Saturday, October 05, 2013

Puasa 1 - 9 Zulhijjah


Puasa Tanggal 1-9 Dzulhijjah, Terutama Puasa di Hari Arafah bagi yang Tidak Melaksanakan Haji


Abu Qatadah ra, meriwayatkan bahwa Rasululah saw, bersabda
" Puasa Arafah menghapus dosa selama dua tahun, satu tahun yang sudah lewat dan satu tahun yang akan datang. Dan puasa Asyura (tanggal 10 Muharram) menghapus dosa satu tahun yang telah lewat" (H.R.Jamaah kecuali Bukhari dan Tirmidzi)
Hafshah berkata, "Ada empat perkara yang tidak pernah ditinggalkan Rasulullah saw,:
"Puasa Asyura, Puasa sembilan hari di bulan Dzulhijjah, puasa tiga hari setiap bulan, dan sholat dua rakaat sebelum subuh" (H.R. Ahmad dan Nasa'i)
Tirmidzi berkata, "Menurut para ulama, berpuasa Arafah bagi yang tidak berada di Arafah adalah sunah"
 
 Dari Ibnu Abbas ra bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada hari-hari di mana amal saleh itu lebih disukai oleh Allah SWT daripada hari-hari ini (yakni hari pertama hingga kesepuluh Dzulhijjah)”. Para sahabat bertanya, 'Ya Rasulullah, meskipun dibandingkan dengan berjihad fi sabilillah?' Beliau menjawab, “Ya, meskipun dibadingkan dengan berjihad fi sabilillah, kecuali seseorang yang pergi (berjihad) membawa nyawa dan hartanya, kemudian tidak satupun diantara keduanya itu yang kembali (mati syahid)” (HR. Jamaah, kecuali Imam Muslim dan Nasa'i)
 
 Oleh: Asy Syaikh Abdul Aziz bin Baaz
Pertanyaan:
Samahatus Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz Rahimahullah ditanya, “Apa pendapat anda tentang pandangan orang yang mengatakan berpuasa di sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah bid’ah?”
Jawaban:
Beliau menjawab, “Orang ini jahil, patut diajari. Karena Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wasallam telah memotivasi untuk beramal shalih padanya, dan puasa termasuk amal shalih. Berdasarkan hadits sabda Nabi,”Tidak ada hari-hari dimana amal shalih padanya lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari sepuluh ini”. Para shahabat bertanya, “Wahai Rasulullah tidak pula Jihad Fi Sabilillah?” Beliau menjawab, “Tidak pula jihad fi sabilillah, kecuali seseorang berjihad dengan jiwanya dan hartanya dan tidak kembali membawa apa-apa lagi”.Hadits riwayat Al Bukhari dalam shahihnya.
Walaupun Nabi tidak pernah berpuasa pada hari-hari ini, telah diriwayatkan dari beliau bahwa beliau berpuasa padanya, dan diriwayatkan pula dari beliau bahwa beliau tidak berpuasa padanya. Akan tetapi yang jadi pegangan adalah ucapan karena ucapan lebih kuat daripada perbuatan. Dan apabila terkumpul ucapan dan perbuatan maka ini lebi kuat untuk dikatakan sunnah. Maka ucapan adalah dalil tersendiri sebagaimana perbuatan dan taqrir (persetujuan) demikian.
Apabila Nabi mengatakan suatu ucapan atau melakukan suatu perbuatan atau mempersetujuinya maka seluruhnya adalah sunnah. Akan tetapi ucapan lebih kuat kemudian perbuatan dan setelahnya persetujuan. Dan dalam hal ini Nabi Sholallahu ‘Alaihi Wasallam berkata, “Tidak ada hari-hari dimana amal shalih padanya lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini”. Yakni sepuluh hari (pertama), maka apabila seseorang ingin berpuasa padanya atau bersedekah berarti ia di atas kebaikan yang besar. Demikian pula disyariatkan pada hari-hari tersebut bertakbir (membaca Allahu Akbar), bertahmid (membaca Alhamdulillah), dan bertahlil (membaca Laa ilaha ilallah) berdasarkan sabda Nabi, “Tidak ada hari-hari yang lebih mulia di sisi Allah dan dicintai oleh-Nya untuk beramal shalih padanya daripada hari-hari yang sepuluh ini, maka perbanyaklah oleh kalian padanya tahlil, takbir, dan tahmid”. Semoga Allah menganugrahkan taufiq-Nya kepada kita semua.”
Diterjemahkan oleh Al Ustadz Abdul Barr dari:
Majmu Fatawa Asy Syaikh Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz
Sumber: Majalah As Salaam No IV/Th II 2006M/1426H
Share

Wednesday, October 02, 2013

Mr Bean @ Rowan Atkinson peluk agama Islam?


 
sungguh mengejutkan berita ini... berita daripada sumber laman web anti-israel menyebut pelakon Mr Bean, Rowan Atkinson telah memeluk islam. Namun, tiada   pengumuman rasmi dari mana2 laman web.

BERITA ini mungkin akan mengejutkan dunia hiburan seluruh dunia.

Melalui sebuah portal berita yang dipetik dari Islampos.com dan laman web Sadalbadi.com melaporkan bahawa selebriti yang popular dengan watak lucu Mr Bean iaitu Rowan Atkinson, dipercayai telah memeluk agama Islam baru-baru ini.

Menurut laman web berkenaan, Rowan dipercayai terbuka hati untuk memeluk agama Islam selepas menonton filem Innocent of Muslim.

Melalui sebuah portal berita dari Indonesia pula, mereka memberitahu, “Mr Bean tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat."

Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi, adalah salah seorang pembimbing Mr Bean.

"Banyak yang memberi selamat kepadanya di sepanjang jalan” – dipetik dari Islampos.com.

Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan lagi kesahihan berita ini.

Khabarnya, media-media barat masih belum menyiarkan lagi apa-apa berita mengenai Rowan AtkinsonShare

Tuesday, October 01, 2013

Keracunan Makanan Di Kedah Berpunca Daripada BAKTERIA "SALMONELLA"





SUNGAI PETANI, 1 Okt: Kejadian kes keracunan yang menyebabkan tiga orang maut dan berpuluh lagi mengalami cirit birit dan muntah selepas menjamah hidangan pada majlis perkahwinan di Tanjung Dawai, Merbok, berpunca daripada ayam masak merah yang telah dijangkiti bakteria "Salmonella".



Perkara itu disahkan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat selepas melawat mangsa yang terlibat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, petang tadi.


 Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk.

Menurutnya, hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak.

“Ayam kemudian digoreng pada jam 9 pagi hingga 4 petang 27 September sebelum disimpan di suhu bilik,” katanya kepada media di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, semalam.

