Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita
lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan
diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam
hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian
lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga
sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain.
Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya
sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama
seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan
dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan
kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan
rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).
Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan
tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan
berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat
solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat
Terawih”.
Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika
kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang
lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan
sebagainya.
Berapa bilangan rakaat solat Terawih?
Segolongan ulamak berpendapat; bilangan rakaat solat Terawih ialah 11
rakaat termasuk witir. Mereka berdalilkan hadis dari Saidatina ‘Aisyah
yang menceritakan;
ما كان رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم يزيد في رمضان ولا في غيره على إحدى عشرة ركعة
“Rasululllah
s.a.w. tidak pernah menunaikan solat sama ada di bulan Ramadhan atau
bulan lainnya melebihi dari 11 rakaat”. (Riwayat Imam Bukhari dan
Muslim)
Jumhur ulamak-ulamak mazhab Imam Syafi’ie,
Imam Abu Hanifah dan Ahmad bin Hanbal berpandangan; bilangan rakaat
solat Terawih ialah 20 rakaat tidak termasuk witir. Mereka berhujjah
dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dan lainnya dengan
isnad yang soheh dari sahabat yang bernama as-Saib bin Yazid r.a.
(السائب بن يزيد) yang menceritakan;
كانوا يقومون على عهد عمر في شهر رمضان بعشرين ركعة
“Umat Islam pada zaman Umar menunaikan solat Terawih di bulan Ramadhan 20 rakaat”.
Begitu juga, Imam Malik meriwayatkan dalam al-Muwatta’ dari Yazid bin Ruman;
كان الناس يقومون في زمان عمر بن الخطاب بثلاث وعشرين ركعة
“Orang
ramai menunaikan solat Terawih pada zaman Umar bin al-Khattab sebanyak
23 rakaat (iaitu 20 rakaat Terawih dan 3 rakaat Witir)”.
Bagi Imam Malik; solat Terawih ialah 36 rakaat tidak termasuk witir.
Beliau berhujjah dengan amalan penduduk Madinah. Berkata Imam Nafi’;
“Aku mendapati orang ramai menghidupkan malam Ramadhan dengan
(mengerjakan solat) 39 rakaat, mereka berwitir dengan tiga rakaat
darinya”.
Bacaan di dalam solat Terawih
Disunatkan memanjangkan bacaan al-Quran di dalam solat terawih, begitu
juga di di dalam solat-solat yang lain sama ada solat fardhu atau sunat.
Ini kerana Rasulullah s.a.w. bersanda;
أفضل الصلاة طول القنوت
“Solat yang paling baik ialah yang lama berdirinya” (HR Imam Ahmad dan Muslim dari Jabir r.a.).
Maksud
lama berdiri itu ialah; memanjangkan bacaan al-Quran di dalam solat
kerana tempat bacaan al-Quran di dalam solat ialah ketika kita berdiri
(sebelum ruku’).
[5]
Cara Melakukan Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat
.
Cara melakukan solat Tarawih sama seperti solat sunat yang lain. Solat Tarawih dilaksanakan setiap dua rakaat satu salam.
“Solat malam (solat Tarawih) adalah dua rakaat, dua rakaat.”
(Riwayat Jamaah)
Niat:
“Usolli sunnata t-taroowiihi rokátaini ( makmuman ) lillaahi Taala”
Sengaja saya solat sunat tarawih menjadi makmum dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
.[ Klik gambar di bawah untuk lebih besar ]
* Merujuk pada nombor dalam gambar : ikut turutan 1-2-3-4-5-2-6-4
* bawah ni rujukan surah
.
Cara Solat Sunat Witir
Setelah selesai Solat Tarawih, teruslah dirikan solat sunat Witir. Bilal menyeru:
صَلاَةُ الْوِتْرِ اَثَابَكُمُ اللهُ.
Niat:
“Usolli sunnatal witri rokátaini ( makmuman ) lillaahi Taala”
Sengaja saya solat sunat witir menjadi makmum dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
[ gambar di bawah jika solat witir itu bersendirian -
tambahkan MAKMUMAN pada niat ( jika berjemaah dan menjadi makmum ) ]
Bemula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca Doa Qunut sebelum melakukan sujud petama.
.
Cara solat terawih bersendirian
Sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu
ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri
dengan memberi salam. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja
dengan rukun sembahyang yang lain juga.
- Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat
terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa.
Sahaja aku menunaikan solat Terawih 2 rakaat kerana Allah Taala
“Usolli sunnata t-taroowiihi rokátaini lillaahi Taala”
Sengaja saya solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
- Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca
dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat
terawih ini ialah niatnya sahaja.
- Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua
rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi
dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan,
dua puluh atau sebagainya).
Share