KUALA LUMPUR: British American Tobacco Malaysia
(BAT Malaysia) mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua
rokoknya mulai Isnin, 22 Oktober 2012.
"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada
Khamis 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga
luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus ke 58 peratus
berkuat-kuasa Jumaat, 19 Oktober 2012.
"Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata pengarah urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.
Harga baharu rokok, bermula Isnin, 22 Oktober 2012, adalah seperti berikut:
Rangkaian DUNHILL RM10.20
Rangkaian KENT RM10.20
Rangkaian PETER STUYVESANT RM8.70
Rangkaian PALL MALL RM8.70
PALL MALL Biasa RM10.60
BENSON & HEDGES RM10.20
LUCKY STRIKE PLAIN RM10.60
ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.60
MSTAR
No comments:
Post a Comment
Komen apa yang patut