Ismail berkata, keadaan penyimpanan yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan bakteria merebak selain kaedah menyedia yang tidak cukup tempoh memasak juga boleh menjadi faktor penyakit berkenaan.

“Setelah disiasat mendapati, ayam goreng yang dicampurkan kuah sambal pada 28 September untuk dihidangkan kepada pengunjung majlis perkahwinan mengandungi mikroorganisme yang dipanggil salmonella,” katanya.

Ismail berkata, individu yang dikesan terkena jangkitan bakteria berkenaan akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan.

“Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini lebih kurang 270 mangsa menerima rawatan di beberapa hospital di negeri ini dan dua daripadanya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Menurutnya, di HSAH, seramai 127 pesakit mendapatkan rawatan di mana 38 dimasukkan ke wad manakala 89 sudah dibenarkan pulang.

Daripada jumlah itu, katanya, seorang pesakit berusia 58 tahun berada di ICU manakala seorang lagi di ICU berusia 56 tahun baru sahaja dilaporkan meninggal dunia jam 7.15 malam semalam.

Sementara itu, katanya, di Hospital Daerah Yan, seramai 138 kes dirawat di mana 62 ditahan wad manakala 68 sudah dibenarkan pulang.

Katanya, seramai 18 kes dirujuk di lain-lain hospital.

Ismail bagaimanapun meminta orang ramai yang mengunjungi majlis kenduri terbabit supaya membuat pemeriksaan segera bagi memastikan tahap kesihatan mereka. Share

Cara-cara mengenali Logo Halal Malaysia yang Original


Cara-cara mengenali Logo Halal Malaysia yang Original
(rujuk penerangan pada bahan foto di bawah).

Logo-logo Halal yang ditanda 'FAKE' itu sama ada dikeluarkan oleh syarikat swasta, buatan sendiri, tidak memenuhi spesifikasi & juga logo Halal sebelum, diselaraskan adalah palsu & tidak diiktiraf.

Untuk Logo-logo Halal bagi produk import dari badan-badan Islam Luar Negara yang diiktiraf JAKIM, sila semak di link ini:
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf

Sumber: http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/mengenai-pensijilan-halal/takrifan-halal

https://www.facebook.com/shbtHalal
Share

Ustaz Azizan yang ku kenali..


Penulis (depan, dua kanan) bersama rakan media bergambar bersama Ustaz Azizan selepas mesyuarat Exco terakhir sebelum PRU13 (3 April). Ketika itu Ustaz Azizan sempat berseloroh, “Mana tau, ni (gambar) yang terakhir dengan kamu semua”.
TANGGAL 24 Ogos 2013 pasti terpahat dalam memori saya kerana itulah kali pertama bertentang mata dengan Ustaz Azizan sejak beliau dimasukkan ke hospital akibat komplikasi diabetik.

Sebaik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang selepas menziarahi Ustaz Azizan di wad ICU (HSB), saya dibenarkan melawat, ditemani bekas Setiausaha Politik beliau, Muhammad Sanusi Md Nor dan beberapa ahli Pas yang turut berada di situ.

Sebaik melangkah ke bilik yang menempatkan Ustaz Azizan, hati tidak sekuat yang saya sangka.

Saya berdiri disisi Ustaz Azizan tanpa berkata-kata, hanya renungan yang mampu saya berikan.

Sedangkan dalam benak ini, banyak yang ingin saya katakan.

Ustaz Azizan ketika itu membuka mata apabila Muhammad Sanusi memanggil, “Ustaz, Linda Sinar mai tengok ustaz".

Ustaz Azizan merenung lama wajah saya. Saat itu, tidak tertahan air mata ini mengalir laju ke pipi.

Saya cuba berbual dan meluahkan beberapa patah perkataan, namun tak dapat diteruskan…

Muhammad Sanusi sekali lagi bertanya kepada Ustaz Azizan, “Ustaz ingat dak?”.

Ustaz Azizan membalas “Ingat”.

Arwah tetap merenung saya dengan kelopak matanya yang kuyu, seakan menggagahi diri untuk berbual.

Tiba-tiba Ustaz Azizan berkata, “Terima kasih” (kerana datang).

Sebaik sahaja kata-kata itu diucapkan, saya tidak mampu lagi bertentang mata dengan pemimpin berjiwa besar ini, yang cukup kuat melawan derita ketika itu.

Saya segera meminta diri dan berdiri seketika di luar pintu, cuba menenangkan diri.

Jururawat seolah-olah memahami perasaan saya dan memaklumkan kondisi Ustaz Azizan ketika itu.

Kali kedua saya menziarahi Ustaz Azizan ialah ketika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melawatnya semasa kunjungannya ke Kedah sempena Multaqa Ulama pada 15 September lalu.

Waktu itu, saya agak panik melihat pelawat dikehendaki memakai pakaian khas dan sarung tangan jika masuk ke bilik.

Disebabkan itu, saya hanya melihat dari luar pintu perbualan dua sahabat itu. Sekali lagi, air mata tidak dapat ditahan, lalu saya beredar dan menanti di ruang legar ICU.

Kali ketiga hajat saya tidak kesampaian.  Saya menelefon isteri Ustaz Azizan, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah (yang lebih mesra dengan panggilan Tok Puan), memaklumkan untuk hadir melawat.

Sebaik tiba di pintu masuk ICU, saya sekali lagi menelefon Tok Puan memaklumkan sudah tiba, namun jawapan dari Tok Puan amat mengejutkan: “Nak tengok apa Linda; dah tak ada”, sayu tutur katanya.


Sehari sebelum sakit

Saya masih ingat kali terakhir berjumpa Ustaz Azizan sebelum beliau jatuh sakit.

Ketika itu hari mengundi PRU13 (5 Mei 2013). Tepat jam 9 pagi saya sudah berada di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, di mana Ustaz Azizan mengundi.

Puas kami (media) menunggu hingga tengah hari, namun kelibat Ustaz Azizan tidak kelihatan. Saya menekan nombor telefon berkali-kali, tetapi semuanya masuk pesanan suara.

Terdetik di hati seolah-olah ada yang tidak kena, namun pegawai Ustaz Azizan hanya memaklumkan beliau lewat kerana singgah di beberapa lokasi untuk jumpa pengundi.

Saya akur walaupun tahu benar itu bukan stail Ustaz Azizan. Ketika itu, saya antara percaya dengan tidak dengan alasan yang diberi.

Tetapi, demi tugas, saya tetap menunggu hingga jam hampir 1 petang.

Pada masa sama, saya terus menekan nombor telefon hingga akhirnya Ustaz Azizan menjawab panggilan.

