Wednesday, August 21, 2013

Kemalangan Bas Jatuh Gaung Di Genting Highland

Bas Persiaran Jatuh Gaung Di Genting Highland
Antara mangsa yang berjaya diselamatkan.
PETALING JAYA: Sebuah bas persiaran yang dalam perjalanan turun dari pusat peranginan Genting Highland terhumban ke dalam gaung di Kilometer 36, Lebuh raya Karak menghala ke Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.20 petang Rabu.
Difahamkan sehingga pukul 5 petang, seramai sepuluh mayat sudah ditemui manakala 15 lagi cedera parah.
Usaha menyelamat mangsa sedang dijalankan.
Menurut sumber anggota keselamatan di lokasi, mereka yang terbabit terdiri daripada warga asing dari timur tengah, Indonesia dan beberapa negara lain yang masih belum dipastikan.
MSTAR


 Keadaan bas persiaran yang terhumban di dalam gaung di Kilometer 36, Lebuh raya Karak menghala ke Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.20 petang Rabu.

Mangsa yang maut terdiri daripada 27 lelaki dan 10 wanita, kata Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid.
  
Antara yang terbunuh dalam tragedi itu ialah warga Bangladesh, Thailand dan China.
  
Mereka yang cedera termasuk yang dilaporkan kritikal kini dirawat  di Hospital Selayang (lapan), Hospital Kuala Lumpur (lima), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa.
  
Kemalangan kira-kira pukul 2.45 petang itu berlaku ketika bas berkenaan menuruni jalan curam dari puncak Genting Highlands menuju ke ibu negara.

Kira-kira 450 anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian.
  
Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai turut berada di lokasi kejadian.
  
Soiman berkata punca kemalangan belum diketahui dan pihaknya juga masih belum menemui saksi kejadian.
  
"Tapi kami merasakan keadaan fizikal jalan ini menuruni cerun. Memanglah cerun ini agak menjunam, jadi sekiranya ia tidak dikawal dengan sempurna menyebabkan bas tergelincir dan jatuh ke gaung. Ini penilaian awal daripada pihak penyelamat," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Komen apa yang patut