Kemarahan Ribery bermula apabila pemain Muenchen sedang meraikan kegembiraan meraih juara musim ini. Para pemain saling mencurah bir. Boateng juga cuba untuk mengejar Ribery. Ribery yang Muslim dan tidak lagi minum minuman beralkohol berlari untuk menghindar. Namun, Boateng ternyata tidak berseorangan bertindak sedemikian, kerana pemain Muenchen yang lain juga ikut mengejar dan menyiram Ribery dengan bir. Sedangkan Ribery telah memaklumkan kepada rakan sepasukannya supaya tidak menyiramnya. "Saya tidak lagi bercakap dengan Boateng," kata pemain berusia 30 tahun itu. "Dia tahu saya seorang Muslim. Saya sangat kecewa," terang Ribery yang memiliki nama Islam, Bilal Yusuf Mohammed itu.
Sebelum masuk ke padang, atau sebelum dilakukannya kick off perlawanan, sering kali kita melihat pemain ini melakukan rutinnya, iaitu selalu menadahkan tangan ke langit sebelum berlmula seolah sedang berdo’a.
Memang benar, pemain yang lahir pada tanggal 07 April 1983 di daerah Boulogne-sur-Mer, Perancis tersebut telah memeluk Islam sejak tahun 2005 ketika dia bermain di kelab Turki, Galatasaray. Di negeri bekas pusat kekhalifahan Uthmaniah itu Allah SWT memberikan hidayah kepadanya. Dia dipertemukan dengan seorang wanita berasal dariMaroko,Wahiba Belhami, yang kemudian membimbingnya masuk Islam dan akhirnya mereka berkahwin dan dikurniakan dua orang anak, Hizsya dan Shahinez.
Namun berita tersebut hanya diketahui umum pada tahun 2006. Berita tersebut mula disiarkan oleh majalah Perancis, L'Express. Majalah ini menyebut adanya pemain kebangsaan Perancis selalu beribadah di masjid di selatan Marseille. Majalah tersebut tak menyebut nama secara terbuka, namun yang dimaksud adalah Ribery. Pada 2006, ketika pasukan Perancis akan berhadapan dengan Pasukan Swiss pada Piala Dunia, kamera wartawan yang berkeliaran di padang memperlihatkan gambar Franck Ribery tengah berdoa, seperti yang dilakukan seorang Islam.
Hal tersebut telah menimbulkan spekulasi di kalangan peminat. Tetapi itulah cara Franck Ribery menunjukkan kepada dunia bahwa dirinya telah menjadi seorang muslim. Kerana, tak lama selepas peristiwa tersebut , berita mengenai dirinya sebagai muallaf tersebar ke seantero dunia. Ribery mengatakan, dia memilih ajaran yang dibawa Nabi Muhammad SAW kerana menemukan kedamaian.
0 comments:
Post a Comment