Sunday, May 26, 2013

Ustaz Azhar Idrus (UAI) Berkahwin Kali ke 3






 Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) hari ini telah melangsungkan perkahwinan buat kali ke 3 .Apa yang menarik ialah, beliau dan pasangan barunya telah diapit oleh isteri pertama dan kedua beliau ketika majlis berlangsung..
Didoakan semoga beliau dan pasangan2 nya bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.

Share

Sunday, May 19, 2013

Pereka Fesyen Terkenal, Calvin Thoo Peluk Islam


Dipetik dari Status Facebook  Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani  

Beliau   di jemput untuk bersama di majlis pengIslaman pereka fesyen terkenal Calvin Thoo yang memilih agama yg indah ini..turut bersama di majlis tersebut ialah Ustaz Dato Ismail Kamus, Dato Dr Asri (Dr MaZA) dan Yb Us Solihin Mokhyi.. Calvin Thoo  memilih Islam di saat mimpi dan bermimpi bersyahadah..Alhamdulillah..

Share

Friday, May 17, 2013

Shah Jazle ditangkap khalwat



17 Mei 2013
Shahrizal Jaszle
SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan bahawa Mohd Shahrizal Jaszle Jasmi atau lebih dikenali sebagai Shah Jaszle telah ditahan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jais pada 3.30 pagi semalam.

Serbuan dilakukan di Apartment Taman Sri Subang.

Penahanan Shah Jaszle berdasarkan kepada Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.

Pengangkapan dibuat berdasarkan aduan awam ke Bahagian Penguatkuasaan Jais.
 Shah Jaszle dikhabarkan juga  telah dijamin oleh tunangnya.
Share

Ribery Marah DiCurah Bir






Kelab Bundeligga, Bayern Muenchen berpesta setelah bergelar juara Bundesliga .Kemenangan di kandang lawan Augsburg dengan 3-0, Sabtu (11/5) di Allianz Arena. Namun suasana perayaan ,ada sesuatu yang tak terduga terjadi. Bintang Muenchen berasal dari Perancis, Franck Ribery marah pada rakan sepasukannya yang dianggap telah melampaui batas.

Kemarahan Ribery bermula apabila pemain Muenchen sedang  meraikan kegembiraan meraih  juara   musim ini. Para pemain saling mencurah bir. Boateng juga  cuba untuk mengejar Ribery. Ribery yang Muslim dan tidak lagi minum minuman beralkohol berlari untuk menghindar. Namun,  Boateng ternyata tidak berseorangan bertindak sedemikian, kerana pemain Muenchen yang lain juga ikut mengejar dan menyiram Ribery dengan bir. Sedangkan Ribery telah memaklumkan kepada rakan sepasukannya supaya tidak menyiramnya. "Saya tidak lagi bercakap dengan Boateng," kata pemain berusia 30 tahun itu. "Dia tahu saya seorang Muslim. Saya sangat kecewa," terang Ribery yang memiliki nama Islam, Bilal Yusuf Mohammed itu.

Sebelum masuk ke padang, atau sebelum dilakukannya kick off perlawanan, sering kali kita melihat pemain ini melakukan rutinnya, iaitu selalu menadahkan tangan ke langit sebelum berlmula seolah sedang berdo’a. 

Memang benar, pemain yang lahir pada tanggal 07 April 1983 di daerah Boulogne-sur-Mer, Perancis tersebut telah memeluk Islam sejak tahun 2005 ketika dia bermain di kelab Turki, Galatasaray. Di negeri bekas pusat kekhalifahan Uthmaniah itu Allah SWT memberikan hidayah kepadanya. Dia dipertemukan dengan seorang wanita berasal dariMaroko,Wahiba Belhami, yang kemudian membimbingnya masuk Islam dan akhirnya mereka berkahwin dan dikurniakan dua orang anak, Hizsya dan Shahinez.


Namun berita tersebut hanya diketahui umum pada tahun 2006. Berita tersebut mula disiarkan oleh  majalah Perancis, L'Express. Majalah ini menyebut adanya pemain kebangsaan  Perancis selalu beribadah di masjid di selatan Marseille. Majalah tersebut   tak menyebut nama secara terbuka, namun yang dimaksud adalah Ribery. Pada 2006, ketika pasukan Perancis akan berhadapan dengan Pasukan Swiss pada Piala Dunia,  kamera wartawan yang berkeliaran di padang  memperlihatkan  gambar    Franck Ribery tengah berdoa, seperti yang dilakukan seorang Islam.


Hal tersebut telah  menimbulkan spekulasi di kalangan peminat. Tetapi  itulah cara Franck Ribery menunjukkan kepada dunia bahwa dirinya telah menjadi seorang muslim. Kerana, tak lama selepas peristiwa tersebut ,  berita  mengenai  dirinya sebagai muallaf tersebar  ke seantero dunia. Ribery mengatakan, dia memilih ajaran yang dibawa Nabi Muhammad SAW kerana menemukan kedamaian.
Share

Keputusan Penuh PRU-13 Kerusi Parlimen


Keputusan Penuh  PRU-13 Kerusi Parlimen














Share

Wednesday, May 15, 2013

Barisan Kabinet Kerajaan Malaysia 2013


Barisan Kabinet Kerajaan Malaysia 2013.

Perdana menteri: Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Jabatan Perdana menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Bahrom
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Seri Abdul Wahid Omar
Tan Sri Joseph Kurup
Puan Hajah Nancy Shukri
Joseph Entulu
Paul low Seng Kuan
Datuk Seri Shahidan Kassim

Timbalan Menteri di JPM
Datuk Razali Ibrahim
P Waythamoorthy
Menteri Kewangan 1:
Datuk Seri Najib Tun Razak

Menteri Kewangan II:
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan:
Datuk Ahmad Maslan

Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi:
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II: Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan I: Datuk Mary Yap
Timbalan II: P Kamalanathan
Menteri Pertahanan:
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan: Datuk Rahim Bakri

Menteri Dalam Negeri:
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan: Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar

Menteri Pengangkutan:
Datuk Seri Hishammuddin (pemangku)
Timbalan: Datuk Abdul Aziz Kaprawi

Menteri Pelancongan:
Datuk Seri Nazri Abdul Aziz
Timbalan: Datuk Joseph Salang Gandum

Menteri Luar Negeri:
Datuk Anifah Aman
Timbalan: Datuk Hamzah Zainuddin

Menteri Kerja Raya:
Datuk Fadhilah Yusof
Timbalan: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Menteri Kesihatan:
Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan: Datuk Seri Hilmi Yahaya

Menteri Belia dan Sukan:
Khairy Jamaluddin
Timbalan menteri:
Datuk M Saravanan

Menteri Sumber Manusia:
Datuk Richard Riot

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal-Ehwal Pengguna:
Datuk Hassan Malek
Timbalan: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri:
Datuk Mustapa Mohamad

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani:
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan: Datuk Tajuddin Abdul Rahman

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi:
Datuk Ewon Ebin
Timbalan: Datuk Abu Bakar Mohd Diah

Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli:
Datuk Seri G Palanivel

Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau:
Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan: Datuk Seri Mahdzir Khalid

Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar:
Datuk Shafie Apdal

Menteri Industri Perladangan dan Komoditi:
Datuk Douglas Uggah Embas

Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar:
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan: Datuk Halimah Sadique
Perdagangan Perdagangan Antarabangsa dan Industri:
Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan: Datuk Hamim Samuri

Menteri Komunikasi dan multimedia:
Datuk Seri Ahmad Shabery

Menteri Wilayah Persekutuan:
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan: Loga Balamohan
Menteri Pembangunan Wanita:
Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan: Datuk Azizah Mohd Dun
Share

Tuesday, May 14, 2013

Senarai ahli parlimen Parti Islam SeMalaysia (PAS) Sessi 2013-2018


Senarai ahli parlimen Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang akan menggalas perjuangan PAS ke parlimen Malaysia bersama-sama rakan di dalam Pakatan Rakyat.

TERENGGANU
1. MARANG - Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
https://www.facebook.com/abdulhadiawang?fref=ts
2. KUALA NERUS - Ustaz Dr. Mohamad Khairuddin Aman Razali At-Takiri.
https://www.facebook.com/drtakiri?fref=ts
3. KUALA TERENGGANU - Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.
https://www.facebook.com/RAJABAHRINRAJAAHMAD?ref=ts&fref=ts
4. DUNGUN - Ustaz Wan Hassan Mohamad Ramli.
https://www.facebook.com/WanHassanMohdRamli

KEDAH
5. POKOK SENA - Dato' Mahfuz Omar.
https://www.facebook.com/pages/Dato-Mahfuz-Omar/358250607528169

PERAK
6. PARIT BUNTAR - Dr. Mujahid Yusof Rawa.
https://www.facebook.com/DrMujahidYusofRawa
7. BUKIT GANTANG - Ustaz Idris Ahmad.
https://www.facebook.com/idris.ahmad.12?fref=ts

PAHANG
8. TEMERLOH - Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi.
https://www.facebook.com/ustaztantawi

SELANGOR
9. HULU LANGAT - Dr. Che Rosli Che Mat.
https://www.facebook.com/YBdrCheRosli
10. SHAH ALAM - Khalid Abdul Samad.
https://www.facebook.com/pages/Khalid-Samad/38348181435
11. KOTA RAJA - Dr. Siti Mariah Mahmud.
https://www.facebook.com/Dr.SitiMariahMahmud?directed_target_id=0
12. SEPANG - Mohamed Hanipa Maidin.
https://www.facebook.com/pages/Pas-Sepang/114505805316164?fref=ts

KELANTAN
13. TUMPAT - Dato' Kamaruddin Jaafar
https://www.facebook.com/DatoKamarudinJaffarPage?fref=pb&hc_location=profile_browser
14. PENGKALAN CHEPA - Dr Izani Husin.
https://www.facebook.com/pages/P20-Pengkalan-Chepa/421140537982298
15. KOTA BHARU - Dato' Takiyuddin Hassan.
https://www.facebook.com/PasKawasanKotaBharu?ref=ts&fref=ts
16. PASIR MAS - Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
https://www.facebook.com/pages/Nik-Mohamad-Abduh/177786515581027
17. RANTU PANJANG - Siti Zailah Mohd Yusoff.
https://www.facebook.com/pages/Siti-Zailah-Mohd-Yusof/398786080197569
18. KUBANG KERIAN - Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah.
https://www.facebook.com/ahmad.baihaki.73
19. BACHOK - Ustaz Ahmad Marzuk Shaary.
https://www.facebook.com/P025Bachok?fref=tsc
20. PASIR PUTIH - Dr. Nik Mazian Nik Mohamad.
https://www.facebook.com/YbDrNikMazian
21. KUALA KRAI - Dr. Mohd Hatta Ramli.
https://www.facebook.com/hatta.ramli.3



