Hari ‘Arafah ialah hari 9 Zulhijjah. Hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).
Puasa sunat Hari Arafat ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.;
“Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).Disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan;
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda;
“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).
LAFAZ NIAT
Niat puasa hari Arafah ini,
cukup sekadar berniat puasa sunat secara mutlak iaitu “sahaja aku puasa
sunat” tanpa menentukan (ta’yin) jenis2 puasa itu (spt puasa sunat
Arafah)..
tetapi menurut Imam Nawawi rahimahullah, sewajarnya kena
menentukan jenis2 puasa sunat itu, sama juga mcm solat sunat, kena
tentukan solat sunat ba’diyyah (selepas solat fardhu) berbanding solat
sunat lain (spt solat sunat hajat dsb).
Jadi, tiada masalah niat “puasa
sunat” saja, atau niat “puasa sunat Arafah”.. lafaz niat pun tidak salah ,
tak lafaz niat pun sah.. yg penting, ada lintasan niat di
hati (nak puasa sunat).Niat itu adalah perbuatan hati.. tujuan
membaca niat di mulut adalah supaya niat tu dapat hadir ke hati .
No comments:
Post a Comment
Komen apa yang patut