Di bawah ini ialah beberapa paparan surat yang DIKATAKAN milik Jabatan Kesihatan Negeri Kedah KONONnya mengesahkan salah satu produk Ramly mengandungi DNA babi. Kita tidak mengetahui kesahihannya. Oleh itu, pihak yang berkenaan sewajarnya menjawab isu ini agar tidak menjejas perniagaan pihak terbabit dan menimbulkan was-was dalam kalangan pengguna.
Kemas Kini:
Salam,
Perkara di atas adalah dirujuk.
Kami menafikan sama sekali dakwaan tersebut. Tidak pernah dalam amalan pengilangan kami berlaku perkara sebegini. Proses pembuatan kami diselia rapi oleh JAKIM, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan lain-lain jabatan yang berkaitan sebagai mengekalkan prestasi pembekal produk halal.
Kami telah membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab menabur fitnah ini. Oleh kerana perkara ini dalam siasatan polis dan tindakan undang-undang oleh peguam, maka kami tidak boleh memberi komen atau keterangan lanjut.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Siti Hayu Binti Dato' Haji Ramly
Pengurus Kanan
Boleh DOWNLOAD jawapan dari SYARIKAT RAMLY >>> http://koleksiain.com/PenjelasanSyarikatRamly.zip
pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.
http://halalguide.org/Beberapa_pengesahan.html
credit: http://pakarhowto.com
0 comments:
Post a Comment