Saya bertanya: “Kenapa tak datang mengundi?”.

Ustaz Azizan lantas berkata: “Kurang sihat, demam; kaki pula sakit.”

Mendengar itu, saya menyarankan Ustaz Azizan berehat sahaja dan tidak perlu datang.

Namun Ustaz Azizan pula berkeras suruh kami (media) menunggu dan akan tiba dalam 20 minit.

Tidak sampai hati pula untuk hampakan harapan Ustaz Azizan.

Ketika beliau sampai, saya lihat Ustaz Azizan jalan berdingkit-dingkit, sambil dipimpin setia oleh pembantunya, Shahril Elham.

Wajahnya tetap ceria, walaupun ketika itu jelas sedang menahan kesakitan.

Itulah Ustaz Azizan. Beliau bagaikan lilin, sanggup membakar diri untuk menerangi orang lain.

Banyak situasi menunjukkan Ustaz Azizan banyak berkorban, sama ada dalam parti mahupun kerja.

Pada luarannya, nampak Ustaz Azizan seperti tegas dan perongos, tetapi hati beliau lembut dan banyak bertolak-ansur.

Walaupun mengenalinya hanya lima tahun (2008-2013), saya dapat memahami karakter beliau. Ia amat berbeza dengan pemimpin Pas lain, umpama satu dalam sejuta.


Kali pertama

Saya masih ingat waktu awal memulakan tugas di Kedah (2008) iaitu selepas peralihan kuasa. Saya sering kali disuruh ketua untuk dapatkan reaksi Ustaz Azizan bagi isu-isu semasa.

Ketaq perut setiap kali mahu menekan nombor telefon beliau sebab orangnya garang. Demi tugas saya beranikan diri, dapat dua tiga patah pun sudah cukup untuk 'goreng' berita.

Disebabkan terlalu kerap menelefon, suatu hari, pada sidang media di Wisma Darul Aman, Ustaz Azizan bertanya, “Mana satu Linda?”.

Saya ketika itu berada di barisan belakang, terus berkata: “Ya, saya”.

Rakan media di hadapan membuka ruang untuk saya ke depan.

Saya tersengih tak tahu nak kata apa. Azizan dengan wajah serius, bersuara: “Kamu ni, duk telefon saya. Saya marah, kamu telefon lagi. Saya marah lagi, kamu telefon juga. Saya dah tak tau nak marah macam mana lagi”.

Kata-kata itu tak pernah saya lupa kerana sejak itu jugalah hubungan saya dengan arwah semakin baik, dan arwah mula beri kerjasama.

Ada kala, ketika bertanya isu panas, sebelum Ustaz Azizan memberi ulasan, sudah tentu saya kena marah dulu.

Yang bestnya, selepas marah, Allahyarham akan memujuk dengan kata-kata jenaka, bagaikan seorang bapa bercakap dengan anaknya.

Ada juga rakan media yang dihamburi atau ditengking jika cuba dapatkan reaksi Allahyarham melalui telefon.

Dari hari ke hari, saya cuba membina hubungan lebih mesra antara media dan Ustaz Azizan.

Banyak pandangan saya berikan kepada Allahyarham supaya hubungan beliau dengan media menjadi lebih diplomasi dan relaks.

Sejak itu Ustaz Azizan dilihat semakin bersikap terbuka dengan media.

Beliau sebenarnya bukan tidak mesra media pada awalnya, tetapi sebenarnya beliau kecewa kerana banyak kenyataannya di putar belit.

Setiap kali berita Ustaz Azizan terpampang di dada akhbar yang tidak menyenangkan, setiap kali itu juga Allahyarham menghubungi saya untuk memberi kenyataan balas atau sekadar meluahkan perasaan.

Namun sebagai bekas Pengarah Urusan Harakah, Ustaz Azizan akur dan faham dengan pendirian setiap akhbar di negara ini.

Sebab itu, Allahyarham tidak melatah tetapi ambil sikap malas nak layan. Jika Ustaz Azizan berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja, pagi-pagi lagi beliau menghubungi saya untuk bertanya khabar Kedah, apa yang berlaku sepanjang ketiadaan Allahyarham.

Disebabkan itu juga, saya perlu sentiasa alert dengan apa yang berlaku kerana saya tahu Alllahyarham akan hubungi saya bila-bila masa sahaja.

Mungkin Ustaz Azizan mahukan perspektif berbeza satu-satu isu, di mana sebagai orang media, saya telus menceritakan dari semua sudut.


Kaya dengan perumpamaan unik


Paling saya suka sikap Ustaz Azizan yang gemar berjenaka, berseloroh tak kira masa.

Sidang media Allahyarham dinanti-nanti saya dan rakan-rakan media lain. Bukan apa, nak tahu apa pula perumpamaan dicipta pada hari itu.

Sampai ke hari ini, masih terngiang-ngiang riaknya yang bersahaja.

Pernah bila ditanya isu tanah, Allahyarham menjawab: “Nak potong tanah bukan macam potong tepung talam. Ukur-ukur potong. Nak kena sukat, ambil masa”.

Jika bertanya pula isu calon PRU13, jawabnya: “Macam nak tangkap ikan la. Ada masa kita guna jala, pukat, bubu, pancing. Banyak cara.”

Paling tidak dapat saya lupa, perumpamaan ‘Ibarat beruk atas pokok cermai’, yang mengundang ketawa semua yang hadir.

Ustaz Azizan, secara berseloroh, menggambarkan situasi itu kepada Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang, yang sering mendesaknya menjelaskan isu-isu semasa.

Balas Ustaz Azizan spontan: “Kamu tahu pepatah Melayu ada kata ‘jangan usik beruk atas pokok cermai’. Beruk atas pokok cermai, dia tengok kita dia usik kita, kita pun tengok. Jika kita sama layan dia, dia lagi syok goncang pokok sampai habis jatuh buah dan daun cermai. Jadi tak payah layan. Jika kita layan sampai bila pun tak habis.”

Itulah antara kenangan yang begitu sentimental buat saya. Pemergiannya ditangisi, kehilangannya dirindui.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Amin…


Nukilan,
Roslinda Hashim
 (Wartawan Kanan, Sinar Harian Utara)

(Wartawan Kanan, Sinar Harian Utara)Share

Tuesday, September 24, 2013

Video Bini Mat Yo Kurang Ajar Dengan Pak Guard.


