Sunday, August 25, 2013

Panduan Solat Sunat Taubat

Syarat-syarat taubat :
  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
  • 027alquran3.gif
    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
munajat1.jpg
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
penghulu.jpg
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”


  • Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.
———————————————————–
*Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;
Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:
  1. Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.
  2. Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.
  3. Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).
  4. Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.
  5. Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.
Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.
Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.
Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.

Friday, August 23, 2013

Cacian dan Hinaan Akan kembali Kepada Si Penghina Sendiri


Saat ini ,Allah memberikan aku ujian. Hampir saja menitis air mata ini,di caci , dikeji ,dihina,disakiti... Biarkan saja. perkataan2 tak baik itu dituju untukku. Aku tersenyum? bukan tersenyum gembira kerana mendapat kejian. Tapi aku senyum kerana Allah memberikan aku sesuatu. Aku tahu, Allah rindukan doa kudus dari aku pada waktu malam. Allah rindukan aku untuk munajat padaNya..Jika selama ini Doa ku utk insan lain,kini Allah rindu Doaku buat diriku sendiri..Allah menunjukkan sikap2 manusia di dunia. Allah mengingatkan aku tentang mati. YA! TENTANG MATI!.
Malaikat maut mungkin saja sedang mengintai ku di mana-mana. Ya Allah, andai saja nyawaku ditarik dalam masa terdekat ini, aku mohon, biarlah ketika itu aku sedang menuju ke jalan MU. Jalan yang diredhai. Supaya aku mati dalam keadaan yang baik. Aku tak takut untuk mati, tapi aku takut mati dalam keadaan yang tak baik. Aku takut mati luar dari redhanya.


Benarlah, jika sesuatu yang baik itu, bukan mudah untuk didapatkan. Apa yang aku lakukan untuk raih redha Allah. Bukan untuk raih kepercayaan kamu, bukan untuk menunjuk , bukan untuk hipokrit. Segalanya kerana Allah. Bila aku ingin dekatkan diri dengan DIA, banyak ujian yang perlu aku tempuhi.mungkin saja maruahku tercalar, mungkin saja badanku terlerai. Biarlah.. hanya Allah yang tau niat & keikhlasan di hati ini..

Jika hari ini kekejian itu milik aku, jika hari ini malu milik aku, jika hari ini yg tersakiti itu aku, mungkin Esok ia milik kamu..Manusia bukan pemilik kehidupan, roda kehidupan terus menggelinding...Jangan pernah lupa..

Aku kuatkan diri. Aku tabahkan hati. Aku raih ketenangan Ilahi. Rasulullah lebih hebat menerima dugaan. .Ittaqillah..



 Segala Cacian dan  Hinaan seringkali akan kembali kepada si penghina sendiri."


 Memang sangat susah dan sulit sekali kita bersikap berdiam dan bersabar apabila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan. Namun ,mungkin itu adalah tindakan yang terbaik bagi diri kita. Yakinlah di balik itu ada rahsia Allah untuk mempermudah segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan sahabat yang mulia hatinya, sahabat membantu kita keluar dari keterpurukan.Dan Juga yakinlah disaat itu
Kita akan menemui dan dapat menilai siapa mereka itu  yang sebenar dan siapa musuh kita kerana Allah akan membuka hati kita untuk melihat dan berfikir lebih jernih…..

Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah bentuk Rahmat dan Kasih Sayang Allah kepada kita. Kerana sesungguhnya setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus atas setiap dosa-dosa kita yang telah lalu. dan kita menjadi orang-orang yang beruntung, kerana kita akan dapat mendapatkan banyak pahala-pahala secara gratis. Tapi harus dengan syarat, bahwa kita sabar dengan apa perkara yang terjadi.

Ingatlah bahwa terdapat Hikmah yang sangat besar dan bearti di balik setiap hinaan , cacian dan permasalahan yang kita hadapi. Sebenarnya Allah menghendaki kita sebagai hamba-Nya kembali kepada-Nya serta mengadu kepada-Nya kerana mungkin selama ini kita   jauh, lalai dan lupa kepada-Nya...
Photo: Saat ini ,Allah memberikan aku ujian. Hampir saja menitis air mata ini, dikeji ,dihina,disakiti... Biarkan saja. perkataan2 tak baik itu dituju untukku. Aku tersenyum? bukan tersenyum gembira kerana mendapat kejian. Tapi aku senyum kerana Allah memberikan aku sesuatu. Aku tahu, Allah rindukan doa kudus dari aku pada waktu malam. Allah rindukan aku untuk munajat padaNya..Jika selama ini Doa ku utk insan lain,kini Allah rindu Doaku buat diriku sendiri..Allah menunjukkan sikap2 manusia di dunia. Allah mengingatkan aku tentang mati. YA! TENTANG MATI!.
Malaikat maut mungkin saja sedang mengintai ku di mana-mana. Ya Allah, andai saja nyawaku ditarik dalam masa terdekat ini, aku mohon, biarlah ketika itu aku sedang menuju ke jalan MU. Jalan yang diredhai. Supaya aku mati dalam keadaan yang baik. Aku tak takut untuk mati, tapi aku takut mati dalam keadaan yang tak baik. Aku takut mati luar dari redhanya.
Benarlah, jika sesuatu yang baik itu, bukan mudah untuk didapatkan. Apa yang aku lakukan untuk raih redha Allah. Bukan untuk raih kepercayaan kamu, bukan untuk menunjuk , bukan untuk hipokrit. Segalanya kerana Allah. Bila aku ingin dekatkan diri dengan DIA, banyak ujian yang perlu aku tempuhi.mungkin saja maruahku tercalar, mungkin saja badanku terlerai. Biarlah.. hanya Allah yang tau niat & keikhlasan di hati ini..

Jika hari ini kekejian itu milik aku, jika hari ini malu milik aku, jika hari ini yg tersakiti   itu aku, mungkin Esok ia milik kamu..Manusia bukan pemilik kehidupan, roda kehidupan terus menggelinding...Jangan pernah lupa..

Aku kuatkan diri. Aku tabahkan hati. Aku raih ketenangan Ilahi. Rasulullah lebih hebat menerima dugaan. .Ittakillah..

Aku, Travian Dan Dia..

