Kelab
Bundeligga, Bayern Muenchen berpesta setelah bergelar juara
Bundesliga .Kemenangan di kandang lawan
Augsburg dengan 3-0, Sabtu (11/5) di Allianz Arena. Namun suasana
perayaan ,ada sesuatu yang tak terduga terjadi. Bintang Muenchen berasal
dari Perancis, Franck Ribery marah pada rakan sepasukannya yang dianggap telah
melampaui batas.
Kemarahan Ribery bermula apabila pemain Muenchen sedang meraikan kegembiraan meraih
juara musim ini. Para pemain saling mencurah bir. Boateng juga cuba untuk mengejar Ribery. Ribery yang Muslim
dan tidak lagi minum minuman beralkohol berlari untuk menghindar. Namun, Boateng ternyata tidak berseorangan bertindak sedemikian, kerana pemain
Muenchen yang lain juga ikut mengejar dan menyiram Ribery dengan bir.
Sedangkan Ribery telah memaklumkan kepada rakan sepasukannya supaya tidak
menyiramnya. "Saya tidak lagi bercakap dengan Boateng," kata pemain
berusia 30 tahun itu. "Dia tahu saya seorang Muslim. Saya sangat
kecewa," terang Ribery yang memiliki nama Islam, Bilal Yusuf Mohammed
itu.
Sebelum masuk ke padang, atau sebelum dilakukannya kick off perlawanan,
sering kali kita melihat pemain ini melakukan rutinnya, iaitu selalu
menadahkan tangan ke langit sebelum berlmula seolah sedang berdo’a.
Memang benar, pemain yang lahir pada tanggal 07 April 1983 di daerah
Boulogne-sur-Mer, Perancis tersebut telah memeluk Islam sejak tahun 2005
ketika dia bermain di kelab Turki, Galatasaray. Di negeri bekas pusat
kekhalifahan Uthmaniah itu Allah SWT memberikan hidayah kepadanya. Dia
dipertemukan dengan seorang wanita berasal dariMaroko,Wahiba Belhami, yang
kemudian membimbingnya masuk Islam dan akhirnya mereka berkahwin dan dikurniakan dua orang anak, Hizsya dan Shahinez.
Namun berita tersebut hanya diketahui umum pada tahun 2006. Berita tersebut mula disiarkan oleh majalah Perancis, L'Express. Majalah ini menyebut
adanya pemain kebangsaan Perancis selalu beribadah di masjid
di selatan Marseille. Majalah tersebut tak menyebut nama secara terbuka,
namun yang dimaksud adalah Ribery. Pada 2006, ketika pasukan Perancis akan
berhadapan dengan Pasukan Swiss pada Piala Dunia, kamera wartawan
yang berkeliaran di padang memperlihatkan gambar Franck Ribery
tengah berdoa, seperti yang dilakukan seorang Islam.
Hal tersebut telah menimbulkan spekulasi di kalangan peminat. Tetapi itulah
cara Franck Ribery menunjukkan kepada dunia bahwa dirinya telah menjadi
seorang muslim. Kerana, tak lama selepas peristiwa tersebut , berita mengenai dirinya
sebagai muallaf tersebar ke seantero dunia. Ribery mengatakan, dia
memilih ajaran yang dibawa Nabi Muhammad SAW kerana menemukan kedamaian.
Itadakimasu...
2 years ago
0 comments:
Post a Comment