 Video dan berita panas  sekarang di halaman sosial ialah isteri Mat Yo atau Norshahrul Idlan Talaha kurang ajar dengan pak guard tersebar. Memang sangat kecoh apabila isteri kepada Mat Yo
yang dikenali sebagai Shahrul Aisya telah melemparkan kata kesat terhadap seorang pak guard gara-gara isu parkir kereta. Pada mulanya, video itu dirakam dan dimuat naik dilaman sosial oleh isteri Mat Yo untuk mempamerkan sikap layanan buruk pak guard yang memarahinya. Tanpa disedari, perbuatan isteri Mat Yo itu adalah lebih teruk dan sangat kurang beretika terhadap seorang yang lebih berumur atau berusia darinya.

Di bawah ini pula ialah saksi yang berada di tempat kejadian.Anda boleh menilai sendiri.. Page di facebook juga dibina untuk menunjukkan perasaan benci dan marah terhadap isteri mat Yo.. Masyarakat kita semakin prihatin dengan isu sebegini.tahniah..Peminat juga marah terhadap Mat Yo yang dilihat dayus kerana hanya melihat sahaja perlakuan biadap isterinya terhadap Pak Guard yang juga merupakan orang tua..
Share

Monday, September 16, 2013

Leina Hangat Berhijrah, Tidak Hangat Lagi


PETALING JAYA: Penyanyi Leina Hangat mengakui tidak mahu melihat gambar-gambar lamanya yang berpakaian seksi selepas tekad untuk berhijab dan berubah menjadi lebih baik.
Leina atau nama sebenarnya, Norazlina Abdul Rahman, 40, berkata, dia enggan menoleh ke belakang dan mahu memulakan kehidupan baru yang lebih diredai.



Gambar terbaharu Leina Hangat diambil daripada laman Facebook miliknya.

"Saya tidak pernah tengok gambar lama, jika orang masih bercakap fasal gambar-gambar seksi saya biarlah, itu zaman jahiliah dan saya jadikan ianya sebagai renungan untuk menjadi lebih baik.
"Semua yang terjadi dalam hidup kita ada hikmahnya, saya tidak kisah orang anggap saya tidak sempurna, asalkan saya cuba jadi yang terbaik demi Allah taala," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.
Kata Leina, dia mula berubah pada Ogos lalu selepas menghadiri kursus keagamaan yang membuatkan hatinya terdetik untuk bertudung dan menjalankan tanggungjawab kepada agama.
Jelasnya, perubahan tersebut juga membuatkan dirinya lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga di rumah.
"Saya rasa saya sudah terlambat dan sepatutnya dari dulu lagi saya berubah tapi saya bersyukur ada masa lagi untuk saya bertaubat.
"Saya akui bukan senang untuk berubah secara drastik tapi perkara pertama yang saya jaga ialah untuk tidak tinggal sembahyang dan sebab itu juga saya lama tidak jumpa kawan-kawan," katanya.
Perubahan tersebut juga membuatkan dirinya menjadi lebih tenang dan menghargai nikmat yang Allah berikan kepadanya.
Sementara itu, bercakap soal nama, Leina berkata dia masih mahu dikenali dengan nama tersebut.
"Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang dan lebih menghargai kehidupan saya sekarang.
"Tentang nama itu, biarlah orang panggil nama apa pun kerana bagi saya nama itu bukan satu masalah," katanya.
Tambahnya, dia masih lagi meneruskan kerjaya sebagai penyanyi, namun kini lebih menjaga batas sebagai seorang yang berhijab.
MSTAR
****************************************************

 Berubah dan berhijrah adalah sesuatu yang  tidak asing lagi sesiapa saja yang sentiasa inginkan perubahan dalam hidupnya. Selaras dengan tuntutan dan perkembangan semasa, kita semua sentiasa tergerak untuk berubah mengikut arus semasa tidak kira ke arah yang positif atau pun negatif.

 Barang siapa hari ini lebih baik dari hari kemarin, dialah golongan mereka yang beruntung, barang siapa yang hari ini sama dengan hari kemarin dialah golongan mereka yang rugi dan barang siapa yang hari ini lebih buruk dari hari kemarin maka dialah golongan mereka yang celaka".

"Dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, kemudian mereka terbunuh atau mati, sudah tentu Allah akan mengurniakan kepada mereka limpah kurnia yang baik. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi limpah kurnia." : SUrah Al-Haj: 58Share

Saturday, September 14, 2013

Jawapan dari McDonald's Malaysia :McDonald’s nafi guna bahan ada unsur babi


ISU MCD:


Kuala Lumpur: McDonald’s Malaysia menafikan rangkaian restoran itu di negara ini menggunakan bahan berasaskan babi dalam produknya dan menyifatkan ia khabar angin yang sengaja direka pihak tidak bertanggungjawab.

Jurucakap syarikat berkenaan, berkata semua produk yang dijual di rangkaian restoran makanan segera itu dijamin halal sepenuhnya dan mendapat pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), malah makanan jualannya bersama sos yang diimport, memenuhi standard dan kualiti keselamatan makanan yang tinggi
Ikut panduan

“Pelanggan kami boleh menikmati hidangan tanpa ragu-ragu kerana ia diperoleh dan disediakan mengikut garis panduan kerajaan serta pihak berkuasa berkaitan,” katanya kepada BH, semalam.

Isu sijil halal McDonald’s kembali menjadi sebutan berikutan e-mel didakwa dikeluarkan Muslim Judicial Council (MJC) dan IQSA menerusi laman sosialnya.
Ia mendakwa MJC dan IQSA menarik balik pengesahan halal daripada McDonald’s selepas menerima maklumat kewujudan bahan berasaskan babi, dikenali LM10 dalam sos mayonis yang digunakan.

Ia juga mendakwa kononnya, pengurusan McDonald’s di Afrika Selatan mengesahkan semua ramuan membuat sos McDonald’s diimport dari Amerika Syarikat, sekali gus menasihatkan pengguna Islam menghentikan pengambilan makanan dari restoran itu.

Jurucakap itu berkata, orang ramai boleh menyemak status halal produk McDonald’s di negara ini dengan melayari www.halal.gov.my.

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/McDonald__8217_snafigunabahanadaunsurbabi/Article/
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/09/13/Our-food-is-halal-says-McDonalds.aspx

Juga penjelasan Rasmi dari McDonald's Malaysia di laman web
http://www.mcdonalds.com.my/

Gunakan Direktori Halal untuk menyemak status Halal Premis/Produk & Badan Islam Luar Negara yang diiktiraf.
www.halal.gov.my

*Berhati-hati dengan sesuatu Info yang diterima.

Share

Friday, September 13, 2013

Mahkamah sahkan Wan Muhammad Azri Papa Gomo





Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan blogger pro-Umno, Papa Gomo perlu membayar RM500,000 kepada seorang ahli perniagaan bagi bayaran ganti rugi terhadap satu tuntutan saman fitnah.

Perintah itu dibuat selepas mahkamah mengenal pasti Papa Gomo sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris (gambar).

Ahli perniagaan, Abdul Razak Mohd Noor memfailkan saman RM10 juta terhadap Papagomo, mendakwa blogger itu secara tersirat menyatakan beliau penipu yang memperolehi jutaan ringgit dalam Sukan Komanwel.



Dalam keputusannya hari ini, Suruhanjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera memerintahkan Papa Gomo membayar RM200,000 bagi ganti rugi am dan RM300,000 ganti rugi teladan.

Beliau juga membenarkan injunksi untuk menghentikan Papagomo daripada terus memfitnah Abdul Razak.

Vazeer juga memerintahkan Papa Gomo membayar kos RM50,000 kepada ahli perniagaan itu.

Dalam keputusannya, Vazeer berkata, Papa Gomo tidak insaf dengan tindakannya dan ia kelihatan dalam kelakuannya ketika memberi keterangan dalam perbicaraan tuntuntan saman fitnah itu.

Beliau berkata, keputusan itu akan memberi pengajaran kepada blogger yang memuat naik artikel berbentuk fitnah dalam ketanpanamaan (anonymity). – 13 September, 2013.
Share

Tuesday, September 10, 2013

Status Halal Secret Recipe


Isu Secret Recipe sedang dihangatkan semula di media baru dan whatapps. Isu tersebut adalah isu lama yang dikeluarkan kembali. Pihak syarikat telah mengambil langkah pembetulan dan proses sertu telah dilakukan. Punca wujudnya dna babi adalah dari sumber bahan mentah oleh pembekal. Halal adalah melibatkan satu rantaian pembekalan yang besar. Jika satu sumber tercemar, ianya memberi kesan kepada semua yang berada pada rantaian yang terlibat.




Artikel berkenaan bertarikh pd 2011. Secret Recepie mempunyai sijil halal yang sah Sehingga 2013. Puratos juga mempunyai sijil halal yang sehingga 2014.

Boleh semak maklumat lanjut di http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia
 


Seandainya kita menerima berita sebegini, semak kesahihan status halal melalui direktori halal Malaysia di www.halal.gov.my atau gunakan aplikasi mobile myJakim atau HDC Halal Apps.


Share

Sunday, September 08, 2013

Kisah Pilu Pejuang Islam Di Medan Perang Yarmuk




Di zaman permulaan bangkitnya Agama Islam, banyak peperangan telah berlaku antara pihak tentera Islam dengan pihak musyrikin. Banyak suku-suku Arab yang musyrik telah bangkit menentang Kerajaan Islam yang berpusat di kota Madinah. Salah satu peperangan besar yang dihadapi oleh umat Islam ketika itu ialah Perang Yarmuk.

Dalam masa peperangan ini suatu peristiwa yang sungguh mengharukan telah terjadi yang kiranya elok dijadikan satu teladan yang indah buat umat dikemudian hari. Satu contoh teladan yang tidak ada tolok bandingnya bagi menunjukkan keluhuran budi pejuang-pejuang Islam di medan pertempuran.
 
 


Salah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Jahim Bin Huzaifah yang menyertai Perang Yarmuk itu meriwayatkan satu peristiwa tentang pengorbanan pejuang-pejuang Islam yang berhati mulia.
Abu Jahim bercerita.

“Semasa Perang Yarmuk itu saya sedang mencari saudara sepupu saya yang berada di barisan hadapan sekali. Saya bawa bersama-sama sedikit air agar dapat memberi faedah buat dirinya. Tatkala saya menjumpainya dia sedang terbaring berlumuran darah.

Dia mengerang kesakitan dan harapan untuknya hidup sangat tipis sekali. Melihat keadaannya itu saya lantas berkejar kepadanya untuk memberikan air. Tetapi ketika hampir saya memberikannya air itu saya terdengar seorang lagi pejuang Islam sedang berteriak: “Berikanlah saya air! air!” Mendengar suaranya itu saudara sepupu saya lantas memberi isyarat agar saya pergi melayani orang itu lebih dahulu dan memberikannya air itu.

Maka saya pun tanpa lengah lagi terus pergi mendapatkan orang itu. Pejuang itu amat saya kenali, tidak lain adalah Hasyim Bin Abilas.

Tetapi sebelum sempat saya memberikan air kepada Hasyim saya terdengar suara orang mengerang di sebelahnya pula, juga meminta air. Hasyim pula kali ini mengisyaratkan saya supaya memberikan air itu lebih dahulu kepada orang yang mengerang dekatnya.

Bagaimanapun sebelum sempat saya kepada pejuang yang ketiga itu ia pun telah mati syahid. Lalu saya pun bergegas semula kepada Hasyim tetapi sedihnya ia juga telah mati syahid. Tanpa lengah lagi saya terus pergi mendapatkan saudara sepupu saya itu. Sungguh tidak tahan rasa di hati saya kerana saya dapati dia juga telah mati syahid.

Demikianlah satu contoh keluhuran budi yang tidak ada bandingnya yang diperlihatkan oleh pejuang-pejuang Islam yang beriman. 
islam itusuci
Share

Saturday, September 07, 2013

Disebalik skandal Adi Putra




SIAPA pun tidak menyangka kisah seorang pelakon lelaki kacak didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang. Menerusi laporan media, pelakon berusia 32 tahun itu dikhabarkan sedang
dalam siasatan polis apabila seorang ahli perniagaan dari Johor mendakwa pelakon itu mempunyai skandal dengan isterinya.

Adi Putra turut didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan isteri ahli perniagaan terbabit. Skandal ini dipercayai dikesan oleh suami wanita terbabit di Johor sekitar awal Ogos lalu.

Adi Putra juga membuat laporan polis kerana menerima ugutan dari ahli perniagaan tersebut. Melalui salinan laporan polis itu, Adi Putra mengadu bahawa lelaki tersebut telah menghina dan menjatuhkan
maruahnya serta menyuruh dia menceraikan isterinya.

Lelaki berkenaan turut mengatakan bahawa dia akan memastikan kerjaya Adi Putra hancur. Pelakon KL Gangster ini dalam kenyataannya mengaku ketika dihubungi lelaki tersebut pada 7 Ogos lalu, dia telah memasang loudspeaker sambil perbualan mereka didengari isterinya, Aida.

Sinar Harian cuba mendapatkan pelakon kelahiran Singapura itu namun beliau mengelak untuk ditemui media. Bagaimanapun Sinar Harian berjaya mendapatkan penjelasan daripada ahli perniagaan tersebut yang dikenali sebagai Amiruddin Osman.

