Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengarahkan polis menangkap blogger yang
dikenali sebagai Papagomo yang disyaki terlibat mencetuskan insiden
rusuhan di Plaza Low Yat.
KUALA LUMPUR: Tidak sampai 24 jam selepas kekacauan di
sekitar Plaza Low Yat di tengah ibu negara malam tadi, pasukan polis
menggerakkan usaha memburu individu yang disyaki terlibat mencetuskan
insiden itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan polis menangkap blogger
yang dikenali sebagai Papagomo.
Blogger itu dikehendaki kerana menyebarkan berita palsu berhubung kekecohan di pusat barangan komputer itu pada Sabtu.
Mahkamah dalam satu kes saman sivil pada 2013 mengenal pasti blogger dengan nama Papagomo sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Ketua Polis Negara juga mengesahkan apa yang berlaku pada Sabtu itu
bermula dengan kejadian curi telefon dan bukannya peniaga menipu pembeli
telefon.
Remaja yang bersubahat dengan suspek curi itu kemudian mengada-adakan cerita kononnya mereka ditipu.
Berita palsu itu kemudiannya merebak melalui media sosial dan membawa
kepada tunjuk perasaan hampir 200 orang malam tadi, yang kemudiannya
bertukar ganas.
Selain Papagomo, Khalid juga mengarahkan polis memburu pengguna media sosial yang menyebarkan berita palsu itu.
astro awani
Itadakimasu...
2 years ago
0 comments:
Post a Comment