[2013-2018]
No NAMA Parlimen
1 Marang
Datuk Seri Abdul Hadi Awang

2 Kuala Nerus
Khairuddin Aman Razali


3 Kuala Terengganu
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah

4 Dungun
Wan Hassan Mohd Ramly

5 Pokok Sena
Datuk Mahfuz Omar


6 Parit Buntar
Dr. Mujahid Yusof

7 Bukit Gantang
Ustaz Idris Ahmad
8 Temerloh
Nasrudin Hassan

9 Hulu Langat
Che Rosli Che Mat
10 Shah Alam
Khalid Samad

11 Kota Raja
Dr. Siti Mariah Mahmud
12 Sepang
Mohamed Hanipa Maidin

13 Tumpat
Datuk Kamaruddin Jaafar

14 Pengkalan Chepa
Dr Izani Hussin


15 Kota Bharu
Datuk Takiyuddin Hassan

16 Pasir Mas
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

17 Rantau Panjang
Siti Zailah Mohd Yusoff

18 Kubang Kerian
Ahmad Baihaki Atiqullah

19 Bachok
Ahmad Marzuk Shaary

20 Pasir Puterh
Dr Nik Mazian Nik Mohamad

21 Kuala Krai
Dr. Mohd Hatta Ramli
Share

Monday, May 13, 2013

Hukum Puasa Di Bulan Rejab & Syaaban


Soalan : Pada suatu hari, saya mendengar anda berbicara soal bulan Rejab. Anda mengatakan bahawa tidak terdapat suatu pun hadis sahih dari Nabi s.a.w. berkenaannya. Oleh itu, apakah hukum berpuasa dalam bulan Rejab? Adakah ianya termasuk perkara sunat ataupun bidaah?


 Dr Yusuf al-Qaradhawi menjawab:

Tidak dijumpai pun kenyataan saya berkenaan puasa rejab dalam perbincangan yang didengari oleh saudara. Walau bagaimana pun, saya mengatakan ketika itu bahawa bulan Rejab merupakan sebahagian dari bulan-bulan haram (suci). Berpuasa di bulan-bulan haram adalah diterima dan sunat (Mustahab). Tetapi, tidak terdapat dari Nabi s.a.w. bahawa baginda berpuasa sebulan penuh. Kecuali Ramadhan. Yang paling banyak puasanya adalah bulan Sya`aban, tetapi beginda tidak berpuasa setiap hari, inilah sunnah nabawiyah dalam perkara itu... baginda berpuasa dan tidak berpuasa pada setiap bulan. Seperti mana terdapat dalam sebuah hadis: Baginda s.a.w. berpuasa sehingga kami berkata baginda berpuasa tanpa ada hari baginda tidak berpuasa, lalu baginda tidak berpuasa sehinggalah kami berkata baginda tidak berpuasa. [Hadis Ibnu Abbas Riwayat Abu Daud: 2079] Oleh itu, perbuatan sebahagian manusia yang berpuasa di bulan Rejab secara keseluruhannya, sepertimana yang saya lihat di beberapa negeri sebelum ini, begitu juga yang saya lihat sebahagian manusia yang berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban, dan Ramadhan dan enam hari dalam bulan Syawwal, dan menamakannya dengan “Hari-Hari Putih”, setelah itu barulah mereka tidak berpuasa. Mereka jadikan hari raya pada hari ke lapan dalam bulan Syawwal... menjadikan puasa pada tiga bulan dicampur dengan enam hari secara bersambungan, hanya tidak berpuasa pada hari raya ( Aidilfitri). Perkara ini tidak terdapat (contohnya) dari Nabi s.a.w. mahupun dari para sahabat dan salaf as-soleh. Maka lebih baik berpuasa satu hari dan tidak pada hari lain, tidak berturutan puasa. Setiap perkara itu adalah baik sekiranya mengikut orang terdahulu ( Salaf), dan setiap perkara menjadi buruk apabila direka oleh golongan terkemudian (khalaf). Siapa yang mahu mengikut, dan mengharapkan pahala yang sempurna, maka ikutlah Nabi s.a.w. Tidak berpuasa di bulan Rejab setiap hari , dan juga tidak berpuasa di bulan Rejab setiap hari. Inilah yang lebih utama. Rujuk Kenyataan Asal : al-Qaradhawi.net