Setelah sekian lama, kini aku kembali menulis.. kembali mencurah rasa hati di ruang ini..
Pertamanya,meski apat telah tiada, ingin sekali aku ceritak kepada dia.. Lalu ruang ini untuk ku lakarkan coretan itu..

Apat..
Adri kini,akhirnya berjaya berhenti dari bermain travian.sungguh,Adri dapat.Kerana Adri sudah penat, bermain hanya untuk bahagiakan orang lain.Bukan untuk Adri sendiri..Adri teruskan bermain meskipun sering ingati kata-kata Apat,kerana dia...
u pelan pelan la jauhkan diri ngan trabian ni. .. takyah pepenin sangat.. tapi ai tengok u da jauh da pejalanan u dalam myx5 ni.. nak brenti mmg payah la sbb org len sekarang byk gantung harapan kat u ... mmg berat tugas leader sbb tu ai tak sanggup..

Skrg, bkn jauh je dari Travian malah Adri berjaya mengundurkan diri..Terus mengundurkan diri.Kemungkinan untuk kembali terlalu tipis .. Alhamdulillah...akhirnya Adri dapat ikut pesanan Apat..

u jaga la diri u bebaik deknon.. jgn sbb trabian ni memacm jadi kat u..

-gelak senyum, org tak tau jiwa, itu adalah yg benar, itu adalah keterimaan yg terpaksa-
apathero


.
 Ya,kerana travian..seperti kata apat.mcm2 jadi kat adri.. mcm2 adri harungi..penuh luka.penuh duka.. manis nya sedikit cuma..mungkin kerana Adri tidak bermain kerana diri sendiri..Meski lelah.meski letih meski penat.meski pedih..
Adri main bukan kerana nama.. my6 adri main tanpa sapa pon ketahui bahawa adri yang jaga dan main akaun tu.. adri tidak dibenar untuk buka mulut. hanya berdiam dan main dalam senyap.. Semasa akaun tu mula ,adri disembunyikan dari ketahui, ditipu boleh kata, sebab dual nya orang lain .namanya id pon nama dualnya.. :) akhirnya adri juga diminta  bermain dan menjaga.. seperti apat tahu.. dan kenal siapa adri.. adri akan bermain sepenuh hati.. meski sering disakiti... kuatkan adri.. meski sering disakiti adri terus bertahan hingga ke akhirnya..di bawah ni profile akaun tu.. hanya boleh lakarkan nama B.P G.. bukan GaDiSKaLiSPeLuRu.. adilkan manusia.. hati orang lain dijaga.. hati adri? tak pernah dijaga.. malah seringkali disakiti.. seringkali dilukai..walau apapun yang adri lakukan.. takkan indah dan sempurna..
Allah itu MAHA ADIL.Maha melihat kan.. Adri redha.. apapun adri dah boleh puas hati dengan kerja adri.. medal dan riben unggu  tu adri dapat semua kecuali riben 6 .. kelakar kan. hingga ke akhirnya tak siapa tahu... adri yang ada disebalik nya...


Insyaallah..Adri ingat pesan Apat, Adri sentiasa ingat Allah.. Redha dengan Takdir-NYA... Semoga Apat tenang di SANA... adri kini makin tabah.tabah mengharungi liku-liku hidup..

Kita menjadi bermakna ketika kita telah tiada..

aDRi Mu...


Wednesday, August 21, 2013

Kemalangan Bas Jatuh Gaung Di Genting Highland

Bas Persiaran Jatuh Gaung Di Genting Highland
Antara mangsa yang berjaya diselamatkan.
PETALING JAYA: Sebuah bas persiaran yang dalam perjalanan turun dari pusat peranginan Genting Highland terhumban ke dalam gaung di Kilometer 36, Lebuh raya Karak menghala ke Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.20 petang Rabu.
Difahamkan sehingga pukul 5 petang, seramai sepuluh mayat sudah ditemui manakala 15 lagi cedera parah.
Usaha menyelamat mangsa sedang dijalankan.
Menurut sumber anggota keselamatan di lokasi, mereka yang terbabit terdiri daripada warga asing dari timur tengah, Indonesia dan beberapa negara lain yang masih belum dipastikan.
MSTAR


 Keadaan bas persiaran yang terhumban di dalam gaung di Kilometer 36, Lebuh raya Karak menghala ke Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.20 petang Rabu.

Mangsa yang maut terdiri daripada 27 lelaki dan 10 wanita, kata Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid.
  
Antara yang terbunuh dalam tragedi itu ialah warga Bangladesh, Thailand dan China.
  
Mereka yang cedera termasuk yang dilaporkan kritikal kini dirawat  di Hospital Selayang (lapan), Hospital Kuala Lumpur (lima), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa.
  
Kemalangan kira-kira pukul 2.45 petang itu berlaku ketika bas berkenaan menuruni jalan curam dari puncak Genting Highlands menuju ke ibu negara.

Kira-kira 450 anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian.
  
Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai turut berada di lokasi kejadian.
  
Soiman berkata punca kemalangan belum diketahui dan pihaknya juga masih belum menemui saksi kejadian.
  
"Tapi kami merasakan keadaan fizikal jalan ini menuruni cerun. Memanglah cerun ini agak menjunam, jadi sekiranya ia tidak dikawal dengan sempurna menyebabkan bas tergelincir dan jatuh ke gaung. Ini penilaian awal daripada pihak penyelamat," katanya. - Bernama

Tuesday, August 20, 2013

Mee Udang Pulau Sayak

Pulau Sayak ni letaknya di Kuala Muda, Kedah.Jalan dari Tikam Batu ke Kota Kuala Muda dan sebelum sampai Pantai Merdeka ada simpang ke kiri ,ada papan tanda..jalan sempit.sebab jalan kampung.. selekoh pon banyak..Selepas FRI .Kalau dari Highway Utara Selatan... Exit Sungai Petani (S) Selatan. Ikut signboard ke Tikam Batu then ke Kuala Muda @ Pantai Merdeka. Pastu akan jumpa signboard ke Pulau Sayak... Tak la jauh mana dlm 30 minit.

