Bukan Cinta Biasa merupakan filem Indonesia bergenre komedi , romantik , kasih sayang dan kekeluargaan. Filem ni keluar pada tahun 2009.Dah lama kan.tapi bez pulak nengok.. Kat malaysia takdak pulak tayangan rasanya..
Filem nie dibintangi oleh :
Olivia Lubis Jensen
Ferdy 'Element' Taher
Wulan Guritno
Rocky dan lain-lain.
Juga muncul dalam film, penyanyi terkenal Afgan Syah Reza.
‘Bukan Cinta Biasa’ terasa sebagai filem yang ringan. Tetapi, walaupun
ringan dengan adegan-adegan komedi dan gelak ketawa, filem ini
punya nilai “lebih” dengan tetap berusaha menonjolkan moral, iaitu mengangkat realiti kehidupan anak remaja yang jujur dan suka
memberontak, tetapi tetap memerlukan kasih sayang ibu bapa. Begitu juga
dengan ibu bapa, seburuk mereka, tetap menyayangi anaknya dengan sepenuh hati.Sehingga sanggup berubah demi anak yang disayangi.
seperti diceritakan dalam filem ni, terpisah selama 15 tahun, cinta anak dan
seorang bapak tidak dapat dipisahkan oleh waktu yg singkat. Bukan hanya si ayah
saja yang boleh mengubah anaknya menjadi lebih baik, tapi sebaliknya pun
begitu, anak di dalam filem ini mendidik kekeliruan hidup si ayah pada masa
lalunya.mengubah cara hidup si ayahnya menjadi lebih sempurna mengikut jalan yang benar. Kasih si anak yang memberikan pencerahan kepada orang ayahya
untuk menjadi lebih baik.
Tommy (Ferdy Taher) adalah vokalis band terkenal 16 tahun yang lalu.
Tanpa dia sadari gaya hidupnya yang bebas telah membuahkan seorang anak
bersama kekasihnya dulu.
Suatu hari di pintu rumah Tommy muncul gadis berusia 15 tahun yang
mengaku anaknya. Keraguan bahawa itu hanya pengakuan yang mengada-ada
dari gadis muda bernama Nikita,ketika Tommy mendengar pangakuan Lintang,bekas kekasihnya di tahun 90-an. Masa itu mereka berpisah begitu saja
karana kelakuan Tommy yang jauh tersasar . Mengingat Lintang jaguh
karate, Tommy lebih memilih menghilang dari bertemu Lintang lagi.
Lintang akan mengikut bakal suaminya ke US , sementara Nikita masih
harus menjalani persekolahnya beberapa bulan sebelum mengikut ibunya ke US.
Dengan terpaksa, Lintang yang tidak ada pilihan lagi itu merelakan Nikita untuk dijaga sementara waktu, oleh Tommy.
Masalah jadi lebih rumit ketika Nikita mula jatuh cinta pertamanya
dengan Brad, Rocker muda yang baru mula mencipta nama.. Hubungan Tommy
dan Nikita yang awalnya berlangsung kaku mulai cair, hati mereka
saling menyayangi satu sama lain. Tommy diam diam tetap bertekad
menghalang perasaan Nikita kepada Brad, Tommy berusaha mengalihkan
perhatian Nikita atas Brad.
Ost. Bukan Cinta Biasa merupakan sebuah album kompilasi yangterbit pada tahun.Lagu utamanya di album ini ialah Bukan Cinta Biasa dari AFGAN.
No comments:
Post a Comment
Komen apa yang patut