Anda pengguna khidmat Yahoo! Messenger 8? Penulis akan memberitahu anda cara-cara untuk login 2 id YM yang berbeza sekaligus di dalam satu komputer sahaja. Sebenarnya masalah ini seringkali timbul dalam beberapa situasi. Sebagai contoh, ada seseorang ingin menggunakan komputer anda untuk tujuan chatting. Tetapi pada masa yang sama anda tidak mahu sign out YM anda. ihikhik
Jadi dalam situasi ini, anda perlu setting program anda supaya anda dan kawan anda dapat online (YM) sekaligus dalam satu komputer pada waktu yang sama dengan menggunakan id yang berbeza.
Anda tentu faham bahawa kebiasaannya anda hanya mampu sign in 1 id sahaja dalam satu komputer. Dengan penjelasan mudah yang penulis berikan ini, anda mampu sign in 2 ataupun lebih id sekaligus dalam satu komputer. Sekali lagi diingatkan, kemudahan ini hanya untuk pengguna Yahoo Messenger 8 (versi terbaru).
Ikuti langkah berikut :
1. Download dan install YM versi 8
2. Tekan butang Start >> Run >> taip "regedit" >> OK.
3. Buka HKEY_CURRENT_USER >> Software >> yahoo >> pager >> test .
4. Klik kanan pada folder test >> New >> DWORD value >> taip "Plural" sebagai nama file.
5. Tekan enter 2 kali pada file plural yang baru saja dibuat. Pada "Value data" isikan angka 1 (untuk 2 id) , 2 (untuk 3 id) dan seterusnya. Pastikan bahagian "Base" berada pada pilihan Hexadecimal (16). Klik ok untuk menamatkan setting anda. Selamat mencuba. menari
Note : Untuk cuba samada berjaya atau tidak usaha anda ini, just click pautan YM macam biasa. Cuma yang bezanya, click yang kedua ini tidak akan mengganggu YM anda satu lagi yang sedang beroperasi. Yang penting, anda mesti guna id yang berlainan masa login tu.
Itadakimasu...
2 years ago
0 comments:
Post a Comment