Selepas bawa adik aku Naim ke temuduga Jurutera di Kilang Intel di Kulim..ayah aku mmg awai2 lagi dah plan nk singgah makan mee udang.. dah jadi macam ketagih la pulak.. lalu ja kena singgah. huhuhu... Kali pertama kami makan di Yusoh Mee Udang Pulau Sayak.. kami ingat yang tu la tersedap .. Masa p majlis kokurikulum kat Kulim aritu.singgah di rumah sepupu ,dia yang bgtau pulak yg sebelah Yusuf tu lagi sedap. yang ada kubur lama katanya.So. kami plan try yang nie pulak....Pergghhh mmg jauh bez dengan yang sebelah aritu.. sbb  yang nie mee dia menyerap rasa ..kiranyha semua rasa la.. mee tak keras.. terbaikkk.. betol la ckp sepupu aku Bang Ad..berbaloi lah sebab sedap bila menghirup kuahnya..

.



So,Ini kali ke 3 kami pekena mee udang kat Pulau sayak....Yaakob Hashim Mee Udang  lagi.. Aku oder Mee udang dengan Maggi Udang sebab Mee udang utk second round lambat.. so aku try la maggi udang.. takleh nk lawan mee udang la.. huhuh... adik aku pon 2 pinggan sama macam aku.. aku kan memang kuat makan.besaq je idak nyer.. Allah tak izinkan aku membesar lagi.. hehehe..

 Dijual pada harga RM 8 sepinggan ia merupakan perbelajaan yang amat-amat berbaloi sekali untuk menikmati sepinggan mee udang yang berkualiti. Dibandingkan dengan tempat-tempat lain, untuk sepinggan mee udang kita perlu berbelanja sehingga RM 15 ke atas dan ada di sesetengah tempat, udang tersebut ditimbang dahulu sebelum ia dimasak bersama dengan mee. Perkara tersebut tidak berlaku di Pulau Sayak.

Kami memang tak makan dari pagi.. so mmg kebulur la jugak... huuuuuuuuu...

 Dari tol sungai petani cuma dalam 30 KM sahaja... Jalan ke Pantai Merdeka. IKut je signboard tu..
Dari Kulim nak ke Pulau Sayak tu adalah ambil masa dalam satu jam

Monday, August 19, 2013

Apa maksud Rabaah? R4BIA | Simbol Rabaah jadi fenomena di facebook.


R4BIA | Simbol Rabaah jadi fenomena di facebook, apa maksud Rabaah?



R4BIA | Simbol Rabaah jadi fenomena di facebook, apa maksud Rabaah?


Rabaah yang mmbawa maksud Empat. Asal dari perkataan nombor arab Arbaah. Di Mesir Medan yang digunakan untuk berhimpun selepas tentera merampas kuasa adalah di hadapan Masjid Rabiatul Adawi'ah iaitu di Medan Rabaah.

Di Mesir kebanyakkan tempat atau daerah menggunakan istilah nombor dan mereka menggunakan simbol isyarat jari dalam urusan seharian terutama dalam pengangkutan awam.

Sebagai contoh Hayyu Asyir (Daerah 10) , Hayyu Sabiek (Daerah 7) biasanya guna simbol peace V, Hayyu Sadis (Daerah 6), Hayyu Thamin (Daerah biasanya guna simbol atau isyarat V terbalik dan lain-lain lagi.

 

 Simbol ini juga dipopularkan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan

Saturday, August 17, 2013

Lafaz Niat Puasa Ganti

Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadhan.  berniat untuk menggantikan puasa  , berikut adalah panduan lafaz untuk niat ganti puasa.
Lafaz niat tersebut:-

نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى

"Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala "


Ustaz Azhar Idrus (UAI) Terlibat Kemalangan

Ustaz Azhar Idrus kemalangan pagi tadi di Kg Pengadang Baru, Kuala Terengganu ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Ustaz ditemani isterinya dalam perjalanan untuk mengahadiri ceramah tertutup beliau (tiada di dalam jadual).Alhamdulillah, semuanya selamat. Ustaz hanya mengalami luka luka kecil manakala isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan. Ustaz akan tetap meneruskan perjalanan beliau hari ini untuk menyampaikan ceramah beliau.
Allahuakbar..!!

Kemalangan jalan raya telah berlaku di lampu isyarat pengadang baru (berhampiran desa murni) jam 0745 hrs 17/08/2013.kemalngan melibatkan dua buah m/kar...kemalangan berlaku sebuah m/kar nopendaftaran WMX 1929 jenis wolksagen golf GTI yg di pandu oleh pendakwah bebas ustaz azhar idrus dari arah simpang tok ku menghala ke padang midin telah bertembung dengan sebuah m/kar TAB 221 jenis proton saloon yg dtg dari arah padang midin mahu membelok ke jalan gelugur kedai di lampu isyarat pengadang baru....
Menurut pegawai perubatan mangsa yang menaiki kereta saga yang mengalami kecederaan manakala anak ustaz azhar yg menaiki kereta golf tidak ada cedera..




Mangsa kereta saga:
No1: che daek bin abdul rahman
Kp: 550822-11-5103
Alamat: 2829 kg banggol cempedak serada, k/trg
Kecederaan: bahagian dada..
No2: iskandar bin mohd saidi
Kp: 010109-11-0043
Alamat: 468 kg gong kiat, k/trg
Kecederaan: bengkak di kepala dan luka di tangan


 credit :omak Kau

Thursday, August 15, 2013

Doa Pendinding & Penggerak

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;


  1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
  2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
  3. Berbahaya
  4. Melarat, Bertambah Payah
Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;
  1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
  2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
  3. Selamat dari bahaya.
  4. Tidak melarat, Menjadi Senang.
Keberuntungan beramal dengan doa ini
1. Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;
  • Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
  • Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
2. Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.
3. Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.
Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
3. Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya’Allah.
Darussyifa’

Tuesday, August 13, 2013

Ciri-Ciri Bahan Dari Bulu & Kulit Babi

Ciri-ciri Kulit babi :Permukaan atasnya mempunyai titik-titik dot yang lekuk kedalam. Didalam setiap titik dot itu ada 3 titik dot yang lain, untuk memudahkan anda mengenalinya setiap titik dot bahagian luar tadi kalau dicantumkan mengikut garisan kebawah, keatas, ketepi ia menjadi 3 segi. Kulit babi biasanya berwarna putih kekusaman. Selalunya ia diletakkan dibahagian lapisan belakang tumit kasut, dibawah lidah kasut, dibahagian bawah lubang tali kasut. Untuk lebih mudah mengenalinya, ia akan terasa seperti lembap ataupun seperti terkena lembapan sabun bila terkena peluh dari kaki anda. Ada juga kulit yang hampir meyerupainya tetapi ia tidak mempunyai 3 titik lekuk didalam setiap lekukkan tersebut. Seperti gambar-gambar di bawah ini :

Kulit babi #1


Kulit babi #2




TETAPI, dua contoh yang di bawah ini agak lain (yang di milis juga disebut sebagai ciri berbahan dasar kulit babi), karena sepertinya titiknya lebih teratur (dibuat oleh mesin), dan tidak mempunyai lekukan/ceruk di tiap tiga titik seperti di atas.

Bahan PVC #1


Bahan PVC #2



Berikut keterangan/informasi dari :
JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
HIDC (Halal Industry Development Corporation)
pada 09 Februari 2006
http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=2440&a=U

“Hasil dari pemeriksaan JAKIM didapati didalam industri pembuatan kasut, bag, tali pinggang dll, selain pengunaan kulit, bahan PVC, plastik dan kain adalah antara bahan-bahan yang sering digunakan. Diantara bahan-bahan ini sering terdapat kekeliruan diantara bahan PVC, plastik dan kulit babi kerana ketiga-tiga bahan ini apabila dipandang secara mata kasar akan kelihatan tiga bintik pada permukaannya. Sebagai maklumat bersama, triple dot yang terdapat pada PVC dan plastik adalah dihasilkan oleh mesin, keadaannya tersusun dengan baik dan titiknya terhasil secara menegak iaitu hasilan secara titikan jarum, menegak dan tepat manakala triple dot yang terdapat pada kulit babi, keadaanya tidak tersusun, berselerak, permukaan lubangnya menyendeng tidak menegak seperti yang terdapat pada PVC,keadaan menyendeng ini seolah-olah lubang jarum yang dicucuk secara menyenget. Diharapkan dengan penjelasan ini, para pengguna tidak terus panik hanya apabila terlihat triple dot pada mana-mana permukaan kasut, beg, wallet dsb, semak dahulu apakah bahan itu adalah kulit babi yang sebenar berdasarkan bentuk triple dot yang kelihatan.”

Bayangkan apa jadinya terhadap industri/perajin sandal dan sepatu jika bahan PVC dengan tiga titik tersebut 'dianggap' oleh masyarakat luas sebagai kulit babi, hanya karena informasi/pengambilan kesimpulan yang salah.

Dalam QS 49:6 [al-Hujurat : 6]
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
Seperti yang sudah saya sarankan pada artikel HOAX, sebaiknya hati-hati dalam melakukan forward e-mail seperti ini, sebelum nyata kejelasannya, “ .. agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya”
______________________

Untuk bahan Sandang yang terbuat dari kulit babi dapat dilihat di :

http://www.gmwa.org.uk/foodguide2/index.php?page=viewquestion&id=151

It is not permissible to buy, sell or make use items like shoes sourced from pig skin. This applies whether the whole shoe is sourced from pighog skin or/and parts of the shoes like the linings.

It is important to find out from the company whether anything from the shoe is sourced from pig skin.

As the leather is treated, and dyed etc. it is not easily apparent as to whether it is pig sourced or not, and that is we advise that the company is contacted. First point of call is the shoe store. In Clark's and other shoe stores, product specification sheets are available, where you can find out whether pig skin is used in the shoe. Though mostly suede shoes are pig sourced, the linings of shoes which use external cow hide leather, can use pig sourced linings.

In your particular case, you can take the product code from the shoe, and ask Puma themselves whether it is sourced from pig : http://www.pumauk.com/contact.html

This may delay the purchase, but you will be absolutely sure that they are Halaal. Alternatively purchase the shoes (making sure with the stores, that you can bring them back if they are not suitable. Usually that is not a problem, as long as you wear them indoors for the grace period), and then contact the company about the leather used.

If a person was to wear a product of leather in Salaah like a leather coat or waist coat then such a person's Salaah is invalid. With reference to shoes, this will only be the case if:
(a) the shoes are worn in Salaah.
(b) the feetsocks are moist orand the pig skin leather is wet, where by the impurity is transferred onto the body or the clothing.

Of course (a) does not apply, as we do not wear shoes in Salaah, but (b) is quite probable when caught it the rain for example, consequently the shoes can become wet inside. Socks do become wet after Wudhu, or we walk through a puddle etc. You can see in practical terms how this can affect one's 'Ibaadah.
___________________________

Gloucester Muslim Welfare Association (GWMA)
http://www.gmwa.org.uk/foodguide2

A: We made contact with
Clarks,
Barratts (Stylo), and
Hush Puppies
to get an idea of porcine (pig) usage in leather or suede.
To date Clarks, Hush Puppies and Stylo have responded.

From the responses we gauge the following:

1. Pig skin is not that widely used, certainly it would be unfair to say that Hush Puppies entire range are sourced from hog skin. The use of pig skin for shoes is significant in the shoes market and one must painstakingly choose shoes.

2. Though it is technically possible to make black leather shoes from pig skin, it is unusual to do so and is not an industry standard. Most probably because the texture and colour of the brushed pig skin is desired which would be lost if it were to be dyed.

3. Apparently the pig skin is used as a lining so it is not always enough to look at just the external part of the shoe.


Precautions to take when buying shoes:

Follow the links below to see what pig leathersuede looks like. If in doubt of the source, ascertain the source otherwise strictly avoid. Remember that anything from the pig is Absolutely Filthy (Najasul-Ayn) and it is not permissible to buy, sell or make use of such items. If a person was to wear a product of leather in Salaah like a leather coat or waist coat then such a person's Salaah is invalid.

Look out for the hair follicles on pig skin which tend to be grouped in pinhole size formations of 3, thus leaving a tell tale pattern. This can be difficult to see particularly with suede effect surfaces as advised by Hush Puppies. If in doubt contact the company.


Correspondence as follows:
__________________________

Hush Puppies
1st Reply:

Thank you for your email and your interest in Hush Puppies.

Yes, some of our products contain pigskin. It is either used as a lining or if the product is made from Suede then this can be taken from either a cow or a pig.

If you require details on a specific product then please email us either the style name or number and we would be happy to confirm its material content.