 Penjelasan Ustaz Azhar Idrus mengenai berpuasa di Bulan Rejab dan Syaaban


 
Soalan:
Banyak kami dengari dari khatib Jumaat – terutama pada awal bulan Rejab – hadith-hadith yang mereka riwayatkan tentang pahala yang besar yang dijanjikan oleh Allah bagi orang yang hanya berpuasa sehari di dalam bulan Rejab. Antara hadith ini ialah: “Rejab bulan Allah, manakala Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku.” Apakah pandangan tuan dengan hadith-hadith sebegini? Apakah hadith-hadith ini sahih? Apakah pula hukum sesiapa yang meriwayatkan hadith palsu yang dinisbahkan kepada Nabi S.A.W. kepada orang ramai?
Jawapan:
Tidak ada satu hadith yang sahih tentang kelebihan bulan Rejab sesuatupun, melainkan bulan Rejab itu adalah termasuk di dalam bulan yang haram (yang dimuliakan) yang disebut oleh Allah S.W.T. di dalam kitabnya: “Antaranya ada 4 bulan yang haram (dimuliakan).”(al-Taubah:36) iaitulah bulan Rejab, Zul Qaedah, Zul Hijjah dan al-Muharram, dan inilah bulan-bulan yang dimuliakan.Tidak terdapat satu hadith yang sahih yang mengkhususkan bulan Rejab dengan sesuatu kelebihan, melainkan hadith Hasan yang menyebut Nabi S.A.W. banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban, apabila ditanya tentang tindakan Nabi itu, dinyatakan: “Kerana Sya’ban itu bulan yang dilalaikan oleh kebanyakan manusia yang berada di antara Rejab dan Ramadhan.”Dari hadith ini (sebahagian orang) memahami bulan Rejab juga ada kelebihan. Adapun tentang hadith: “Rejab bulan Allah, Sya’ban bulan-ku dan Ramadhan bulan Umatku.”Ianya adalah satu hadith yang dusta dan sangat lemah, bahkan kebanyakan ulama mengatakan hadith ini palsu …  iaitu ianya suatu yang didustai (atas nama Nabi S.A.W.), hadith ini tidak ada nilai dari sudut ilmu dan agama. Demikianlah juga hadith-hadith lain yang diriwayatkan tentang kelebihan bulan Rejab kononnya sesiapa solat sedemikian, maka baginya sedemikian pahala, sesiapa yang beristighfar sedemikian, baginya sedemikian pahala … semua ini berlebih-lebihan, dan semuanya adalah dusta. Antara tanda kedustaan hadith-hadith seumpama ini, apabila ianya mengandungi unsur berlebih-lebihan dan gembar-gembur para ulama berkata:
Maksudnya: “Sesungguhnya janji dengan pahala yang sangat besar atas perkara yang kecil, ataupun ancaman dengan azab yang keras atas dosa yang kecil, menunjukkan hadith tersebut adalah palsu. “Sebagai contoh lain apa yang didakwa dari perkataan Nabi S.A.W.: “Satu suapan kepada orang yang lapar lebih baik dari membina 1000 buah masjid. “Hadith ini mengandungi kepalsuan dalam teksnya sendiri, kerana ia termasuk dalam perkara yang tidak dapat diterima oleh akal, satu suapan untuk orang yang lapar, pahalanya lebih besar dari pahala yang diperolehi dari membina 1000 buah masjid. Maka hadith yang ada dalam bab kelebihan bulan Rejab adalah termasuk di dalam jenis seperti ini. Ke atas ulama wajib memberi perhatian dari hadith-hadith seumapama ini yang palsu dan dusta dan memberi peringatan kepada orang ramai dari hadith-hadith seumapama ini. Nabi S.A.W. telah bersabda: (Maskudnya):  “Sesiapa yang meriwayatkan satu hadith yang dia lihat hadith tersebut adalah palsu, maka dia termasuk salah seorang dari kalangan pendusta.”(Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di Muwaddiman Sahihnya). Akan tetapi kadang-kadang seseorang tidak mengetahui hadith yang diriwayatkannya itu adalah hadith yang palsu.
Share

Thursday, April 18, 2013

Senarai Calon Pakatan Rakyat Kedah PRU13


Senarai Calon PRU13 Pakatan Rakyat KEDAH

Share

Wednesday, April 17, 2013

Apa Hujah PAS berkawan dengan DAP? - Oleh Al-Fadhil Tuan Guru Haji Haron Din Hafizahullah




 

SAYA lihat PAS makin bermasalah. Dahulu banyak polisi atau dasar PAS, bagi saya mudah saya terima dan mudah dipertahankan. 
Tetapi sekarang dalam hal berkawan dengan DAP, yang dikatakan tahaluf, saya kurang mengerti dan saya rasa sukar untuk dipertahankan. 
Apakah Dato' boleh beri nasihat kepada orang seperti saya, dalam hal sebegini bagi mempertahankan PAS. Terima kasih.

SAID ADAM
Kamunting, Perak

JAWAPAN:

APABILA PAS hendak membuat sesuatu polisi, ia bukan dibuat sesuka hati atau menurut sahaja kehendak seorang dua pemimpin.

Akan tetapi ia dibuat dalam bentuk kertas cadangan yang dibawa ke beberapa tahap perbincangan daripada pandangan pemimpin peringkat negeri hingga ke PAS Pusat.
Kita mempunyai Lajnah Politik, Dewan-Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat dan dibawa ke AJK PAS Pusat.

Akhirnya selepas diperhalusi dan dibincangkan, ia dibawa ke Majlis Syura Ulamak.

Seandainya semua yang dilalui itu lulus syariah, maka dibawa pula ke Muktamar Tahunan PAS Pusat. Jika semuanya berjalan lancar dan diluluskan, maka baharulah ia menjadi polisi untuk dilaksanakan.

Ertinya, persoalan tahaluf yang anda sebut sebagai berkawan dengan DAP, memang berlaku dan pada istilah politiknya 'Tahaluf Siyasi Islami'(Pakatan politik Islam).

Ia dibuat dengan mengambil kira segala hukum, segala aspek kepentingan parti serta kesesuaian atau tidak dengan masa yang dibuat tahaluf tersebut.

'Tahaluf Siyasi Islami' adalah suatu polisi yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w., dirangka suatu pelaksanaan dasar Islam dalam masyarakat majmuk di zaman baginda.

Oleh kerana Islam lahir dan berkembang dalam sebuah negara yang masyarakatnya berbilang bangsa dan agama, maka keperluan untuk mewujudkan kerjasama di antara kaum dan agama, adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Ia pasti berlaku, jika tidak Islam akan tersisih dari arus penghidupan dan tertinggal di belakang, tanpa dipedulikan.

Masyarakat Madinah sebagai contoh, adalah masyarakat yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang agama, iaitu Islam, Yahudi, Nasrani, Majusi, Dahri, Wathani dan sebagainya.

Ia juga mempunyai pelbagai bangsa Arab, Balbar, kaum Yahudi, kaum Nasrani dan sebagainya.

Jika itulah realitinya, maka bagaimana Islam boleh hidup bersefahaman, dan mereka yang tidak Islam boleh menerima Islam.

Jika tidak ada tonggak yang menyatupadukan masyarakat, dalam sebuah negara, maka di atas itu mestilah ada kerjasama yang disebutkan sebagai tahaluf siyasi.

