BERKUNJUNG kali kedua selepas pertama kali melakukannya hampir sedekad lalu mengundang seribu satu persoalan. Bahkan diri sendiri tertanya-tanya benarkah dakwaan sesetengah pihak, pusat peranginan tertinggi negara, Cameron Highlands tidak lagi sedingin dan seindah dahulu?
Pastinya, pendakian jalan bengkang-bengkok dari Simpang Pulai, Ipoh yang merupakan laluan baru selain laluan sedia ada melalui Tapah, begitu mengujakan. Toleh saja ke kiri mahupun ke kanan, kehijauan gunung-ganang nyata mengasyikkan pemandangan.
Sampai di Tanah Rata sebelum subuh..Bertolak pukul 9 malam dari Alor Star..Bersama rombongan sebuah bas..
Cameron Highlands yang terletak di Banjaran Titiwangsa begitu popular di kalangan pelancong tempatan dan asing malah rata-rata yang pernah berkunjung pastinya merindui keindahannya.
Dikelilingi kawasan hutan simpan yang tebal, Cameron Highlands yang terletak kira-kira 1,829 meter dari permukaan laut merupakan antara destinasi pelancongan terbaik yang mampu dan mudah dikunjungi oleh semua.
berlatarbelakngkan ladang teh BOH
Terkenal dengan industri penanaman sayurnya, tidak hairanlah hampir di sepanjang perjalanan bermula dari Kampung Raja, batas-batas sayur pelbagai jenis yang diatur cantik kelihatan di kiri dan kanan jalan.
LADANG Teh Boh yang terletak di Sungei Palas dan Bharat Tea Plantation kira-kira 10 kilometer dari Tanah Rata ini masih menghijau seperti dulu.
DI Depan Logo/Lambang Teh Boh
Cantiknya Bharat Tea Plantation
Jika berkesempatan, anda boleh singgah di beberapa ladang sayur yang dibuka khusus untuk pengunjung yang mahu membeli terus produk tanaman yang diusahakan dengan harga yang cukup berpatutan.
Selain itu, kunjungan anda semestinya tidak akan sempurna jika tidak menjengah ke ladang-ladang strawberi yang diusahakan menggunakan teknologi moden hidroponik yang tidak kurang banyak jumlahnya di sekitar Tanah Rata dan Brinchang.
Dengan bunga bungaan wit my best friend and me at strawberry farm,cameron highland
Anda boleh menjamah strawberi segar yang dijual malah berpeluang memetik sendiri strawberi yang dihajati. Harganya bergantung kepada berat buah yang dipetik.
Di strawberi Farm...
mendekati beberapa ladang dan kilang teh yang turut menjual produk mereka dengan harga istimewa. Ia termasuklah
SAYURAN segar terus dari ladang ini dijual pada harga semurah RM10 untuk 18 bungkus!
Ladang Teh Boh di Sungei Palas dan Bharat Tea Plantation kira-kira 10 kilometer dari Tanah Rata. Anda juga boleh menikmati kelazatan teh segar yang panas sambil melihat kehijauan dedaun teh di lerengan.
Lawatan anda juga mungkin tidak lengkap sekiranya tidak singgah ke pasar harian di Brinchang yang menawarkan pelbagai jenis produk menarik lain seperti kaktus, yang cukup sinonim dengan filem-filem Cowboy.
Di sini juga terdapat deretan kedai menjual bunga seperti ros, kekwa, lili nan mengharum yang dijual dengan harga cukup murah. Sebagai tanda kenang-kenangan, pastikan anda membawa pulang cenderahati pelbagai bentuk seperti pemegang rantai kunci yang boleh diperolehi pada harga serendah RM1.
Dalam perjalanan pulang, anda mungkin terserempak dengan kelibat Orang Asli sama ada di Tapah mahupun Pos Slim di Simpang Pulai yang menjual pelbagai barangan hutan seperti akar kayu, madu lebah asli dan rebung buluh segar.
PENGALAMAN bercuti juga lebih enak jika disulami dengan pembelajaran tentang kelebihan tempat yang dikunjungi.
Pastinya, kunjungan ke Cameron Highlands bukanlah sebarang percutian kerana ia menjanjikan seribu satu keasyikan yang tidak dapat ditemui di kawasan peranginan lain seumpama.
Pendek kata, pengalaman bercuti di Cameron Highlands sememangnya menyeronokkan apatah lagi jika anda sukakan alam semula jadi.
Itadakimasu...
2 years ago
0 comments:
Post a Comment