Regards
Customer Services Assistant


We replied with:

Thank you for your swift reply. Would it be possible to assist me by:

1. Telling me how we may recognise pig suede from cow suede? ( a photograph of how one may recognise the pig suede would be much appreciated). This would be easier that asking about specific products.

2. Is it possible to manufacture black shoes from pig skin i.e. for the skin to be dyed black.

As you would appreciate, Muslims find pig products repugnant hence the information would be of much value. Your assistance in this matter is very much appreciated.


2nd Reply:

Sorry for the delay in replying.

1) The hair follicles on pig skin tend to be grouped in pinhole size formations of 3, thus leaving a tell tale pattern. Sometimes this is difficult to see particularly with suede effect surfaces. Therefore, on any Hush Puppies product, as mentioned in my previous email, we would recommend you contact us regarding specific products.

2) Yes, it is possible to manufacture black shoes from pig skin, but this would be very unusual.

Pig skin is commonly used as a lining, not only by Hush Puppies, as this is hard wearing lightweight, soft material ideal for this purpose.

We trust that the information provided will be of some use but if we can help where specific products are involved then please do not hesitate to contact us again.

Regards
Customer Services Assistant
_______________

Stylo Response:
Yes some of our footwear has pigskin in the construction. The style, cost and end use of the footwear determines which materials are used. Pig skin is used in footwear manufacture worldwide and due to its nature it is particularly good for the linings and insoles of shoes. I do however understand that your religion can not tolerate the use of anything derived from this animal.

We try to offer as wide a range of footwear as possible and many different materials, natural and synthetic are used in the construction of the many different types of footwear that we sell.

Pigskin can be any colour including black and can be finished as suede or leather.
________________

Clarks Shoes
I'm pleased to enclosed a list of the men's styles we are offering for
Spring/Summer which contain pig skin.

Mad Racer, Mad Speed, Man Rebel, Man Time, Mad Sky, Mad Cap, Rio Drive, Rio Sun, Red Sting, Line Sign, Line Top, Line Deep, New Kick, New Tag, New Land, Showman, Street Sign, Street Class, Street Zone, Street Plan, Street Place, Stitch, Sew, Urban Extra, Head Spy, Head Route, Head Slot, Platform Pace, Pure Sports, Platform Walk.

Thank you for your patience.

Regards
Consumer Advisor
____________________

MARKS & SPENCER Retail Customer Services Chester Business Park Wrexham Road
Chester
CH49GA

Our Ref: 1-83534233
11 July, 2005

Dear Mr Kassam
Thank you for your enquiry about the leather we use for our shoes. I have spoken to our technologist about which shoes use which kind of leather. The shoes we sell which have a pig leather lining are our non polish Airflex, Collezione and Autograph shoes as do our Blue Harbour lightweight boat shoes (codes T03 2250b and T03 2251b).
Our Blue Harbour vintage cup sole shoes (T03 2363b) have pig leather outer. All our other leather shoes use cow leather.
I hope this information is of use to you. Once again, many thanks for getting in touch.
If you have any other queries in the future, please feel free to ring us on 0845 302 1234. Alternatively you may like to e-mail us by clicking on the contact us link on our website.
Yours sincerely

Laura Rafferty
Customer Adviser
Retail Customer Services
Marks and Spencer plc Registered Office:
Waterside House
35 North Wharf Road London W2 1 NW Registered No. 214436 (England and Wales)

Monday, August 12, 2013

Meteor itu Panah Api Pelempar Syaitan yang Mencuri Berita Langit.


Meteor itu Panah Api Pelempar Syaitan yang Mencuri Berita Langit..

Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam ni sehingga subuh pada hari Selasa.

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.

"Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi."Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.

"Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya.

Beliau berkata waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. – Bernama

Meteor itu Panah Api Pelempar Syaitan yang Mencuri Berita Langit?
Ada beberapa ayat Al-Quran yang menyebutkan tentang hujan meteor, berikut diantaranya,

1. Firman Allah,

وَلَقَدْ جَعَلْنَا فِي السَّمَاءِ بُرُوجًا وَزَيَّنَّاهَا لِلنَّاظِرِينَ * وَحَفِظْنَاهَا مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ رَجِيمٍ * إِلَّا مَنِ اسْتَرَقَ السَّمْعَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ مُبِينٌ

“Sesungguhnya Aku telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan Aku telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang(nya), ( ) Aku menjaganya dari setiap syaitan yang terkutuk, ( ) kecuali syaitan yang mencuri-curi (berita) yang dapat didengar (dari malaikat) lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang.” (QS. Al-Hijr: 16 – 18).

2. Firman Allah,

إِنَّا زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِزِينَةٍ الْكَوَاكِبِ * وَحِفْظًا مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ مَارِدٍ * لَا يَسَّمَّعُونَ إِلَى الْمَلَإِ الْأَعْلَى وَيُقْذَفُونَ مِنْ كُلِّ جَانِبٍ * دُحُورًا وَلَهُمْ عَذَابٌ وَاصِبٌ * إِلَّا مَنْ خَطِفَ الْخَطْفَةَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ ثَاقِبٌ

“Sesungguhnya Aku telah menghias langit yang terdekat dengan hiasan, yaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya) dari setiap syaitan yang sangat durhaka,syaitan syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk mengusir mereka dan bagi mereka siksaan yang kekal, Akan tetapi barangsiapa (di antara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang terang.” (QS. As-Shaffat: 6 – 10).

3. Firman Allah, yang menjelaskan kebiasaan jin mencuri berita dari langit

وَأَنَّا لَمَسْنَا السَّمَاءَ فَوَجَدْنَاهَا مُلِئَتْ حَرَسًا شَدِيدًا وَشُهُبًا * وَأَنَّا كُنَّا نَقْعُدُ مِنْهَا مَقَاعِدَ لِلسَّمْعِ فَمَنْ يَسْتَمِعِ الْآنَ يَجِدْ لَهُ شِهَابًا رَصَدًا

“Sesungguhnya kami telah mencoba mengetahui (rahasia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api, dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang barangsiapa yang (mencoba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya).” (QS. Al-Jin: 8 – 9)

4. Firman Allah menjelaskan fungsi bintang

وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِلشَّيَاطِينِ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ

Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala.(QS. Al-Mulk: 5)

Keterangan Hadis Hujan Meteor
Beberapa ayat di atas memberikan kesimpulan kepada kita bahwa hujan meteor atau bintang jatuh, yang kita saksikan sebagai fenomena langit itu, sejatinya adalah benda langit yang digunakan untuk melempar setan, yang mencoba mencuri berita dari langit. Kete

Khasiat Petai

Biji, Daun dan Akar petai semuanya boleh dijadikan ubat..