Rasulullah s.a.w. bertahaluf siyasi dengan Yahudi Bani Auf, tercatat dalam perjanjian tahaluf, iaitu pada perkara pertama disebut:

"Kaum Yahudi Bani Auf adalah satu umat bersama dengan orang Mukmin. Mereka bebas mengamalkan agama mereka sendiri dan orang Islam dengan agama mereka. 
Begitu juga dengan orang-orang yang bersekutu dengan mereka, termasuk juga diri mereka sendiri. Perkara ini juga untuk Yahudi-Yahudi lain dan bukan untuk Bani Auf sahaja."

Cuba renungkan perjanjian atau persefahaman yang Rasulullah s.a.w. buat, bukan di antara orang Islam dengan Bani Auf sahaja, tetapi dengan kesemua kaum Yahudi.
Ertinya jika dengan Yahudi pun Nabi s.a.w bertahaluf, maka anda harus faham mengapa PAS bertahaluf dengan DAP.

Apa yang PAS lakukan adalah benar dan harus dari segi syarak, iaitu bertahaluf dengan DAP.

Di dalam al-Quranul Karim, Allah berfirman (mafhumnya): 
"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik (bekerjasama) dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

"Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. 
Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orangorang yang zalim." (Surah alMumtahanah, ayat 8 dan 9)

Jika jelas sebegitu, apakah anda masih tidak boleh terima? Yang penting tindakan PAS tersebut adalah syarie dan boleh disokong orang-orang Islam.

Namun demikian, tahaluf siyasi dalam Islam bukannya qat'ie atau yang mesti diikut selama-lamanya. Ianya suatu keperluan di suatu masa, selagi kepentingan Islam tidak benar-benar tergugat dan tidak mendapat keuntungan daripada bertahaluf. 
Ertinya ia tidak selama-lamanya.

Jika keberuntungan kepada Islam terjejas, kedaulatan Islam tidak terbela, maka tahaluf ini, dari segi hukumnya boleh disemak semula. 
Wallahua'lam.
Share

Friday, April 12, 2013

Menu SEMASA PANTANG – IKAN


RESIPI SEMASA PANTANG – IKAN

Ikan yang boleh dimakan semasa pantang ialah:

1. Ikan haruan
2. Ikan yu
3. Ikan selar
4. Ikan gelama
5. Ikan jenahak
6. Ikan merah
7. Ikan tenggiri
8. Ikan kurau
9. Ikan bawal putih
10.Ikan senangin
11.Ikan kerisi
12.Ikan kod
13.Ikan bilis
14.Ikan siakap
15.Ikan salmon

SUP IKAN

Bahannya:
Ikan
Air masak
Sedikit minyak bijan (pilihan)
1 ulas halia (diketuk atau dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 keping asam keping
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Cara 1:
1. Tumiskan lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.


Cara 2:
1. Masukkan air dengan bawang putih, bawang merah dan halia
2. Masukkan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.


STEAM IKAN

Bahannya:
Ikan
2 Halia (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan
2. Steam sampai ikan masak.


SINGGANG IKAN

Bahannya:
Ikan
Air masak
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yang sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping dan sedikit garam.
2. Bila dah mendidih, masukkan ikan.


IKAN TENGGIRI GORENG HALIA

Bahannya:
1 keping ikan tenggiri
4 gm halia - di hiris dan di goreng
3 ulas bawang putih – di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Minyak masak

Caranya:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
2. Biarkan selama 20 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
4. Ketepikan.
5. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.
6. Masukkan ikan semula.
7. Tuangkan kicap dan di kacau rata.
8. Angkat ikan.
9. Taburkan halia goreng di atasnya.


IKAN TENGGIRI MASAK AIR

Bahannya:
2 keping ikan tenggiri
400 ml air
20 gm halia – di hiris
5 helai daun pegaga – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali pegaga.
2. Didihkan sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ikan masak.
3. Masukkan daun pegaga dan garam secukup rasa.


IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

Bahannya:
3 keping ikan tenggiri
5400 ml air
30 gm halia – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ cawan air asam jawa
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Didihkan semua bahan di atas api perlahan.
2. Masak hingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.


SUP IKAN TENGGIRI

Bahannya:
1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup

Caranya:
1. Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup.
4. Biar seketika dan tutupkan api.


IKAN HARUAN GORENG REMPAH

Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
30 gm halia – di tumbuk
2 ulas bawang merah – di tumbuk
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam secukup rasa.
Minyak masak

Caranya:
1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 15 minit
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.
3. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah.
4. Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kacau sekata.
5. Curahkan kuah ke atas ikan.


IKAN HARUAN KUKUS

Bahannya:
1 ekor ikan haruan
1 keping cendawan hitam – di rendam dan di hiris
30 gm halia – di hiris halus
2 ulas bawang putih – di hiris halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji limau nipis – di ambil jusnya
Garam secukup rasa.
Air secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar – di hiris

Caranya:
1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2. Masukkan cendawan hitam, halia dan bawang putih.
3. Masukkan sedikit air. Didihkan
4. Tambahkan serbuk lada hitam, jus limau dan garam.
5. Sebelum hidang, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.


SUP IKAN HARUAN

Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
500 ml air.
2 sudu besar minyak jagung.
30 gm halia – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
2 ulas bawang putih – di tumbuk
1 sudu besar lada hitam – di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa.
Bawang goring
Daun bawang dan daun sup – di hiris

Caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan air.
3. Bila mendidih, masukkan ikan hingga masak.
4. Masukkan asam keping dan garam.
5. Masak hingga mendidih.
6. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.


