Author: .:GaDiS KaLiS PeLuRu:.
|
Filed Under: Isu Semasa
|
at
8:36 PM |
STOCKHOLM - Pengeluar perabot terbesar dunia, IKEA semalam menyatakan,
pihaknya telah menghentikan jualan lasagne moose selepas mendapati
produk itu mengandungi daging babi. Lasagne moose sebanyak 10,000
tan itu dihasilkan oleh pembekal IKEA. Jualannya dihentikan di semua
cawangan IKEA di 18 buah negara Eropah selepas ujian yang dilakukan oleh
pihak berkuasa Belgium pada bulan lalu mendapati ada unsur daging babi
di dalamnya. "Kami menerima pengesahan pada Jumaat bahawa satu siri
produksi makanan itu dicemari hirisan kecil daging babi. Kuantitinya
sangat kecil, kira-kira satu peratus," kata jurucakap IKEA, Tina Kardum. Lasagne yang tercemar itu dikatakan berjumlah 17,000 pek.
Pada Februari, IKEA menghentikan jualan bebola daging kerana mendapati sebahagiannya mengandungi daging kuda. - Reuters
0 comments:
Post a Comment