Biji Petai
Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.


Daun
Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.


Akar (kulit akar)
Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.



Tapi..tahukan korang antara khasiat petai yan dibuktikan melalui pelbagai kajian adalah seperti :


Strok
Berdasarkan penelitian yang diperolehi daripada The New England Journal of Medicine mendapati amalan memakan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus.


Merokok
Petai dikatakan berupaya membantu individu yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan nikotin.


Anemia
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia.


Sembelit
Petai memiliki kandungan serat yang tinggi. la membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit.


Kegemukan
Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Psikologi Austria, mendapati tekanan yang dialami akibat kerja menyebabkan ramai yang memilih coklat untuk mengurangkan tekanan. Begitu pun, makanan tersebut sebenarnya membuatkan anda berhadapan dengan masalah kegemukan. Amalan memakanan petai berupaya mengatasi masalah kegemukan.


Depresi
Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.


Tekanan Darah
Kandungan potasium yang tinggi tetapi kandungan garamnya pula rendah! Ya.. Itulah Petai yang dikatakan Raja Segala Ulam. Oleh itu Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) telah menyenaraikan Petai sebagai salah satu tumbuhan yang patut diamalkan untuk mengurangkan risiko tekanan darah.


Tenaga Minda
Kajian yang dilakukan di Sekolah Twikenham Middlesex dengan seramai 200 orang pelajar hanya diberi makan petai untuk sarapan, makan tengahari dan masa rehat telah membuktikan petai yang mempunyai kandungan potasium yang tinggi boleh membantu pelajaran dengan membuatkan pelajar lebih segar dan menguatkan tenaga minda seseorang pelajar.


Petai juga mempunyai empat kali ganda lebih banyak protein, dua kali ganda lebih banyak karbohidrat, lima kali ganda lebih bnyak Vitamin A dan dua kali vitamin-vitamin yang lain jika dibandingkan dengan buah epal.

Petai juga mempunyai empat kali ganda lebih banyak protein, dua kali ganda lebih banyak karbohidrat, lima kali ganda lebih bnyak Vitamin A dan dua kali vitamin-vitamin yang lain jika dibandingkan dengan buah epal.
1) Dapat merawat masalah hati,kencing manis (Diabetes), dan buah pinggang.
2) Daun petai dapat merawat demam kuning.
3) Mengurangkan risiko penyakit strok.
4) Membantu perokok untuk berhenti merokok kerana vitamin didalamnya dapat membantu mengurangkan ketagihan kepada nikotin.
5) Mengurangkan derita penghidap anemia kerana petai kaya dengan zat besi yang dapat membantu menstimulasikan pembentukan sel darah merah.
6) Petai dapat mengurankan depresi kerana mengandungi Trytophan.
7) Mengurangkan risiko tekanan darah kerana mempunyai nilai potasium yang tinggi tetapi garam yang rendah.

Saturday, August 10, 2013

Lafaz Niat Puasa 6

Puasa sunat enam syawal boleh dilakukan secara terpisah-pisah (6 hari selang) tetapi jika dilakukan secara berturutan ianya lebih afdhal.
Lafaz Niat puasa sunat enam syawal : “sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.


 Rasulullah saw. bersabda: "Barang siapa berpuasa Ramadhan dan meneruskannya dengan puasa enam hari di bulan Syawwal, berarti dia telah berpuasa satu tahun." (HR. Imam Muslim dan Abu Dawud). Dan masih hadits yang sama dengan perawi lain. (HR. Ibn Majah).

Dalam hadits tersebut diterangkan, bahwa pahala orang yang berpuasa Ramadhan dan enam hari di bulan Syawwal sama pahala dengan puasa setahun. Karena satu pahala kebaikan nilainya sama dengan sepuluh kali kebaikan (QS. Al-An' am:160). Jika satu kebaikan dihitung sepuluh pahala, berarti puasa Ramadhan selama satu bulan dihitung sepuluh bulan. Dan puasa enam hari di bulan Syawwal dihitung dua bulan. Jadi total jumlahnya adalah satu tahun.

Sebagian ulama memperbolehkan tidak harus berturut-turut enam hari, namun pahalanya sama dengan yang melaksanakannya secara langsung setelah Hari Raya. Puasa Syawal juga boleh dilakukan di pertengahan atau di akhir bulan Syawwal.

Hikmah disyari'atkannya puasa enam hari di bulan Syawwal adalah sebagai pengganti puasa Ramadhan yang dikhawatirkan ada yang tidak sah. Demikian juga untuk menjaga agar perut kita tidak lepas kontrol setelah sebulan penuh melaksanakan puasa, kemudian diberi kesempatan luas untuk makan dan minum. Lebih dari itu, puasa Syawal adalah ibadah sunnah yang sangat dianjurkan oleh ajaran agama kita.

Hukum Gabung Puasa Qadha dan Puasa Enam Syawal



Persoalan pertama berkaitan niat puasa ganti Ramadan yang tertinggal adakah mendapat pahala puasa sunat Syawal.

Persoalan ini terdapat khilaf (perbezaan pandangan) di kalangan ulama.