IKAN HARUAN / IKAN BAWAL PUTIH/YU BERLADA

Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih atau 2 ekor ikan haruan (potong 4,
buangkan kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul isi ikan yu
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
Bawang putih, halia – kisar halus
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar pati asam jawa
1 biji bawang besar – potong bulat
1 biji cili merah dan hijau – di hiris
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.
2. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng sederhana garing. Tepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan.
5. Masukkan jintan manis
6. Masukkan pati asam jawa
7. Masukkan gula.
8. Biar mendidih.
9. Masukkan lada hitam
10. Masukkan garam secukup rasa.
11. Kemudian masuk ikan.
12. Biar kuah pecah minyak.
13. Apabila ikan masak, perlahankan api.
14. Masukkan bawang besar
15. Masukkan cili.


IKAN GELAMA MASAK ASAM

Bahannya:
2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
1 ketul halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam

Caranya:
1. Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit.
2. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili.
3. Masukkan air asam dan garam.
4. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.


IKAN BAWAL KUKUS HALIA

Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis

Caranya:
1. Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.
2. Perap seketika.
3. Letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil
4. Siram baki perapan kicap atas ikan
5. Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
6. Kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.


IKAN PANGGANG BERKARI
(ikan haruan, tenggiri, bawal putih, salmon, gelama, merah, jenahak atau siakap)

Bahannya:
Ikan
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit

garam
2. Lumurkan di atas ikan
3. Panggang - boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven.


IKAN PANGGANG HALIA MUDA

Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka

Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Caranya:
1. Lumurkan bahan A pada ikan.
2. Perap selama ½ jam.
3. Kemudian panggang ikan hingga masak.
4. Tumis bahan B hingga naik bau.
5. Tabur atas ikan.
6. Siap untuk dihidang.


IKAN PINDANG
(ikan merah,jenahak, selar kuning, kerisi atau siakap)

Bahannya:
2 atau 3 ketul ikan
1 labu bawang putih (dihiris)
5 ulas bawang merah (dihiris)
1 - 2 batang cili merah (dihiris)
5 cm lengkuas (diketuk)
5 cm kunyit (dihiris)
5 cm halia muda (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
3 – 4 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Caranya:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
3. Tuang air dan biarkan mendidih
4. Biar mendidih dulu baru masukkan ikan.
5. Masukkan serai
6. Masukkan asam keping dan garam.


IKAN BILIS LEMAK LADA HITAM

Bahannya:
50 gm ikan bilis
3 cawan air
1 cawan santan pekat
10 gm kunyit – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
1 sudu kecil lada hitam – di tumbuk
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Didihkan santan bersama air dan bahan tumbuk di atas api perlahan.
2. Masukkan ikan bilis dan garam. Gaul sekata.


IKAN BILIS BERKUNYIT

Bahannya:
50 gm ikan bilis
20 gm ibu kunyit
2 sudu kecil lada hitam
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya.

Caranya:
1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.
2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.


IKAN BILIS DAUN KARI

Bahannya:
50 gm ikan bilis – di goreng
1 genggam daun kari
2 ulas bawang merah – di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris
Minyak masak.

Caranya
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukkan daun kari dan ikan bilis. Goreng seketika dan angkat.
Share

Bohong Sunat


“Setiap dusta itu akan ditulis ke atas anak Adam kecuali tiga perkara; seorang lelaki yang berdusta dalam peperangan, dan sesungguhnya peperangan itu adalah suatu tipu helah, seorang lelaki yang berdusta kepada isterinya supaya ia meraih redhanya, dan seorang lelaki yang berdusta di antara dua orang lelaki untuk mendamaikan antara kedua-duanya”.

Berdusta adalah satu dosa besar, namun tiga perkara itu dikecualikan, di mana sekiranya berdusta ia tidak dianggap sebagai satu dosa. Hadis ini menunjukkan adanya dusta yang diharuskan, atau apa yang dikatakan orang ‘bohong sunat’ – jika istilah ini sesuai digunapakai - .

Tetapi bagaimana status hadis tersebut??

Perbincangan lanjut adalah menurut riwayat-riwayat berikut;


1. Riwayat al-Nuwas bin Sam‘an RA

Hadis yang dipertanyakan berkenaan diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir, Ibn al-Sunni dalam ‘Amal Yawm wa Laylah dan al-Khara’iti dalam Makarim al-Akhlaq dari al-Nuwas bin Sam‘an RA. Al-Suyuti dalam al-Jami‘al-Saghir (6276) mengisyaratkannya sebagai hasan. Manakala al-Albani menyatakannya sebagai daif.

Kata al-Haythami (8/81): “Terdapat padanya, Muhammad bin Jami‘ al-‘Attar, seorang yang daif”. Demikian juga menurut al-Busiri dalam Ithaf al-Khirah al-Maharah (3214), meskipun Ibn Hibban menyenaraikan Muhammad bin Jami‘  dalam kalangan para perawi thiqah.

2. Riwayat Umm Kulthum binti ‘Uqbah RA

Hadis yang semakna walaupun berbeza lafaz, dan lebih kuat sanadnya diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam Sunannya (4923) dari Umm Kulthum binti ‘Uqbah RA.

عَنْ أُمِّ كُلْثُومٍ بِنْتِ عُقْبَةَ قَالَتْ مَا سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يُرَخِّصُ فِى شَىْءٍ مِنَ الْكَذِبِ إِلاَّ فِى ثَلاَثٍ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ: « لاَ أَعُدُّهُ كَاذِبًا الرَّجُلُ يُصْلِحُ بَيْنَ النَّاسِ يَقُولُ الْقَوْلَ وَلاَ يُرِيدُ بِهِ إِلاَّ الإِصْلاَحَ، وَالرَّجُلُ يَقُولُ فِى الْحَرْبِ، وَالرَّجُلُ يُحَدِّثُ امْرَأَتَهُ وَالْمَرْأَةُ تُحَدِّثُ زَوْجَهَا ».

