KAJANG – Seorang bekas ahli kumpulan nyanyian popular pertengahan
2000 dihukum penjara 20 tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen
di sini hari ini selepas disabitkan bersalah merogol anak tiri berusia
14 tahun di rumah mereka, di Gombak Februari tahun lalu.
Hakim Nor Hazani Hamzah mengarahkan hukuman terhadap tertuduh yang berusia 38 tahun itu berjalan mulai hari ini.
Bagaimanapun mahkamah membenarkan tertuduh untuk menangguhkan hukuman penjara sehingga rayuan selesai di Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan
di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya di sini, pada pukul 9 pagi, 9
Februari 2012.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (d) yang membawa hukuman
penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan.-kosmo
Itadakimasu...
2 years ago
0 comments:
Post a Comment