Pendapat pertama: Sebahagian ulama berpendapat, tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan niat puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain. Sekiranya dilakukan, maka puasa itu tidak sah, sama ada bagi yang fardhu ataupun yang sunat. Pendapat ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ صَامَ الدَّهْر
Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun”. (HR Muslim)

Bagi memenuhi maksud hadis ini, dalam usaha memperolehi pahala yang dijanjikan iaitu pahala berpuasa setahun, maka hendaklah seseorang itu menyempurnakan puasa Ramadan (yang merupakan puasa wajib) kemudian ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal (yang merupakan puasa sunat). [Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid – www.islamqa.com]

Pendapat kedua: Di kalangan ulama Syafie ada yang berpendapat bahawa ganjaran puasa enam Syawal tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun dia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya. Namun, pahala yang diperolehi itu adalah kurang berbanding seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Fatawa al-Azhar 9/261]

Setelah diteliti, dapat disimpulkan bahawa pendapat kedua iaitu pandangan ulama yang membolehkan ‘puasa dua dalam satu’ ini tidak disandarkan kepada mana-mana nas Al-Quran ataupun Al-Sunnah yang sahih. Mereka juga mengatakan bahawa amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha pada bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus mengerjakan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid)

Timbul persoalan, yang manakah yang lebih afdal untuk dilakukan bagi memperoleh pahala kedua-duanya; mendahulukan puasa sunat enam hari dalam Syawal atau mengqadhakan puasa Ramadan? Dalam persoalan ini terdapat dua pendapat.
Pendapat pertama: Boleh mendahulukan puasa sunat Syawal, berdasarkan hadis Aishah RA yang menyatakan bahawa:
( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إلَّا فِي شَعْبَانَ. قال يحيى:الشغل من النبي أو بالنبي )
Maksudnya: “Aku berpuasa di bulan Ramadan dan aku tidak mengqadha kecuali dalam bulan Syaaban”. Kerana sibuk melayani Rasulullah SAW.” (HR Bukhari:1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah SAW” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Said.)
Para ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah bahawa sudah tentu isteri Rasulullah SAW iaitu Aishah RA tidak meninggalkan puasa sunat enam Syawal. Tindakannya yang mengqadhakan puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan bahawa adalah dibolehkan untuk berpuasa sunat Syawal meskipun seseorang itu belum mengqadhakan puasa Ramadan.

Pendapat kedua: Tidak boleh mendahulukannya, berdasarkan hadis yang menyatakan kelebihan puasa sunat Syawal tadi. Rasulullah SAW mensyaratkan puasa Ramadan terlebih dahulu sebelum mengiringinya dengan puasa enam Syawal bagi mendapatkan ganjaran pahala yang dijanjikan.
“Jika seseorang tertinggal beberapa hari dalam Ramadan, dia harus berpuasa terlebih dahulu, lalu baru boleh melanjutkannya dengan enam hari puasa Syawal, kerana dia tidak boleh melanjutkan puasa Ramadan dengan enam hari puasa Syawal, kecuali dia telah menyempurnakan Ramadannya terlebih dahulu.” [Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/392]
Sekiranya diteliti dan dihalusi, maka pendapat kedua adalah lebih rajih (kuat) kerana ia bertepatan dengan dalil puasa sunat Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat.

Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan kerana keuzuran untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam, tetapi dia berkeyakinan bahawa akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama tadi boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aishah RA.
Manakala berkaitan hari-hari yang tertentu pula, dinyatakan bahawa:
“Hari-hari ini (berpuasa dalam bulan Syawal) tidak harus dilakukan langsung setelah Ramadan. Boleh melakukannya satu hari atau lebih setelah hari raya, dan mereka boleh melakukannya secara berurutan atau terpisah selama bulan Syawal, mana-mana yang lebih mudah bagi seseorang. … dan ini (hukumnya) tidaklah wajib, melainkan sunnah.”
[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/391]
Imam An-Nawawi RH berkata:
“Sahabat-sahabat kami berkata: Adalah dianjurkan untuk berpuasa 6 hari Syawal. Dari hadis ini mereka berkata: Sunnah mustahabah melakukannya secara berurutan pada awal-awal Syawal, tapi jika seseorang memisahkannya atau menunda pelaksanaannya hingga akhir Syawal, ini juga dibolehkan, kerana ia masih berada pada makna umum dari hadis tersebut. Kami tidak berbeza pendapat mengenai masalah ini dan inilah juga pendapat Ahmad dan Abu Daud.” [Al-Majmu' Syarh Al-Muhazzab]
Adalah dianjurkan untuk menyegerakan dan berlumba-lumba dalam melakukan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah Taala:
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan yang baik untuk mendapat) ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” [Surah Ali Imran:133]
Wallahu a’lam.

Wanita hamil mati makan lemang tidak benar - Polis



SIK 9 Ogos - Polis meminta orang ramai agar jangan percaya khabar angin mendakwa seorang wanita hamil mati selepas memakan lemang dipercayai mengandungi ular di dalamnya.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Ismail Ibrahim berkata, berita itu disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di sekitar Sik dan negeri ini sejak seminggu lalu itu adalah tidak benar sama sekali.

Beliau berkata, polis juga menerima maklumat bahawa berita palsu tersebut turut dimuat naik dalam laman sosial dan disebarkan secara meluas dalam internet menjelang Hari Raya Aidilfitri.

"Namun, siasatan awal mendapati berita itu adalah tidak benar, malah mengelirukan pengguna.

"Kita juga tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian seperti itu berlaku di daerah Sik atau tempat lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Mohd. Ismail mengulas mengenai khabar angin yang tersebar luas mendakwa seorang wanita hamil maut selepas memakan lemang yang dibeli di tepi jalan di daerah itu.

Khabar angin tersebut menyatakan selepas dibelah, batang buluh tersebut mengandungi seekor ular kapak yang dibakar bersama lemang.

Sehubungan itu, Mohd. Ismail mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh atau terus menyebarkan berita palsu tersebut.

"Kita tidak pasti motif penyebar berita palsu ini tetapi saya ingin mengingatkan orang ramai agar tidak terus menyebarkan khabar-khabar angin yang boleh mencemaskan seperti ini," ujarnya

Wednesday, August 07, 2013

Panduan dan cara solat sunat Aidilfitri

Solat Sunat Hari Raya mengandungi takbir tujuh kali pada rakaat pertama, dan takbir lima kali pada rakat kedua, yang mana dibaca tasbih diantara takbir-takbir tersebut
Dan apabila selesai takbir dan tasbih, barulah diteruskan solat seperti biasa
Lafaz Takbir