Kata al-Albani: Sahih. Bahkan ia juga diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya (4717), tapi tiada lafaz Nabi SAW dalam riwayatnya, iaitu kata Umm Kulthum RA:
وَلَمْ أسْمَعْهُ يُرْخِّصُ في شَيْءٍ مِمَّا يَقُولُهُ النَّاسُ إلاَّ في ثَلاثٍ ، تَعْنِي : الحَرْبَ ، وَالإِصْلاَحَ بَيْنَ النَّاسِ ، وَحَدِيثَ الرَّجُلِ امْرَأَتَهُ ، وَحَدِيثَ المَرْأةِ زَوْجَهَا .

3. Riwayat Asma’ binti Yazid RA


Hadis yang semakna juga turut diriwayatkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya (1862@ 2064) dari Asma’ binti Yazid RA. Lafaznya, sabda Rasulullah SAW:
لَا يَحِلُّ الْكَذِبُ إِلَّا فِي ثَلَاثٍ؛ يُحَدِّثُ الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ لِيُرْضِيَهَا، وَالْكَذِبُ فِي الْحَرْبِ، وَالْكَذِبُ لِيُصْلِحَ بَيْنَ النَّاسِ.

Menurut al-Tirmizi:
“Kata Mahmud - salah seorang perawi - dalam hadis beliau: (لَا يَصْلُحُ الْكَذِبُ إِلَّا فِي ثَلَاثٍ). Hadis ini hasan. Kami tidak ketahui dari hadis Asma’ melainkan dari hadis Ibn Khuthaym. Dawud bin Abi Hind meriwayatkan hadis ini dari Syahr bin Hawsyab dari Nabi SAW (yakni secara mursal) dan tidak menyebut padanya; ... dari Asma’. Ini diberitakan kepada kami oleh Muhammad bin al-‘Ala’, diberitakan kepada kami oleh Ibn Abi Za’idah dari Dawud. Dalam bab yang sama, ada riwayat dari Abu Bakr RA”.

Meskipun al-Albani mendaifkan riwayat al-Nuwas, namun beliau menghukum riwayat Asma’ ini sebagai sahih, dengan mengecualikan kata-kata: (ليرضيها). Pengecualian al-Albani tersebut menurut penulis, adalah tidak perlu kerana banyak jalan riwayat yang menyebutnya atau menyebut kalimah yang seertinya. Manhaj al-Albani yang berbeza-beza semestinya difahami oleh mereka yang menelaah karya-karyanya.

Riwayat Asma’ RA juga diriwayatkan oleh Ahmad, Ibn Jarir al-Tabari, al-Tabarani, Abu Ya‘la dan lain-lain lengkap dengan sabab al-wurudnya. Kata al-Haythami dalam Majma‘ al-Zawa’id (10354): “Terdapat padanya, Syahr bin Hawsyab. Ada yang menthiqahkan beliau, namun terdapat kelemahan padanya. Dan baki para perawinya adalah thiqah”.

4. Riwayat Abu Bakr RA

Riwayat Abu Bakr RA ini berdasarkan kata-kata al-Tirmizi di atas tadi:“Dalam bab yang sama, ada riwayat dari Abu Bakr RA”.

Riwayat ini pada zahirnya, menyokong riwayat Asma’ di atas. Ia menjelaskan sebab mengapa al-Tirmizi menyatakan darjat hadis tersebut sebagai hasan, walaupun sanad riwayat Asma’ mengandungi sedikit masalah kecil.

Bagaimanapun, Syeikh al-Mubarakpuri dalam Tuhfah al-Ahwazi tidak dapat mentakhrijkan riwayat Abu Bakr RA ini. Meskipun begitu, kata-kata al-Tirmizi itu merupakan suatu fakta yang menunjukkan kewujudan riwayat berkenaan dan beliau sendiri telah menemukannya, walaupun kita pada masa ini belum lagi dapat menjumpainya.

5. Riwayat Abu Ayyub al-Ansari RA


Riwayat Abu Ayyub al-Ansari RA ini direkodkan oleh Abu ‘Awanah dalam Musnadnya (6545) dengan jalan riwayatnya sendiri. Lafaznya:
لا يحل الكذب إلا فى ثلاثة؛ الرجل يكذب امرأته يرضيها بذلك، والرجل يمشى بين رجلين يصلح بينهما، والحرب خدعة.
Lihat al-Jami‘ al-Kabir (17553).

6. Riwayat Abu al-Tufayl RA

Riwayat Abu al-Tufayl RA ini direkodkan oleh Ibn Jarir al-Tabari. Lafaznya:

لا يصلح الكذب إلا فى إحدى ثلاث؛ رجل كذب امرأته لينصلح خُلُقها، ورجل كذب ليصلح بين امرأين مسلمين، ورجل كذب فى خديعة حرب، فإن الحرب خدعة.
Lihat al-Jami‘ al-Kabir (17878).

7. Riwayat ‘A’isyah RA

Riwayat ‘A’isyah RA ini direkodkan oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Najjar. Lafaznya:
لا يصلح الكذب إلا فى ثلاث؛ يحدث الرجل امرأته ليرضيها، والكذب فى الحرب، والكذب ليصلح بين الناس.
Lihat al-Jami‘ al-Kabir (17879).

Ulasan:

Kesemua riwayat di atas, walaupun berbeza-beza sedikit lafaz-lafaznya, menjelaskan bahawa hanya ada tiga jenis dusta sahaja yang diharuskan oleh syarak, iaitu;

Quote
    harus berdusta dalam peperangan, kerana peperangan itu adalah suatu tipu helah.
    harus suami berdusta kepada isteri (juga sebaliknya) supaya ia meraih redhanya.
    harus berdusta untuk mendamaikan antara dua pihak yang berselisihan.


Maka, tujuh jalan riwayat yang mengandungi makna hadis yang sama ini telah membuktikan kekuatan makna hadis yang dipertanyakan dan dapat dijadikan sebagai hujah, dan tentunya ia tidak dapat dihukum sebagai lemah. Walaupun status riwayat-riwayat tersebut berbagai-bagai antara daif, hasan dan sahih.

Bagi menjelaskan isu hadis ini, Imam al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim (8/331) menukilkan dari al-Qadhi ‘Iyadh katanya: Tiada khilaf tentang keharusan berdusta dalam bentuk-bentuk sebegini.

Namun, ulama berbeza pendapat mengenai dusta yang harus ini. Sebahagian ulama berpendapat, ia adalah berbentuk mutlak/umum. Sebahagian yang lain pula, antaranya al-Tabari berpendapat, tidak harus berdusta dalam bentuk apa pun dari segi asalnya, dan maksud keharusan berdusta tersebut ialah melakukan penyembunyian (tawriyah) dan menggunakan kata-kata samar, bukannya dusta sebenar, seperti misal ia menjanjikan isterinya layanan baik dan pakaian tertentu, tapi ia berniat jika Allah mentakdirkannya demikian..

Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan dari Imam al-Nawawi, katanya: “Zahirnya, adalah mengharuskan hakikat dusta itu sendiri dalam ketiga-tiga perkara berkenaan, akan tetapi kata-kata yang samar (ta‘ridh) adalah lebih utama”.

Demikian takhrij dan penjelasan ringkas bagi isu yang terkandung dalam hadis berkenaan.

Wallahu a‘lam. Share

Wednesday, April 10, 2013

PERKEMBANGAN KES BULI PELAJAR SEKOLAH


PERKEMBANGAN KES BULI PELAJAR SEKOLAH:

Hasil semakan dan maklumat orang ramai, pihak PDRM mendapati bahawa klip video kes buli yang tersebar menerusi media sosial yang berlaku pada 4 Mac 2013 lepas telah diselesaikan oleh pihak sekolah bersama pihak Pejabat Pendidikan Daerah.
Pelajar kes buli SMK Tun Hussein O
nn Seberang Jaya ditahan polis.  . Ternyata tindakan pantas orang awam yang melaporkan video tersebut telah membuahkan hasil. Kini kesemua tiga pembuli dibuang sekolah setelah didapati bersalah dan kes akan disiasat mengikut seksyen 147 kanun keseksaan kerana kesalahan merusuh. Antara suspek utama adalah Munir Ismail  yang memulakan pergaduhan dan memukul mangsa dengan teruk.

 Pihak polis telah menerima satu laporan polis berhubung isu ini dan satu kertas siasatan telah dibuka dan akan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana merusuh.

Pelajar Kes Buli SMK Tun Hussein Onn Ditahan Polis

Pergaduhan bermula apabila kumpulan ini tidak puas hati akibat tindakan ketua kelas melaporkan kumpulan pelajar ini membawa telefon bimbit ke sekolah. Rakaman yang tersiar di youtube menyebabkan tindakan kumpulan samseng ini dikutuk kerana dianggap tidak berperikemanusian.

 Jadikan kes ini sebagai pengajaran.. mmg di seluruh Malaysia kes ni brleluasa.. tp tak ramai tahu.. pengaruh filem or kongsi gelap or pertubuhan2 yg guna nama melayu tp sebenarnya pertubuhan samseng..
Share

Pelajar Samseng Belasah Rakan Sekolah




 Polis sedang mengesan pelajar-pelajar sekolah menengah yang berseronok membelasah seorang pelajar lain dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Pulau Pinang.

Dan kini suspek telah dikenal pasti dari  sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn ,Seberang Jaya, Pulau Pinang. Share

Monday, April 08, 2013

Greatwall Corned Beef ada DNA Babi




SIDANG AKHBAR PENARIKAN BALIK PRODUK MAKANAN TIN CORNED BEEF BERJENAMA GREATWALL BRAND

Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam ingin memaklumkan kepada orang ramai terutama sekali umat Islam di Negara Brunei Darussalam bahawa produk makanan tin Corned beef berjenama Greatwall Brand keluaran Negara China yang dikilangkan oleh North International Holding Tianjin Foodstuffs Import & Export Company yang berlabel halal yang diedarkan di Negara ini, telah dicemari dengan DNA babi.
Perkara ini adalah berdasarkan hasil dari penganalisaan Pusat Sains Halal, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dan Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan yang mendapati produk tersebut positif mengandungi DNA babi.
Sehubungan dengan ini, Kementerian Hal Ehwal Ugama menasihatkan supaya:
- Para pengimport dan peniaga untuk menarik balik produk tersebut dari pasaran.
- Para pengguna yang berugama Islam yang memiliki produk terbabit untuk menjauhi dan tidak memakan produk ini.

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut bolehlah menghubungi:
Bahagian Kawalan Makanan Halal
Jabatan Hal Ehwal Syari'ah
Kementerian Hal Ehwal Ugama
Negara Brunei Darussalam
No. Telefon: 2238898 / 8845506
http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_news&pg=bm_news_kheu&ac=3136
Share
 

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino