Mulai 1 Jun 2016, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah
memperkenalkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) bagi menggantikan Kad
Pendaftaran Kenderaan (RC). Di mana ia dilaksanakan secara berperingkat
mengikut fasa.
Menurut JPJ, pengenalan VOC masih lagi merupakan suatu perakuan
pendaftaran yang dikeluarkan di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan
1987 yang mengandungi butiran pemilik dan kenderaan. Walau bagaimana
pun, bagi memudahkan urusan dengan JPJ, VOC yang diperkenalkan ini tidak
lagi digunakan sebagai dokumen atau instrumen bagi urusan seperti
Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan), Tukar Hak Milik atau
Pindaan Maklumat.
Di mana VOC tidak mengandungi cetakan rekod urusniaga seperti mana
yang terdapat dalam RC. Justeru, semakan data hanya boleh dilakukan
secara terus menerusi pangkalan data JPJ atau MySikap.
Terdapat tiga fasa yang akan dilaksanakan, selain pengenalan VOC yang
membabitkan Fasa 1 iaitu ia dikeluarkan kepada pemilik pendaftaran
kenderaan dan pemilik baharu bagi proses tukar hak milik kenderaan.
Manakala Fasa 2 yang bakal diimplementasi mulai 1 September 2016
iaitu VOC akan dikeluarkan kepada pemilik yang membuat pembaharuan cukai
jalan dan pemilik yang membuat pindaan atau pembetulan maklumat
kenderaan.
Bagi Fasa 3 pula, ia bakal dilaksanakan mulai 1 Januari 2017, di mana
VOC akan dikeluarkan kepada pemilik yang hadir ke JPJ (secara sukarela)
bagi menggantikan Kad pendaftaran Kenderaan (RC).
Dengan pelaksanaan VOC ini, JPJ mensasarkan, menjelang 1 Januari 2020
semua pemilik kenderaan berdaftar telah melaksanakan penggantian RC
kepada VOC. Dalam masa yang sama, sistem penyampaian perkhidmatan
melalui transaksi atas talian juga bakal diperluaskan serta dilaksanakan
dengan lebih mudah dan pantas.
Itadakimasu...
2 years ago
0 comments:
Post a Comment