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ
 
Panduan dan cara solat sunat hari raya Aidilfitri 

Solat Sunat Hari Raya mengandungi takbir tujuh kali pada rakaat pertama, dan takbir lima kali pada rakat kedua, yang mana dibaca tasbih diantara takbir-takbir tersebut
Dan apabila selesai takbir dan tasbih, barulah diteruskan solat seperti biasa
Lafaz Takbir
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ
NIAT SOLAT HARI RAYA AIDILFITRI
أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ  رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Usalli sunnatan liAidil Fitri rak’ataini makmuman lillahi ta’ala
Ertinya
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama
  • Takbir 7 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar) dan doa iftitah. Kemudian Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun
Rakaat kedua 
Takbir 5 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar) dan Al-Fatihah serta Al-Ikhlas
Berbeza dengan Solat Jumaat, khutbah Solat Hari Raya adalah selepas solat. Setelah selesai khutbah, umat Islam digalakkan bersalam-salaman dan menziarahi sanak saudara, jiran tetangga serta sahabat handai

Friday, August 02, 2013

Kadar bayaran zakat fitrah Tahun 2013/1434H yang telah ditentukan mengikut negeri di seluruh Malaysia masih sama sebagaimana kadar zakat fitrah pada tahun lalu (2012/1433H). Kadar zakat fitrah Tahun 2013/1434H tersebut boleh dilihat pada jadual berikut:

*Kadar yang ditetapkan adalah berdasarkan harga beras gred super tempatan 15%, 10% dan 5% hancur (Beras Nasional)
Umat Islam yang mahu membayar fitrah dengan beras pula, kadar yang ditetapkan ialah 2.97 cupak Malaysia atau 2.60kg bagi tiap seorang,

Zakat Fitrah,Hukum ,Waktu Dan Kadar Pembayarannya.

Maksud Zakat Fitrah

Zakat dari sudut bahasa ialah tumbuh dan bertambah. Harta yang dibayar sebagai zakat, ia sebenarnya menumbuh dan menambahkan lagi harta yang dimiliki oleh pembayar tersebut. Fitrah dari sudut bahasa ialah terbelah. Ada pun dari sudut syari‘at, maka Zakat Fitrah ialah harta yang wajib dibayar pada penghujung bulan Ramadhan. Demikian penerangan ringkas daripada kamus-kamus bahasa Arab dan kitab-kitab fiqh. Zakat fitrah juga dikenali dengan nama-nama lain, iaitu sedekah fitrah, zakat Ramadhan, zakat puasa, sedekah puasa dan sedekah Ramadhan.

Dalil Zakat Fitrah


‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata:

فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍعَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّوالذَّكَرِ وَالأُنْثَىوَالصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلاَةِ.

Maksudnya: “Rasulullah SAW telah memfardhukan zakat fitrah di dalam Ramadhan ke atas umat Islam secupak tamar atau secupak gandum sama ada yang merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan, kanakkanak atau dewasa. Baginda memerintahkan agar ia dibayar sebelum orang ramai keluar menunaikan solat (Aidil Fitri).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hukum Zakat Fitrah

Jumhur ilmuan berpendapat bahawa hukum zakat fitrah ialah wajib. Zakat fitrah adalah wajib ke atas setiap muslim tidak kirasama ada lelaki, perempuan, kanak-kanak, dewasa, merdeka ataupun hamba.
Siapa yang wajib membayar zakat fitrah:

1. Menurut Mazhab Jadid (baru) Imam Syafie dan pendapat Imam Ahmad berdasarkan riwayat dari Imam Malik: “Wajib ke atas setiap muslim yang dilahirkan sebelum terbenam matahari hari terakhir Ramadhan.” Pendapat ini yang dipakai dalam Mazhab Syafie.”

2. Manakala Mazhab Qadim (lama) Imam Syafie dan pendapat Imam Abu Hanifah pula berdasarkan riwayat dari Imam Malik: “Wajib ke atas muslim yang dilahirkan sebelum terbit fajar Hari Raya Pertama.”

3. Kewajipan zakat fitrah hanya ke atas orang Islam sebagaimana hadis ‘Abd Allah ibn ‘Umar yang telah dikemukakan sebelum ini: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah dari kalangan umat Islam.”

4. Zakat fitrah diwajibkan ke atas orang yang mampu, iaitu memiliki kecukupan yang melebihi keperluannya dan orang-orang di bawah tanggungannya untuk sehari semalam. Batas ini ditetapkan oleh para ahli fiqh mengingatkan tujuan zakat fitrah adalah untuk memenuhi keperluan orang miskin selama satu hari, iaitu pada 1 Syawal sempena Aidil Fitri. Kecukupan yang melebihi keperluannya adalah sesuatu yang sedia ada di sisinya. Oleh itu tidak perlu menjual harta, barang kemas dan sebagainya untuk mencapai taraf kecukupan.

5. Orang-orang yang nafkah hidupnya berada di bawah tanggungan orang lain, maka dia tidak wajib membayar zakat fitrah. Zakat fitrahnya dibayar oleh orang yang menanggung nafkah hidupnya, berdalilkan  hadis berikut:

أَنَّ النَبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ عَلَى الصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِوَالذَّكَرِ وَالأُنْثَى مِمَّنْ تَمُونُونَ.

Maksudnya : “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah ke atas anak kecil dan orang dewasa, lelaki dan wanita, daripada orang-orang yang kalian tanggung nafkah hidupnya.”

Waktu membayar zakat fitrah

Zakat fitrah boleh dibayar bermula dari awal Ramadhan.
Sunat hukumnya membayar selepas fajar Hari Raya Pertama hingga waktu solat Hari Raya. Makruh membayarnya selepas solat Hari Raya dan ia tidak dikira sebagai zakat sebaliknya sedekah. Dan hukumnya haram membayar zakat fitrah selepas berakhirnya Hari Raya Pertama. Sabda Rasulullah SAW.:-

“من أداها قبل الصلاة فهي ذكاة مقبولة ومن أداها بعد الصلاة فهي صدقة من الصدقات."

Maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan zakat fitrah sebelum solat maka ia adalah zakat yang diterima dan sesiapa yang membayarnya selepas solat maka ia adalah sedekah daripada sedekah-sedekah (yang dibuat pada waktu-waktu biasa).” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah).

Kadarnya

Secupak daripada makanan rasmi sesebuah negara. Sesetengah ulama seperti Imam Abu Hanifah berpendapat, harus mengeluarkan zakat fitrah dengan nilai secupak makanan tersebut sekiranya ia lebih bermanfaat kepada fakir miskin seperti dengan nilai ringgit dan sebagainya.