Kami juga berjaya mendapatkan isteri Adi Putra, Aida Yusof. Ikuti temubual eksklusif ini.

'Saya mahu dia keluar Malaysia!'

Boleh anda jelaskan situasi yang berlaku?
AMIRUDDIN: Sebenarnya, isteri saya merupakan peminat fanatik pelakon itu. Malah, isteri saya turut memaklumkan kepada saya bahawa mereka turut berhubung melalui aplikasi sosial, WhatsApp dan Instagram.

Pada 1 Ramadan ketika sedang bersahur ketika pelakon itu berada di Kota Suci, saya terbaca kandungan perbualan di WhatsApp yang berbaur lucah yang disertakan gambar. Saya sangat terkejut melihat tindakan keterlaluan mereka dan terus bertanya kepada isteri mengenai perkara itu. Isteri saya memberitahu bahawa pelakon itu yang memulakan terlebih dahulu dan mereka saling berkongsi gambar.


Adakah anda pasti, gambar itu dihantar pelakon terbabit?
AMIRUDDIN: Sudah pasti, kerana perkara ini turut diakui oleh isteri saya. Malah, gambar yang dihantar pelakon itu kepada isteri saya adalah di lokasi penginapannya di Kota Suci ketika mengerjakan umrah.

Lokasi gambar itu turut disahkan rakannya yang turut berada di sana. Walaupun mereka tidak pernah berjumpa, namun selepas kes itu, hubungan saya dan isteri mula renggang dan sering bergaduh.

Kenapa baru sekarang anda mahu ambil tindakan?
AMIRUDDIN: Saya cuba mendapatkan kerjasama daripada pelakon itu untuk berbincang mengenai perkara ini, namun dia tidak mahu. Saya tidak pasti, adakah dia ego ataupun malu untuk berjumpa. Apabila niat saya untuk berbincang secara baik tidak dihiraukan, saya tampil membuat laporan polis kerana tertekan dengan perkara ini.

Anda seperti menyalahkan pelakon itu sahaja....
AMIRUDDIN: Tidak, dua-dua salah. Saya tak kata dia saja yang salah, orang rumah saya pun salah juga. Namun, dalam hal ini, dia perlu bertanggungjawab dan sebagai selebriti, dia tidak sepatutnya berbuat demikian apatah lagi kepada isteri orang.

Tetapi, melihat kepada kandungan perbualan mereka, pelakon itu yang memulakannya dahulu. Sebagai peminat fanatik, isteri saya terus termakan pujukan dan kata-katanya sehingga bertindak 'melayan' permintaan pelakon itu.

Saya sendiri tidak sangka dia sanggup berkelakuan seperti itu apatah lagi ketika itu dia sedang mengerjakan umrah. Sebelum perkara ini diketahui umum, saya sudah memberi peringatan kepadanya menerusi gambar yang dimuat naik isterinya di Instagram ketika dia dimasukkan ke wad. Namun, ketika itu saya dihambur kata-kata kesat oleh peminat fanatiknya di laman sosial.

Menerusi laporan polis yang dibuat, pelakon itu mendakwa anda mengugut untuk menghancurkan karier dan memastikannya keluar dari Malaysia. Benarkah?
AMIRUDDIN:  Memang saya mahu dia keluar dari Malaysia kerana dia tidak menghormati undang-undang negara kita.

Sebagai rakyat Singapura, dia perlu peka mengenai perkara ini dan tidak membuat masalah yang boleh mencabar undang-undang. Saya minta agar masyarakat dan peminat yang terlalu obses dengannya 'celik mata'.

Setelah dua bulan perkara ini berlaku, bagaimana pula hubungan anda dengan isteri?
AMIRUDDIN: Kami masih tidak seperti dulu. Namun, hubungan ini diharapkan dapat dipulihkan walaupun mengambil sedikit masa. Saya tahu, setiap orang pasti melakukan kesilapan. Lagipun, dia sudah menginsafi kesalahan itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.


Saya ada semua bukti: Aida

Isteri mana yang tidak melatah sekiranya suami dikaitkan mempunyai skandal dengan wanita lain, apatah lagi wanita yang dimaksudkan adalah isteri orang. Namun, sikap profesional yang ada pada isteri Adi Putra, Aida Yusof, wajar diberi pujian.

Bukan sahaja menasihati suaminya untuk tidak membuat sebarang kenyataan, malah Aida juga tenang menghadapi dugaan yang mampu menduga kesabarannya itu.

"Tak apa, biar dia (pengadu) tampil memberikan segala bukti yang ada. Memang media ada menghubungi saya dan Adi, namun saya nasihatkan Adi untuk tidak memberikan sebarang penjelasan yang boleh mengganggu siasatan polis.

"Beri kami sedikit masa dan kami juga akan tampil dengan bukti yang kami ada. Saya tidak berniat untuk menyebelahi Adi kerana yang salah tetap salah. Namun, sebagai suami dia tidak sepatutnya mendedahkan aib isteri," katanya.

Menurut Aida, dia tetap berpegang kepada pendiriannya untuk berfikir secara rasional tanpa terburu-buru.

"Kenapa saya tidak melenting? Kerana saya tahu perkara sebenar yang berlaku. Saya ada kesemua bukti. Jadi, kenapa pula dia terlalu menyalahkan Adi dalam hal ini sedangkan isterinya sendiri tidak tahu menjaga adab seorang isteri.

"Sebenarnya, ini bukanlah isu besar pun sehingga membabitkan media. Dia tak ubah seperti menegakkan benang yang basah. Saya takut, selepas saya kemukakan semua bukti, dia yang akan malu kerana dia fikir saya tak tahu apa yang terjadi," kata Aida yang mengakui akan mengadakan sidang media secepat mungkin untuk membersihkan nama suaminya.

Tambah Aida lagi, walaupun isu ini lebih kepada serangan peribadi, namun dia berharap agar peminat dan masyarakat tidak terus menghukum sebelum menilai.

"Saya tak rasa, perkara ini boleh menjejaskan karier Adi kerana peminat lebih mengenalinya. Peminat dan masyarakat tidak perlu membuat sebarang spekulasi kerana kami belum mengeluarkan kenyataan lagi.

"Kalau Adi salah, sebagai isteri, saya yang sepatutnya melenting. Namun, saya tidak nampak kesalahan itu pada Adi kerana sebagai lelaki, dia ada tiga kuota untuk diisi sekiranya saya izinkan.

"Saya percaya, usaha lelaki itu untuk 'menghalau' Adi dari Malaysia tidak akan berhasil malah pendedahan kami akan membuktikan siapa isterinya dan apa yang pasti, ini bukanlah kali pertama isterinya bertindak seberani itu," katanya.

SINAR ONLINE

Adi Putra didakwa hantar gambar lucah

KUALA LUMPUR: Pelakon Adi Putra kini disiasat polis berhubung aduan seorang ahli perniagaan Johor yang mendakwa Adi berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan isterinya, yang juga peminat pelakon berkenaan.
Pelakon kelahiran Singapura berusia 32 tahun itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun, biarpun baru seminggu berkenalan.
Difahamkan, hubungan antara pelakon terbabit yang sudah beristeri, dikesan suami wanita berkenaan yang terbaca mesej mereka ketika berada di sebuah restoran makanan segera di Jalan Skudai-Pontian, awal Ogos lalu.
Menurut sumber, ahli perniagaan berusia 56 tahun itu mendapati isterinya saling menghantar gambar lucah kepada pelakon berkenaan.
Berikutan itu, pengadu mengalami tekanan perasaan dan perkara itu kerap menimbulkan pergaduhan antara mereka.
"Pelakon terbabit dikatakan berkenalan dengan wanita itu melalui laman sosial Instagram sebelum hubungan itu menjadi erat sehingga kerap berbalas mesej melalui aplikasi Whatsapp sejak 29 Julai lalu.
"Perbuatan wanita itu dikesan suaminya 10 hari kemudian selepas ternampak gambar pelakon lelaki berkenaan dalam telefon bimbit isterinya ketika sedang bersahur," katanya.
Sumber itu menambah selepas meneliti isi kandungan telefon bimbit isterinya, lelaki terbabit terkejut apabila menemui mesej dan gambar lucah antara pelakon berkenaan dengan isterinya.
"Lelaki berkenaan kemudian membuat laporan di Balai Polis Skudai, Johor Bahru kerana mengalami tekanan disebabkan kandungan dalam telefon isterinya," kata sumber itu lagi seperti yang ditukil Berita Harian Malaysia (BHM).
Sumber berkata pelakon dan wanita terbabit mengaku berbalas mesej, selain bertukar-tukar gambar lucah sejak 29 Julai hingga 5 Ogos lalu, dengan alasan hanya 'suka-suka' dan mereka tidak pernah berjumpa sebelum ini.
Difahamkan, polis merampas telefon bimbit milik kedua-duanya untuk dihantar ke makmal bagi dianalisis untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Penolong Pesuruhjaya Ruslan Hassan, mengesahkan menerima laporan suami wanita terbabit tetapi enggan mendedahkan nama aktor berkenaan.
Menurutnya, aktor itu telah dipanggil memberi keterangan sekitar 8 malam Ahad lalu atas dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita.
"Pelakon itu memberikan kerjasama yang baik dan sudah memberi keterangan selepas diminta berbuat demikian susulan laporan polis yang diterima," katanya.
Jika sabit kesalahan, aktor itu boleh dipenjarakan sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, usaha untuk mendapatkan penjelasan Adi gagal apabila aktor terbabit tidak dapat dihubungi.
Share

Friday, September 06, 2013

Bekas ahli kumpulan RUFFEDGE Rogol Anak Tiri dipenjara 20 tahun


KAJANG – Seorang bekas ahli kumpulan nyanyian popular pertengahan 2000 dihukum penjara 20 tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas disabitkan bersalah merogol anak tiri berusia 14 tahun di rumah mereka, di Gombak Februari tahun lalu.
Hakim Nor Hazani Hamzah mengarahkan hukuman terhadap tertuduh yang berusia 38 tahun itu berjalan mulai hari ini.
Bagaimanapun mahkamah membenarkan tertuduh untuk menangguhkan hukuman penjara sehingga rayuan selesai di Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya di sini, pada pukul 9 pagi, 9 Februari 2012.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (d) yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan.-kosmoShare

Wednesday, September 04, 2013

Kisah Sedih 20 Sen


Just nak kongsi ttg kisah sedih 20 sen....
Masuk2 opis, termenung skjap..muhasabah diri sbentar. Sayu mengenangkan kejadian sebentar tadi..Bersyukur atas nikmatMu. Alhamdulillah..Kalau kita terasa susah, ada lagi yang lagi susah. Dan mereka tak pernah
merungut, kerana mereka tahu, rungutan mereka tidak akan kemana..Allahhurabbi..
 


Tiap pg,sblum sampai opis, akn sy berhenti beli nasi lemak di simpang tak jauh dari rumah sewa. Pelanggan tetap pcik tu kononnye (^_^) dan sy pasti akan muncul di sekitar jam 6:30pg. Dan setiap kali berhenti membeli, setiap kali itulah juga anak kecik bernama Ashraf berusia 9 tahun akn membeli nasi lemak di gerai yg sama dgn lengkap berpakaian sekolah. Setiap kali kami membeli diwaktu yg sama, akn sy byrkan nasi lemak yg adik ini mahukan. Pd sy,apalah sgt harga Rm1.50 untuk dikongsi bersama adik comel ni.. Dan dlm kesayuan suaranye, dia tak putus2 ucapkan terima kasih.Mungkin inilah peluang yang Allah berikan utk sy bersedekah. Pernah sy bertanya pdnya, berskolah dimana, awalnye keluar berjalan kaki ke sekolah dimana tinggal dan sbagainye. Katanye, dia bersekolah agak jauh, 25-30 minit berjalan kaki, sbb tu kena keluar awal. (terkenang anak2 sedara dirumah yg sebaya dgn Ashraf, semuanye serba tersedia, walaupun tidaklah semewah mana,tp lbh beruntung dari adik ini..Kesian adik ini..)
Setelah hmpir 3 minggu berulang alik dari umah Ayah Bonda di Kajang (masih dlm mood raya kononnye), maka 3 minggu jugalah sy tak membeli nasi lemak pcik dan tak berjumpa dgn Asyraf. Hinggalah pagi ni, sy memulakankan kembali rutin membeli nsi lemak pcik. Tapi, sy pelik kenapa Asyraf terus berjalan tanpa berhenti di kedai pakcik mcm selalu..sy belikan sebungkus dan sy berhentikan kereta sy disebelah Ashraf.

Jiha: Ashraf~~!! akak tggu ashraf td. knape x beli nasi lemak? dah boring nsi lemak pcik? (cuba bergurau). Nah akak belikan satu.
Ashraf: eh, kak jiha..lama x nmpak.trima ksh byk2 kak. Ashraf igt k.jiha dah pindah. bukan dh boring.Tapi..(muka sayu)
Jiha:ehh..nape mcm sedih je tiba2 ni..jom akak hntr p skolah nk?? (setelah 2-3 kali sy bertnya, barulah adik ini bersuara)
Ashraf: Ashraf tak ada duit nk beli. Sbelum ni mak bagi RM1.50 sehari utk sekolah pagi dan petang,blhla Ashraf beli.Tp, minggu lps mak terpaksa potong duit belanja sebab ayah sakit. Mlm td mak potong lagi sebab mak kata minyak naik, mak perlukan duit lebih untuk tambang ke tempat kerja. Ashraf ada RM0.80 je kak jiha.Takpe la, Ashraf beli karipap je disekolah nnt. Ashraf tak boleh tumpang kak jiha..mak pesan jgn tumpang org.Jangan susahkan org. Nnt mak marah. (sayu dn jujur ank kck ni bercerita. ku tahan air mata dr meleleh mendgr ceritanye )

Puasku pujuk utk hntr ksekolah, akhirnye dia beralah..Ye, mmg jauh sekolahnye. PJS7 ke Kampung Lindungan..Gigihnye die berjalan kaki kerana ilmu. Tanpa menghiraukan bahaya diculik dan bahaya dilanggar kereta sewaktu melintas jalan besar. Gigih juga anak ni bersekolah dari seawal 6:30 pagi hingga 6 petang setiap hari hanya dengan berbekalkan sebungkus nasi lemak..Ya Allah.. (T_T) Dan isu minyak, bkn kita shj yang terkena kesan dari kenaikan harga yg HANYA 20sen tu, tp juga ank2 kecik yg tak tahu apa2 ni..kerana mereka bkn dari keluarga yg senang (org senang merasakan 20 sen tu hanyalah dicelah gigi shj). Tapi bagi org2 yang tak berkemampuan, kerana 20sen, mereka tak mampu lagi utk membeli brg2 asas dan mknan seperti biasa. Dari nasi lemak terpaksa bertukar kepada sekeping karipap satu hari...T_T

 ORANG MISKIN ADALAH TANGGUNGJAWAB KEATAS ORANG YANG KAYAShare

Monday, September 02, 2013

Najib Nafi Minyak Akan Naik Selepas PRU?


Kerajaan Tiada Hasrat Naik Harga RON95 - Ismail Sabri
BERA: Kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga atau memberhentikan pemberian subsidi minyak petrol RON95 walaupun harga minyak mentah semakin meningkat di pasaran dunia.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika langkah itu diambil, sekali gus akan menyebabkan harga barangan keperluan seperti gula, tepung, minyak masak dan lain-lain akan naik secara mendadak.
"Minyak petrol merupakan keperluan utama dan jika kerajaan menaikkan harga sudah tentu peniaga akan menaikkan harga barangan tersebut dan ini akan membebankan rakyat.
Justeru itu, kerajaan mengambil keputusan untuk tidak menaikkan harga minyak walaupun harganya semakin meningkat di pasaran dunia, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perjumpaan dengan petugas Jalinan Rakyat (JR) UMNO Bahagian Bera di sini, Ahad.
Mengulas lanjut, beliau berkata, jika dibandingkan harga minyak petrol RO N95 di negara ini dengan negara jiran serantau, ia jauh lebih murah iaitu RM 1.90 seliter, selepas kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.09 sen seliter.
Katanya, di Thailand minyak petrol dijual RM4.71 sen (seliter), Filipina RM5.85 sen, Singapura RM5.48 dan Indonesia RM3.08 sen.
Ismail Sabri bagaimanapun tidak dapat meramalkan bila harga minyak petrol akan turun kerana ia bergantung dengan ekonomi global.
Dalam pada itu, beliau memberi amaran tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010, terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan secara melampau.
"Tahun lepas lebih 100 peniaga restoran telah dikenakan tindakan di bawah akta tersebut apabila didapati mengaut keuntungan dengan mengenakan harga tidak munasabah apabila mengenakan bayaran antara 50 sen hingga RM1 untuk segelas air kosong.
"Susulan itu tiada lagi peniaga yang mengenakan harga yang tidak munasabah kepada pelanggan dan harga air kosong segelas hanya dikenakan kurang daripada RM0.50," katanya. BERNAMA
 Isnin April 16, 2012

MSTAR


Kenaikan Tarif Elektrik 2013
5 tahun lepas, rakyat Malaysia pernah melahirkan kerisauan menjelang Pilihanraya Umum ke 12 (2008), adakah ada kemungkinan kerajaan Malaysia bakal menaikkan harga minyak selepas pilihanraya. Oleh itu rakyat Malaysia telah bertanya sendiri kepada pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab untuk menjawab persoalan yang bermain di fikiran kalangan rakyat Malaysia.
Akhirnya, rakyat Malaysia ketika itu mendapat satu jawapan yang menyenangkan hati mereka seketika, iaitu….
Ini antara penjelasan & jawapan balas Datuk Seri Najib Razak yang pada ketika itu memgang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu 2 minggu sebelum berlangsung Pilihanraya Umum ke 12 (2008) pada 8 Mac 2008 adalah seperti di bawah ini…
“Harga minyak tidak naik & nafikan harga petrol akan naik selepas pilihanraya”
Kenaikan Harga Minyak
Datuk Najib terus menafikan harga minyak petrol akan naik selepas Pilihanraya Umum ke 12 (2008). ya…satu jawapan yang meyakinkan daripada seorang Timbalan Perdana Menteri ketika itu.
Kenaikan Harga Minyak
Walaubagaimanapun, kerisauan rakyat Malaysia datang lagi apabila tertanya-tanya apakah dasar yang akan diambil kerajaan Malaysia selepas kemungkinan kenaikan harga minyak akan berlaku tidak lama sahaja lagi terus bertiup kencang.

Pada laporan berita yang dilaporkan Berita Utusan Malaysia seperti di bawah ini, Barisan Nasional telah pun berjaya menang dalam Pilihanraya Umum ke 12 (2008) dan terus memgang tampuk pemerintahan Malaysia walaupun kehilangan majoriti 2/3 kerusi parlimen buat pertama kalinya.
Hanya Petrol Naik
Akhirnya, kerisauan rakyat Malaysia kerisauan menjadi kenyataan & realiti.
“Suka atau tidak, rakyat Malaysia perlu menghadapinya”
Bukan 10 sen, 20 tetapi 78 sen kenaikan harga minyak petrol pada ketika itu ditambah juga dengan kenaian tarif elektrik. Walaubagaimanapun, terma kenaikan tidak digunakan, tetapi dikatakan harga minyak petrol, diesel dan tarif elektrik diselaraskan semula. Hakikatnya sama sahaja maksudnya.
Kenaikan Harga Petrol
 
sumber:berita semasa.Share
 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino