Aha.baru2 ni lapa nasi kerabu.. lalu cari resepi sana sini..beli kt pasar mlm tak sedap pon rasa...huhuhuh..so usaha la cari resepi buat sendiri.kebetulan mak sedara abg ipar bgtau umah dia ada bunga untuk wat nasi kerabu.iaitu bunga talang..apa lagi..lagi la semngat nak buat dengan jayanya.hehehe.. Kat cni nak kongsi resepi dengan anda..
Bahan- Bahan Nasi
Bahan- Bahan Nasi
* 3 cawan beras
* 4 cawan air
* 1 batang serai diketuk
* 2-3 daun limau purut sekiranya anda suka bau nya
* Bunga Talang atau sedikit pewarna biru
*Daun Pandan
* 4 cawan air
* 1 batang serai diketuk
* 2-3 daun limau purut sekiranya anda suka bau nya
* Bunga Talang atau sedikit pewarna biru
*Daun Pandan
Cara membuatnya:
Beras dibersihkan dan dimasak seperti biasa bersama2 serai,daun limau purut ,daun pandan dan air bunga talang.
Resepi Solok Lada
Bahan-bahan:
10 biji lada/cabai besar hijau
5 ekor ikan selayang/sardin
5 ulas bawang merah - ditumbuk lumat
1/2 cm halia- ditumbuk lumat
1 cawan kelapa parut
Garam secukup rasa
Santan cair
Cara Membuat:
1. Lada/cabai dibelah dua dan dibuang bijinya.
2. Ambil bahan yang ditumbuk lumat dan campurkan dengan garam. Gaul sebati bersama isi ikan dan kelapa parut.
3. Ambil lada tadi dan sumbatkan dengan bahan yang digaul rata.
4.Rebus Lada yang disumbat tadi dengan santan cair.. atau sekiranya anda mahu mengelakkan kolestrol.anda boleh Kukus sehingga masak.
½ biji kelapa parut
garam
sedikit gula
5 biji bawang merah, ditumbuk lumat
sehiris halia, ditumbuk lumat
10 biji lada hitam, ditumbuk lumat
5 ekor ikan kembung, dibakar atau direbus dan diambil isinya
Cara Menyediakannya
1. Campurkan kesemua bahan kelapa,garam gula,bawang halia dan disangai atas api kecil sehingga agak kering atau kemerahan. Lalu angkat
2.Kemudian masukan Masukkan isi ikan ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga kering ..
3. Campurkan dan gaul kelapa tadi dengan ikan .
4.Campuran itu Kemudiannya ditumbuk halus tetapi jangan sampai pecah minyak.
IKAN GORENG CELUP TEPUNG
5 ekor ikan kembung, dibersihkan
½ cawan tpung beras
sedikit air kapur
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng
Cara Menyediakannya
1. Bancuh tepung beras bersama air kapur, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya. Pekat cairnya seperti menggoreng pisang.
2. Panaskan minyak.
3. Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak.
Ulam-ulaman & bahan lain
* kacang panjang
* taugeh
* timun
* daun kesum
* kubis
* telur masin
* keropok ikan
* sambal belacan
* taugeh
* timun
* daun kesum
* kubis
* telur masin
* keropok ikan
* sambal belacan
*dan lain2 ulaman yang anda inginkan mengikut selera anda
http://gadiskalispeluru.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment