R.I.P membawa maksud berehatlah dengan aman. Ia tak layak diucapkan atau
didoakan oleh seorang Muslim kepada seorang kafir yang meninggal kerana
ia tak akan pernah aman di alam barzakh. Itulah janji Allah kepada
mereka yang menyektutukan Allah. Apakah kita dalam tak sedar mendoakan
kebaikan seorang kafir yang menentang Allah?
Mendoakan orang bukan Islam yang sudah meninggal dunia. Ulama sepakat mengharamkan mendoakan keampunan, kesejahteraan dan rahmat kepada mereka. Pengharaman ini tidak kira sama ada dia terdiri daripada keluarga sendiri atau sebaliknya.
Dalilnya adalah apabila Rasulullah SAW meminta izin kepada Allah SWT untuk mengampunkan ibunya, permintaan itu ditolak Allah SWT. Begitu juga ketetapan al-Quran ketika Rasulullah SAW meminta Allah SWT mengampunkan dosa Abu Talib.
Allah berfirman yang bermaksud: “Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang yang beriman meminta ampun bagi orang musyrik, walaupun orang musyrik itu adalah kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka, bahawa orang musyrik itu adalah penghuni neraka jahanam. Dan permintaan ampun dari Ibrahim untuk bapanya tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapanya itu. Maka, tatkala jelas bagi Ibrahim bahawa bapanya itu adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun.” (Surah At-Taubah, ayat 113-114)
Imam Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’ berkata, ulama sepakat mendoakan orang bukan Islam dengan keampunan Allah, mendapat syurga dan apa saja berkaitan akhirat adalah diharamkan. Begitu juga mereka yang disyaki keislamannya, kata Imam Ibn Hajar al-Haithami.
Islam bukan agama menyuruh membenci penganut agama lain malah Islam sentiasa menganjurkan kita mendoakan orang bukan Islam supaya bersama menikmati hidayah milik Allah SWT. Itulah nilai kasih sayang sebenar dengan membebaskan mereka dari azab neraka jahanam.
Kita boleh melakukan perbuatan direstui syarak dengan memuji perilaku baik si mati sewaktu hidupnya, menziarahi waris dan memberi ucapan kesabaran serta meringankan beban waris. Ia lebih bernilai dalam mengeratkan hubungan sosial berbilang agama.
Penulis ialah juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis
0 comments:
Post a Comment