seorang pemuda, Edward Richardson yang berasal dari London, dihukum penjara 18 tahun kerana membunuh isterinya Sarah, setelah mengetahui isterinya itu menukar status 'maried' kepada 'single' pada profile Facebooknya.
Beberapa kes lain juga berlaku termasuk dalam negara ini sehingga terdapat kes seseorang individu itu disiasat oleh pihak berkuasa kerana komen-komennya dalam blog yang berbaur hasutan dan ancaman yang didakwa boleh mewujudkan ketegangan.
Maka persoalan haram dan halal berhubung perkara ini wajar dipulangkan kepada pengguna masing-masing.
Hanya anda tahu bagaimana anda menggunkan kemudahan jaringan sosial ini sama ada memberikan banyak manfaat atau mudarat.
gunakan FB untuk membesarkan nama Allah..untuk memperjuangkan Islam..lagi best dari saja nak suka2 kan..heee..maap..just pendapat..
Anonymous
said...
hahaha lawak ler korang semua huhu, dlu semua pakat2 boikot barang yahudi, skang dah jadi macam lalang ditiup angin, hangat2 taik babi, kah kah kah orang yahudi ketawa kat orang malaysia yang berpendrian macam lalang............>:P
sopan sungguh bahasa budak kt atas nie... BERSANGKA BURUK pada manusia lain.dapat dosa pree
Anonymous
said...
huhu sopan ker bahasa aku tu? hihi aku bukan bersangka buruk lah, tapi kan semua yang aku type adalah dari apa yang aku baca kat tenet tau, hari ini aku jumpa lagi bacaan tentang facebook, kepada sesiapa yang nak tau apa yang aku baca ikutilah url tu >>
6 comments:
saya sokong!
FB memang tempat untuk suka-suka. Tapi, kepada yang salah guna, memang lah terang-terang berdosa.
FB tak salah. Manusia tu yang salah.
Setuju dengan Adeqq.
FB tak salah. Manusia yang salah kalau salah guna..
Tapi mmg untuk suka-suka je pun..saja nak tahu update dr kawan-kawan..communicate ngn diorg etc..
Hopefully tu tak salah..wuu takut T_T
gunakan FB untuk membesarkan nama Allah..untuk memperjuangkan Islam..lagi best dari saja nak suka2 kan..heee..maap..just pendapat..
hahaha lawak ler korang semua huhu, dlu semua pakat2 boikot barang yahudi, skang dah jadi macam lalang ditiup angin, hangat2 taik babi, kah kah kah orang yahudi ketawa kat orang malaysia yang berpendrian macam lalang............>:P
sopan sungguh bahasa budak kt atas nie... BERSANGKA BURUK pada manusia lain.dapat dosa pree
huhu sopan ker bahasa aku tu? hihi aku bukan bersangka buruk lah, tapi kan semua yang aku type adalah dari apa yang aku baca kat tenet tau, hari ini aku jumpa lagi bacaan tentang facebook, kepada sesiapa yang nak tau apa yang aku baca ikutilah url tu >>
http://www.fauzisabri.com/2009/07/siapakah-pengasas-facebook.html
http://remajaok.com/v2/uncategorized/apa-kaitan-facebook-dan-israeljom-siasat/
Post a Comment