Sekiranya kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka campakkanlah ke dalam hatiku cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian yang Dikau berikan kepadaku..
1 comments:
like this....thumbs up
Post a Comment